Apa Punya Manusia Tabung Haji Pun Mereka Noda


BERITA buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi
Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu, satu demi satu skandal kewangan terbongkar
Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan iaitu di bawah telunjuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH). Daripada apa yang kita dengar, senarai ini akan menjadi lebih panjang
Felda tenat kerana Mohd Najib, atas nasihat konco-konconya yang tamak, menjual harta Felda dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012
Tujuan tersiratnya adalah mengumpul dana untuk pilihan raya umum 2013 bagi pihak Barisan Nasional sambil mengisi kocek konco, kawan dan rakan
Ladang dan aset Felda yang dulunya digunakan untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh dipindahkan kepada FGV
Oleh sebab kaedah korporat yang tidak lestari serta penyelewengan oleh pengurusan, harga saham FGV jatuh merudum – daripada harga IPO RM4.55 kepada 77 sen sekarang – dan ia gagal menjana pendapatan tambahan untuk Felda
Akibat manipulasi korporat melalui FGV inilah Felda mengalami kerugian besar dan hilang kemampuan untuk membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh
Sebaliknya Felda kini terpaksa menjalani proses pembersihan dan pembinaan semula
Giliran Tabung HajiSekarang giliran TH pula. Apa lagi hendak kita katakan apabila tabung simpanan untuk mengerjakan haji dan memperkukuhkan ekonomi umat Islam pun dinodai
Buat sekian lama kita mendengar berita dan dakwaan mengenai penyelewengan dan pelanggaran urus tadbir dalam TH, khususnya apabila orang kesayangan keluarga Najib, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, dilantik menjadi Pengerusi pada bulan Julai 2013
Cium tangan cara kejar duitTetapi semuanya dinafikan dan orang yang membuat pendedahan dikutuk dan dikenakan tindakan. Media massa arus perdana turut bersubahat menghebahkan yang salah dan membenamkan yang benar
Daripada kenyataan media oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 10 Disember 2018, kita dapati sebaik saja Abdul Azeez menerajui TH, pelanggaran urus tadbir mula berlaku
Dasar duit tunai adalah raja (cash is king) atau lebih tepat amalan menggunakan duit tunai bagi membeli undi mula diamalkan dengan membelakangkan undang-undang tubuh TH sendiri
Hibah (dividend) diisytiharkan dan dibayar walaupun tidak memenuhi syarat. Sejak tahun 2014 hingga tahun kewangan 2017, hibah dibayar walaupun dua syarat wajib tidak dipenuhi
Dua syarat wajib itu adalah (1) aset (harta) tidak boleh kurang daripada liabiliti (hutang) dan (2) ada keuntungan yang boleh diagihkan
Inilah yang diingatkan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika beliau menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam surat kepada pengurusan TH pada tahun 2015, Zeti memberi ingatan bahawa TH tidak lagi boleh membayar hibah kerana hutangnya melebihi harta. Masa itu nisbahnya adalah 98 sen harta bagi setiap RM1 hutang
Namun begitu, bukan saja peringatan sukarela beliau itu tidak dihiraukan sebaliknya disanggah oleh para penyokong dan penggilap apel Najib seperti Ketua Pemuda Umno sekarang, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Syukur kepada Tuhan pintu hati saya dibuka untuk membantah pelantikan Abdul Azeez dalam tulisan-tulisan saya kerana saya tahu sedikit sebanyak sejarah TH dan kenal siapa Abdul Azeez
Kewangan THAkaun tahun kewangan 2017 TH yang dibentangkan di Parlimen semalam (10 Disember) menunjukkan aset keseluruhan TH sebanyak RM70.3 bilion manakala liabiliti (hutang/tanggungan) RM74.4 bilion. Ini bermakna TH mengalami defisit (kekurangan) RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017
Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, pengisytiharan dan pembayaran hibah bagi tahun 2017 (yang dibuat Februari lalu) melanggar Akta Tabung Haji 1995
Najib ketika mengalu-alukan pengisytiharan hibah itu dilaporkan berkata bahawa kecekapan pengurusan TH membolehkan kadar yang lebih tinggi dibayar
Kata Mujahid: “TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti.”“Berdasarkan keadaan semasa TH ketika ini, pelan pemulihan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memulihkan penyata kira-kira TH,” tambah beliau
Inilah yang dilakukan oleh ahli lembaga pengarah dan pengurusan baru TH yang dilantik oleh kerajaan PH mulai Julai lalu. Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengembalikan TH ke landasan kewangan dan pengurusan haji yang betul dan lestari
PemerhatianIzinkan saya membuat pemerhatian ringkas. Rasanya amat sesuai bagi kerajaan dan pengurusan TH membaca balik dokumen dan sejarah TH mulai 1963
Ada dua tujuan utama TH ketika itu. Pertama mengurus pengerjaan haji oleh orang Islam Malaysia dan kedua memudah serta menggalakkan orang Islam menabung
Pertama saya tidak pasti apa peranan subsidi haji dan kegiatan pelaburan TH. Apakah kaitan penunaian haji dengan subsidi kalau kewajipan haji adalah ke atas orang yang mampu sahaja
Kedua mengenai kegiatan pelaburan yang nampaknya menjadi keutamaan dan kegilaan (obsession) pengurusan TH. Adakah ini matlamat TH
Harus ada perbezaan di antara menabung untuk mengerjakan haji dengan melabur. Serentak itu, kita tidak mahu orang Islam menabung sekadar untuk melayakkan diri mendapat subsidi
Justeru itu, isu subsidi haji dan pelaburan ini wajib dikaji semula dan difahami di segi agama dan perniagaan. Adakah TH agensi perniagaan yang matlamatnya keuntungan atau agensi pengurusan haji dan penabungan
Pelan PemulihanMenurut Dr Mujahid, lembaga pengarah TH telah mencadangkan rancangan pemulihan yang membabitkan penubuhan sebuah badan khas (Special Purpose Vehicle) atau SPV
SPV ini akan ambil alih, pulihkan dan maksimumkan nilai harta TH yang sekarang rendah prestasinya. Dengan itu beban hutang TH dapat dikurangkan atau dimansuhkan terus
Kata Dr Mujahid, pelan itu telah diteliti dan diberi sepenuh sokongan oleh Kabinet. Selaras dengan itu, kerajaan telah bersetuju meletakkan TH di bawah pengawasan BNM
“Bagi memastikan pelan jangka masa panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019 ,” kata Dr Mujahid
Dulu lain sekarang lain. Sewaktu TH diasakan pada tahun 1963, niatnya suci dan orang yang dilantik bagi menguruskannya terdiri daripada orang yang berkepakaran dan amanah. Bukan jenis cium tangan
Masa itu Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera, tidak berpura-pura tunjuk alim. Orang Islam pun belum tergila-gila berjubah macam orang Arab. Tetapi mereka ikhlas dan amanah
Kesimpulannya, dalam kita berusaha memulihkan TH, kita hendaklah kembali ke pangkal jalan bagi memahami dan menghayati tujuan asal penubuhannya
Kita perlu pastikan sama ada melabur, membuat keuntungan, membayar hibah dan memberi subsidi adalah sebahagian daripadanya
TH rosak kerana melantik orang yang tidak amanah dan tidak berpengetahuan atau juga kerana terlalu mengejar keuntungan seolah-olah ia adalah badan perniagaan
Mulai sekarang, lebih kita pagar sawah bendang kita daripada asyik marahkan pegar. Menang tabiat semula jadi burung pegar makan padi. Kalau kita harapkan pegar menjaga padi, menang bodohlah kita
-https://kadirjasin.blogspot.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2018/12/apa-punya-manusia-tabung-haji-pun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Pun Dinoda Apa Jenis Manusia Kadir Jasin Penasihat Media Pm Dr Mahathir

Tabung Haji Pun Dinoda Apa Jenis Manusia Kadir Jasin Penasihat Media Pm Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 284 hits
Penasihat media perdana menteri Datuk A Kadir Jasin secara peribadi mengulas isu skandal Tabung Haji Foto hiasan Free Malaysia Today oleh Kadir Jasin Berita buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan tidak memeran...
Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 231 hits
Langkah TH sebagai tukaran kepada penerbitan sukuk RM10 bilion dan saham Islamik RM9 9 bilion bagi mengimbangi liabiliti RM77 bilionKUALA LUMPUR 3 Rabiulakhir 1440H Selasa Lembaga Tabung Haji akan memindahkan asetnya bernilai kira kira RM19...
Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 303 hits
Langkah kerajaan PH semalam untuk mempolitikkan Tabung Haji dengan mendakwa TH telah terlebih bayar dividend untuk 4 tahun berturut turut sehingga mengalami defisit RM4 1 bilion serta aset TH sedang dijual bukan satu langkah yang bijak Lebi...
Rci Untuk Tabung Haji

Rci Untuk Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 357 hits
JANGAN JADI ISU GST PUNG PANG PUNG PANG AKHIRNYA NAJIB BN FREE TIADA KOMPROMI SOAL TABUNG HAJI ITU RAKYAT MARHAIN PUNYA MENTERI JANGAN BANYAK BUAT KENYATAAN AKHBAR PUNG PANG PUNG PANG BERTINDAK SEGERA JANGAN JADI MACAM GST SEBAB TAK TAHU BU...
Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Penutup Kelemahan Ph

Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Penutup Kelemahan Ph

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 231 hits
Diterbitkan 11 Dis 2018 12 01 tengah hariAnggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan agar pendedahan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji semalam tidak menjadi bisikan halus untuk menumbangkan institusi utama uma...
The Disaster Called Tabung Haji And Many More To Come

The Disaster Called Tabung Haji And Many More To Come

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 328 hits
This government backed get rich quick scheme that started almost 50 years ago can only last as long as they can continue getting shares at below market price and sell them at double or triple the cost price Once that ends such as companies ...
Tabung Haji To Transfer Rm19 9b Assets Including 1mdb Land To Spv

Tabung Haji To Transfer Rm19 9b Assets Including 1mdb Land To Spv

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 277 hits
Tabung Haji will transfer around RM19 9 billion in assets including its land in the 1MDB linked Tun Razak Exchange to a special purpose vehicle under the Finance Ministry According to Tabung Haji CEO Zukri Samat these underperforming assets...
Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 276 hits
Umno vice president Mohamed Khaled Nordin is backing the call for the establishment of a Royal Commission of Inquiry to investigate the real financial status of Lembaga Tabung Haji Khaled said in a statement today that this is because the p...
Why No Protest Over Tabung Haji Raja Kamarul Bahrin Asks

Why No Protest Over Tabung Haji Raja Kamarul Bahrin Asks

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 254 hits
Deputy Housing and Local Government Minister Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad has questioned why PAS and Umno supporters are not staging a protest over the Tabung Haji scandal as they had against the International Convention on the Elimi...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered