Apa Pun Ingat Pas Bukan Boleh Dijadikan Sahabat Yang Setia


 


BERSATU BERGOLAK, KEDUDUKAN PAS MELONJAK


30 September 2025


Pergolakan yang berlaku dalam Bersatu akhir-akhir ini, tidak lama setelah parti itu meluluskan usul menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon PM11, adalah  suatu episod yang malang sekali.


Sepatutnya, dengan calon PM11 telah dinamakan, perpaduan dalam Bersatu makin mantap dan semua orang dalam parti kian bersatu hati dalam meneroka jalan kemenangan.


Sepatutnya juga, dalam keadaan sentimen penerimaan rakyat terhadap kerajaan makin menurun, inilah masanya Bersatu mengambil kesempatan menampakkan ia sebagai alternatif yang benar-benar diyakini.


Tetapi malang sekali, pergolakan yang berlaku dalam sehari dua ini dengan sendirinya membuatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat menjadi semakin goyah jadinya.


Di mana-mana mula kedengaran orang bercakap, macam mana Bersatu nak jadi kerajaan dan menduduki kerusi Perdana Menteri kalau wujud pergolakan seperti ini.


Jika episod pergolakan ini sampai meleret lagi sehingga berlaku pula penggantungan atau pemecatan keahlian pemimpin tertentu, sudah tentulah makin merosot lagi kedudukan Bersatu di mata rakyat.


Dalam hal ini, mahu tidak mahu, kepimpinan Bersatu tidak sepatutnya berdiam diri saja melihat menyaksikan perbalahan dan serang menyerang terus berlarutan.


Inilah masanya kepimpinan Bersatu perlu menunjukkan kebijaksanaan menyelesaikan pergolakan dan  jangan biarkan api disembur dengan api untuk memadam kebakaran yang membara dalam hati.


Meski disedari pergolakan dalam Bersatu ketika ini mula menghakis kepercayaan rakyat, tetapi parti-parti yang berada dalam kerajaan sebenarnya tidak pula boleh berasa senang hati dan goyang kaki.


Hakikatnya, apa yang berlaku dalam Bersatu ini tidak akan membuatkan berlakunya pertambahan sokongan, baik kepada PKR, UMNO, Amanah dan lain-lain parti yang tidur sekelambu dalam kerajaan.


Atas pelbagai isu yang berlaku sejak hampir tiga tahun memegang kuasa, kerajaan ini tetap berada di kedudukan sukar mempertahankan kuasanya.


Mereka yang inginkan perubahan dan berhasrat menukar kerajaan dalam PRU16 akan datang, tetap tidak berubah fikiran mereka.


Dalam hal ini, yang bakal menerima sokongan melonjak ialah PAS kerana semua orang akan mula beralih sokongan asalkan hasrat menukar kerajaan dapat menjadi kenyataan.


Bukan saja penyokong Bersatu, malah pemimpinnya pun tidak mustahil akan beralih juga kepada PAS.


Selain itu, pengundi atas pagar yang tidak berparti dan  tidak memihak kepada kerajaan juga akan mengalihkan sokongan mereka kepada PAS.


Bagi mereka, dengan Bersatu bergolak, hanya PAS parti yang stabil dan boleh diyakini untuk menerajui kerajaan.


Akhirnya PAS akan mendapat untung yang berganda, manakala Bersatu bakal terlepas segala-galanya.


Pengerusi PN, calon PM11 dan kerusi PM11 yang sebenar, semuanya akan kena “tapau habis” dengan PAS. – ShahbudinHusin 30Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/bersatu-bergolak-kedudukan-pas-bakal-melonjak/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/apa-pun-ingat-pas-bukan-boleh-dijadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Payah Lah Nak Gabung Dengan Pas Ni Tak Boleh

Tak Payah Lah Nak Gabung Dengan Pas Ni Tak Boleh

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1152 hits
Perantau Cari RezekiMuhyiddin dan Hamzah tak ada darah malu dengar cakap Sanusi Kalau Bersatu pandai malu berpisah lah dengan PAS PAS sombong fikir dia tu dah kuat menang 43 kerusi PRU15 PAS tidak boleh dipercayai penuh baik sama kawan PAS ...
Errrkkkk Gadoh Gadoh Pas Mana Boleh Seria Dengan Orang Rakan Taulan

Errrkkkk Gadoh Gadoh Pas Mana Boleh Seria Dengan Orang Rakan Taulan

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1856 hits
Ambo lebih percaya ke wat Pas kata muga Pas parti lama ambo ambo tahu la memang kuat pelawok
Usaha Berterusan Pm Anwar Menyedarkan Rakyat Bahawa Pas Tidak Boleh Diharapkan

Usaha Berterusan Pm Anwar Menyedarkan Rakyat Bahawa Pas Tidak Boleh Diharapkan

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1398 hits
SHAH ALAM 20 Sep Visi Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya apabila parti politik seperti Pas kini mengubah pendekatan memberi tumpuan kepada semua kaum ini berikutan pendekatan MADANI y...
Pas Great Expectations

Pas Great Expectations

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 705 hits
The mood at PAS annual muktamar held this year at the Dewan Fadzil Noor Kedah PAS Complex near Alor Setar was one of optimism There was a sense among the attendees that the time for the party to lead Malaysia is coming From calls to decide ...
Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Hisense Malaysia Unveils Year End Campaign Celebrating Innovation And Everyday Comfort

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

33 Tahun Bukan Mudah Usia Perkahwinan Yang Penuh Cerita

Resepi Mee Kari Simple

Sekadar Celoteh

Sedekah Maksud Jenis Kelebihan Beza Zakat

Program Jalinan Melayu Seni Reka Anjuran Guru Pelatih Ipgm