Apa Perlu Buat Jika Datang Bulan Buat Kali Pertama



Haid atau bahasa ringkasnya disebut sebagai ‘datang bulan, ‘ABC (Allah Bagi Cuti), menstruasi atau apa jua istilah yang digunapakai, ia merujuk kepada satu perkara yang sama; iaitu darah yang keluar dari tempat kemaluan wanita pada tempoh-tempoh tertentu.

Apa Perlu Buat Jika Datang Bulan Buat Kali Pertama ?
Credit Pic : SUMBER
Ia adalah perkara normal bagi kebanyakan wanita yang mengalami proses menginjak usia dewasa. Biasanya, proses haid akan bermula pada usia 12 tahun, 13 tahun bahkan ada yang lebih awal sejak dari usia 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Hal ini bergantung pada setiap individu.

Apa Perlu Buat Jika Datang Bulan Buat Kali Pertama ? 
Pada umur sebegini adakalanya adik-adik remaja perempuan masih belum mengetahui dan kurang didedahkan dengan info atau maklumat berkaitan, lalu ada dalam kalangan mereka ini berasa panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Darah apa ini?” “Apa yang patut aku buat?” “Macamana nak berhentikan darah ni?” dan pelbagai pertanyaan lagi yang mungkin keluar dari mulut mereka yang baru pertama kali melaluinya. Berikut dikongsikan beberapa panduan bagi mereka yang menghadapi situasi tersebut:


Usah Panik

Tidak dinafikan, pertama kali mengalami situasi kedatangan haid ini sudah pasti rasa panik, bimbang, risau dan perasaan-perasaan lain menghantui fikiran dan diri kebanyakan remaja perempuan.

Sebaiknya bertenang dan tidak terlalu gopoh. Anggaplah itu perkara normal yang akan dilalui bagi setiap perempuan.


Bertanya Dan Meminta Bantuan Kedua Orang Tua, Kakak Atau Guru

Banyakkan bertanya dan meminta bantuan kepada orang yang lebih dewasa atau penjaga kita seperti ibu bapa, nenek atau guru. Jika haid keluar pertama kali di rumah, maka ibu bapa, nenek atau adik-beradik perempuan adalah tempat pertanyaan yang paling tepat. Sekiranya haid pertama kali berlaku di luar rumah seperti di sekolah, maka guru perempuanlah tempat untuk dirujuk.


Memperbanyakkan Bahan Bacaan Berkaitan

Selain bertanya kepada orang dewasa, anda juga bolehlah mendapatkan info atau maklumat berkaitan hal ini di mana-mana sumber bahan bacaan seperti laman web yang diperakui, buku dan sebagainya.

Anda akan mendapat banyak maklumat mengenai ciri-ciri darah haid, jenis-jenis darah wanita, cara membasuh darah haid, cara memakai tuala wanita, pemilihan fabrik bagi tuala wanita yang bersesuaian, simptom yang dialami ketika haid, cara mandi wajib selepas haid dan pelbagai maklumat lain berkaitan yang perlu diketahui dan diambil tahu.


Menjaga Kebersihan

Mulailah menjaga kebersihan diri, pakaian atau tempat tinggal bagi anda yang mengalami haid, iaitu dengan memakai tuala wanita yang direka khas pada masa kini bagi menampung pengeluaran darah tersebut.

Sebaiknya, jangan biarkan tuala wanita yang dipakai itu seharian tidak ditukar. Ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit atau kuman.

Langkah ini juga perlu bagi mengelakkan kehadiran bau yang kurang menyenangkan dan ini tentu membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa.


Menjaga Pergaulan Dengan Lawan Jenis

Proses haid atau ‘datang bulan’ ini adalah proses fisiologi bagi setiap perempuan yang berada dalam lingkungan umur tertentu dan berupaya untuk mengandung. Fungsi kitaran haid adalah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio.

Oleh itu, pelbagai perubahan akan dialami oleh tubuh remaja perempuan ketika itu hinggalah meningkat dewasa, antaranya peningkatan jumlah hormon estrogen. Dalam situasi ini, tidak dinafikan rasa ketertarikan kepada lawan jenis amat ketara selepas perubahan hormon tersebut.

Oleh itu, jagalah pergaulan anda dengan lawan jenis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu dan bermanfaat bagi mereka yang memerlukan. Seterusnya, bertindak mengikut cara yang sebetulnya. Perempuan adalah individu yang unik dan istimewa di sisi Islam. Pelbagai keistimewaan tidak diberikan kepada kaum lelaki termasuklah perkara yang dibincangkan ini.

Dengan itu, usahlah berasa terbeban jika dilahirkan sebagai seorang perempuan dan perlu menjalani proses-proses tertentu selama masa menjalani kehidupan ini. Wallahua’lam.


SUMBER

Baca Juga : Tips Dari Prof Muhaya Dalam Mendidik Anak-Anak Cemerlang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/08/apa-perlu-buat-jika-datang-bulan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 682 hits
PERTAMA KALI MAKAN BOMBOLONI DAN INI RESEPI BOMBOLONI INTI COKLAT YANG SEDAP Assalamualaikum Selamat petang Sana sini orang bererita tentang Bomboloni Sedap sangat katanya Tapi Cik Rose tak pernah rasa Hanya tengok di skrin telefon sahaja H...
Zulhijjah Bulan Menambah Amalan Terutamanya Pada 10 Hari Pertama

Zulhijjah Bulan Menambah Amalan Terutamanya Pada 10 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 2386 hits
Zulhijjah Bulan Menambah Amalan Berpuasa Sunat Dan Membuat Korban Salam Zulhijjah kepada semua pembaca blog Semoga kita dapat melalui bulan ini dengan menambah amalan sunat kita dan akhirnya mendapat ganjaran pahala yang berganda Insyaa All...
Huawei Mengumumkan Emui 10 Berasaskan Android Q Beta Pertama Untuk Huawei P30 P30 Pro Bulan Hadapan

Huawei Mengumumkan Emui 10 Berasaskan Android Q Beta Pertama Untuk Huawei P30 P30 Pro Bulan Hadapan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 215 hits
Huawei hari ini telah mengadakan acara Huawei Developer Conference dimana mereka berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan perkembangan syarikat mereka yang ditujukan untuk para pembangun Turut disentuh ketika acara berkenaan adalah berk...
Selamat Datang Bulan Kelahiran Ogos 2019

Selamat Datang Bulan Kelahiran Ogos 2019

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 945 hits
Hai Ogos selamat bertemu kembali bulan kelahiran Cekyat Bulan yang juga memberikan Cekyat dan suami seorang puteri Nur Hanania Auji Semoga Ogos terus memberikan kebahagian dan keceriaan kepada kami sekeluarga Baik dari segi kehidupan bekelu...
Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 388 hits
Assalamualaikum kelmarin kita sudah masuki di dalam bulan Zulhijjah Bulan terakhir di dalam kalendar Islam Oleh itu jom kita tingkatkan amalan di awal bulan Zulhijjah Oleh kerana keutamaan yang banyak inilah maka digalakkan untuk memperbany...
Pertama Kali Jadi Ibu Paniknya Bila Bayi Menangis Tanpa Henti Pakar Kongsikan Switch Off Nya

Pertama Kali Jadi Ibu Paniknya Bila Bayi Menangis Tanpa Henti Pakar Kongsikan Switch Off Nya

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 564 hits
Pengalaman pertama kali menjadi ibu sememangnya indah Namun bila mana berdepan dengan masalah bayi yang sentiasa menangis tanpa henti membuatkan ibu rasa cemas Lebih lebih lagi bila tiada sebarang bantuan daripada ibu bapa kita Bayi menangi...
Pertama Kali Naik Keretapi Di Retro Klang Acara Flashmob Awam Pertama Di Selangor

Pertama Kali Naik Keretapi Di Retro Klang Acara Flashmob Awam Pertama Di Selangor

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 505 hits
Ok kejadian hujung minggu lepas ni mane ini adalah pengalaman pertama kali I naik keretapi Poyo tak bajet orang have have sebab tak penah naik keretapi Tapi frank speak memang tak pernah kalau ETS or LRT tu selalu lah sebab itu public trans...
Ini Cara Niat Puasa 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah

Ini Cara Niat Puasa 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 455 hits
Niat merupakan aktivitas pertama dan utama dalam memulai sebuah ibadah Bahkan keabsahan dan kesempurnaan sebuah ibadah tergantung pada niat Tak terkecuali dalam melakukan puasa di sepuluh hari pertama Dzulhijjah harus dimulai dengan niat te...
Kali Pertama Tampil Beri Ucapan Ibu Sebak Pasukan Penyelamat Sanggup Korban Cuti Raya Demi Cari Nora Anne

Kali Pertama Tampil Beri Ucapan Ibu Sebak Pasukan Penyelamat Sanggup Korban Cuti Raya Demi Cari Nora Anne

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 319 hits
Kuala Lumpur 10 Ogos Ibu kepada remaja Ireland yang hilang Meabh Jaseprine Quoirin bersama suaminya Sebastian Marie Philipe hari ini telah menyuarakan rasa syukur dan terima kasih kepada setiap orang yang terlibat membantu mencari dan mendo...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids