Apa Pas Boleh Buat Dengan Hanya 18 Kerusi Parlimen


Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Bersuaralah, jangan tenggelam di puncak kuasa. Buktikan, PAS tetap PAS yang dahulu, tulen KEKUATAN PAS adalah terhadap ketulenannya, bukan 18 kerusi Parlimen.
Jangan jadikan alasan “apa yang boleh dibuat dengan 18 kerusi”. Sebenarnya, banyak yang boleh dibuat. Sudah cukup untuk menjinakkan yang lain sekiranya berpaksikan kepada amar makruf nahi mungkar, kerana perjuangan ini adalah nilai universal, suruhan semua agama.
Cuba tanya kepada pemimpin agama Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh, satu soalan sahaja, adakah tikam nombor ekor itu suruhan agama mereka? Jika mereka jawab, ya! Maka hina sangatlah agama mereka, kerana tidak ada agama yang menghalalkan judi.
Justeru, jadikan PAS yang tulen seperti dahulu. Bersuaralah, berpaksikan amar makruf nahi mungkar. Jangan tenggelam dalam puncak kuasa. Inilah masa untuk buktikan, PAS tetap PAS yang dahulu, tulen.
Jangan biarkan kami NGOs dan NGIs terus menjerit, seolah-olah kami keseorangan. Sebenarnya, kami tidak memerlukan PAS. Sudah semestinya PAS yang memerlukan kami, kerana kami sudah mengambil tugas PAS ketika menjadi pembangkang dahulu.
Saya tidak boleh bayangkan jika isu kuil yang menceroboh tanah masjid tidak disuarakan oleh NGOs dan NGIs (tokoh individu). Takut-takut, sedar-sedar sudah jadi macam Batu Caves. Status Batu Caves itu adalah tanah kerajaan, tetapi kini seolah-olah sudah menjadi tanah kuil Hindu. Semakin membesar dan meluaskan, atas nama destinasi pelancongan.
Saya ingin mengingatkan PAS rentetan kontroversi pencerobohan kuil Hindu terhadap tanah masjid di Taman Indah, Tampin.
Ini kerana, saya cukup teruja dengan kesediaan pengurusan kuil Hindu yang menceroboh tanah sebuah masjid di Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan untuk mengosongkan kawasan yang dicerobohnya.
Sudahlah ceroboh tanah orang, sepatutnya angkat kakilah. Tidak perlu kononnya nak tunjuk baik, kesediaan untuk mengosongkan tanah yang diceroboh. Namapun ceroboh. Angkat kaki. Ini siap beritahu kesediaan untuk berpindah, dengan syarat iktiraf mereka. Desak kerajaan negeri agar segera mewartakan tapak kuil tersebut. Undang-undang rimba mana kamu pakai?
Isunya, kuil tersebut terletak di tanah milik kuil atau kerajaan?
Jika tanah kerajaan, mereka tidak berhak sama sekali mendirikan kuil di situ, apa lagi meminta supaya diwartakan
Inilah masalah lambakan kuil haram seluruh negara yang selalu menimbulkan masalah kerana didirikan di kawasan yang bukan milik mereka. Selepas itu, bila menjadi kontroversi, mendesak kerajaan untuk iktiraf atau wartakan. Lebih dahsyat lagi sehingga berani menceroboh. Cuba buat kiraan lambakan kuil seluruh negara. Hak tetap hak, tetapi berpada-pada.
Jika kuil itu berada di tanah kerajaan, atau kuil haram, ia tidak boleh dihalalkan. Apatah lagi untuk diwartakan. Apabila diwartakan, ia seolah-olah sudah menjadi hak mutlak yang tidak boleh disentuh
Berapa banyak jalan yang terpaksa ‘dibengkokkan’ kerana memberi laluan kepada kuil haram ini. Begitu juga dengan tokong.
Contoh, terkini, tokong Cina di Jalan Ampang, berdekatan hentian akhir LRT, Ampang, jalan terpaksa menjadi sempit dan bengkok, kerana adanya tokong yang tidak boleh disentuh, sehingga membahayakan. Tokong itu betul-betul berada di bawah jejantas. Begitu juga dengan kuil Hindu di Serdang. Kuil di bawah jejantas. Tidak sampai satu kilometer, ada lagi kuil besar, penghalang jalan pun dibuangnya dan didirikan tembok pagar kuil.
Apa sudah jadi dengan Malaysia? Undang-undang bukan pagi merujuk kepada perlembagaan tetapi di tangan manusia. Banyak lagi contoh lain, pembangunan terhalang dan pembangunan menjadi bahaya kerana terpaksa menuruti kehendak mereka, kerana memberi laluan kepada rumah ibadat mereka.
Maka kita pun canangkan inilah “unity in diversity”. Sedangkan kita tidak memberikan hak kepada yang berhak.
Bayangkan, sekiranya masjid dan surau berada di situ, tempat yang sama, sudah tentu sudah lama dirobohkan, tanpa banyak bicara. Sedih bukan? Seolah-olah seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.
Isu kuil haram ini perlu diselesaikan secara tuntas. Penganut tidak ramai, nisbah kuil tidak mencerminkan bilangan penganut. Berlaku di seluruh negara, kecuali Kelantan dan Terengganu.
Saya mohon kepada kerajaan, buatlah penyelidikan dan kajian menyeluruh mengenai rumah ibadat haram yang didirikan di kawasan bukan milik mereka.
Kita tertanya, dalam kes kuil di atas, bagaimana sebidang tanah yang telah digazetkan sebagai hak milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan boleh diberikan kebenaran untuk dibina kuil hindu?
Apakah hak milik tersebut sudah ditukar? Siapa pula yang beri kelulusan atau pakai redah sahaja seperti amalan sebelum ini?
Isu rumah ibadat haram ini bukanlah isu remeh kerana ianya membabitkan sensitiviti keagamaan dan siasatan terperinci yang telus mesti dilakukan. Bukan sahaja Negeri Sembilan tetapi seluruh negara.
Begitu juga dengan isu cabutan khas nombor ekor sebanyak 22 kali untuk tahun 2021. Jangan beri ruang dan peluang untuk musuh-musuh terus mengkritik, walaupun mereka ini tidak layak mengkritik. Contohnya, wartawan tua veteran sekular terus mengkritik PAS.
Hairan juga, sejak bila wartawan tua ini suci? Waktu wartawan tua ini menjadi ketua kepada akhbar di Jalan Riong itu, tidak kedengaran beliau memberi pandangan tentang nombor ekor. Malah akhbar yang dipimpin itulah yang menyiarkan keputusan nombor ekor. Tiba-tiba hari ini bukan main lagi lagaknya, mahu jadi lembu suci. Kenapa jadi begini? sebab kita beri ruang.
Justeru, saranan saya kepada PAS, apa yang boleh dibuat dengan 18 kerusi Parlimen yang ada, berada dalam kerajaan?
1. Kembali kepada ketulinan PAS seperti dahulu, dengan pendekatan hikmah.
2. PAS mesti mempertahankan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. PAS jangan rasa malu, kerana agama Islam sememangnya termaktub gagah dalam perlembagaan. Selagi kita tidak ekstrem, memperjuangkan keadilan iaitu memberikan hak kepada yang berhak, selagi itu PAS akan terus relevan. Jika UMNO pun telah ubah Perlembagaan mereka meletakkan Islam sebagai perjuangan nombor satu, kenapa PAS harus malu-malu?
3. PAS mesti menjadi jaguh dalam amar makruf nahi mungkar. Apa jua perkara mungkar, mesti ditentang dan sudah tentu yang makruf perlu dipertahankan dan disokong. Jangan bersubahat
4. PAS mesti memperjuangkan keadilan berpaksikan kepada memberikan hak kepada yang berhak, bukannya samarata samarasa
5. Segala yang bertentangan dengan Islam, janganlah dikompromi. Tidak mengapa duduk dalam kabinet tetapi kena bersuara. Hari ini, tidak ada sesiapa berani menentang PAS keluar, kerana jika PAS keluar pasti kerajaan akan tumbang
6. Pemimpin PAS yang duduk dalam kerusi Menteri, Timbalan dan GLC jangan gelap mata dengan ‘kemewahan’ menjadi orang besar.
7. PAS mesti membuat ‘engagement’ dan berkelaborasi serta menyokong dengan NGOs/NGIs (tokoh-tokoh individu), dalam perjuangan amar makruf nahi mungkar, jika mahu menambah kerusi parlimen dan DUN dalam PRU15 akan datang
8. PAS mesti meyakini bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan untuk mendapatkan pahala daripada Allah dan menghindarkan diri mereka daripada neraka. Perjuangan PAS adalah untuk bahagia di dunia dan berbahagia di Akhirat.
Perjuangan PAS ialah untuk berkongsi kebahagiaan yang diperolehi menerusi Islam dan pemerintahan Islam dengan manusia sejagat. Itulah asas moto “PAS untuk Semua”. Kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS ialah kebajikan berasaskan kaca mata Islam dan bukan kebajikan pada kacamata sosialis atau komunis atau demokratis atau sekularis.
Akhirnya, kenapa saya tujukan PAS? Kerana hanya PAS boleh menjadi ‘check and balance’ kepada parti-parti Melayu, khasnya UMNO dan PPBM sekarang. PAS boleh diharap menjadi “mediator” antara mereka. Dalam kata lain, pusat politik Melayu Islam negara hari ini fokusnya adalah pada PAS walaupun hanya ada 18 kerusi Parlimen. Biar apa orang nak kata PAS kena jadi PAS.
Justeru, PAS jangan sampai terlePAS. Jangan sampai orang kata PAS ini adalah hamPAS. Tetapi PAS tetap PAS. PAS adalah semesti PASti dalam tindakan, tidak ragu-ragu. PAS menjadi PASak kepada politik Malaysia.
Sudah tentu PAS bukan Parti Ajaran Sesat, sebagaimana yang didakwa musuh-musuh. Tetapi PAS adalah PAS. PAS yang tulen sentiasa lantang bersuara menegakkan amar makruf nahi mungkar, serta menegakkan keadilan berasaskan memberikan hak kepada yang berhak. ISMA WEB


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/apa-pas-boleh-buat-dengan-hanya-18.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Alami Trust Defecit Hanya Perletakan Jawatan Dan Pendakwaan Pihak Tertentu Boleh Pulihkan Imej

Sprm Alami Trust Defecit Hanya Perletakan Jawatan Dan Pendakwaan Pihak Tertentu Boleh Pulihkan Imej

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 202 hits
Oleh Sirajuddin AhmadNampaknya skandal Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menyiasat Pegawainya sendiri semakin menjadi isu panas dan bualan masyarakat Ia seolah olah SPRM cuba menutup kesnya sendiri atau mencari jalan keluar Integriti SPR...
Pas Jangan Lupa Petik Ayat Al Quran Babit Larangan Berjudi Di Parlimen Sindir Hanipa

Pas Jangan Lupa Petik Ayat Al Quran Babit Larangan Berjudi Di Parlimen Sindir Hanipa

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 415 hits
Faiz Zainudin September 30 2021 Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad memberikan dalil dalil susulan tindakan kerajaan menambah bilangan cabutan khas judi KUALA LUMPUR Ahli Parlime...
Seram Kerusi Bergerak Sendiri Curi Tumpuan Di Parlimen Ini Respon Hannah Yeoh

Seram Kerusi Bergerak Sendiri Curi Tumpuan Di Parlimen Ini Respon Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 293 hits
Tular video kerusi bergerak di Parlimen ketika Ahli Parlimen Segambut ini sedang sibuk membahas isu berbangkit berkaitan rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan Taman Rimba Kiara
Terkini Pas Cuba Main Dua Kolam Ternyata Pembahgian Kerusi Tanpa Melibatkan Umno

Terkini Pas Cuba Main Dua Kolam Ternyata Pembahgian Kerusi Tanpa Melibatkan Umno

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 287 hits
Panas Portal Pas lapor PN capai kata sepakat pembahagian kerusi PRU 15 tanpa libatkan UmnoOctober 2 2021 Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional telah membincangkan mengenai persiapan pilihan raya umum yang akan datang kata Pengerusinya T...
Sokong Penyandang Kerusi Jadi Formula Pas Kata Tuan Ibrahim

Sokong Penyandang Kerusi Jadi Formula Pas Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 230 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kaedah itu antara langkah yang akan diambil bagi mengelakkan tiga penjuru PETALING JAYA PAS memberi jaminan akan mengundi penyandang kerusi sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antar...
Kedah Dapat Rm78 Juta Bantuan Banjir Tapi Hanya Rm2 Juta Untuk Sabah Soal Ahli Parlimen

Kedah Dapat Rm78 Juta Bantuan Banjir Tapi Hanya Rm2 Juta Untuk Sabah Soal Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 361 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata Sabah sepatutnya mendapat bantuan banjir lebih banyak sebagai layanan adil daripada kerajaan persekutuan KOTA KINABALU Seorang Ahli Parlimen pembangkang Sabah menyelar kerajaan persekutuan ...
Anwar Mat Sabu Sindir Pas Di Parlimen Kerana Judi Naik 22 Kali

Anwar Mat Sabu Sindir Pas Di Parlimen Kerana Judi Naik 22 Kali

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 237 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar menyindir pimpinan Pas di Dewan Rakyat hari ini kerana menaikkan cabutan khas nombor ekor sebanyak 22 kali dalam tempoh setahun Sindiran itu selepas Mohamad Sabu mencelah per...
Mp Pas Panas Disindir Mat Sabu Dalam Parlimen

Mp Pas Panas Disindir Mat Sabu Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 208 hits
Ahli parlimen PAS dari Pasir Mas YB Ahmad Fadhli Shaari panas telinga mendengar sindiran dari Presiden AMANAH YB Mat Sabu ketika perbahasan di Dewan Rakyat Mat Sabu menyindir Pas di atas tindakan kerajaan Kelantan membeli kereta Merdeces di...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms