Apa Kita Tahu Mengenai Akaun Rahsia Umno Dan Kenapa Ia Penting


Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan 12 Feb 2021, 6:52 pm

Pihak pendakwa raya dalam saman pelucutanhak terhadap Umno membuat dakwaan mengejutkan pada Rabu lalu bahawa Umno mempunyai akaun 'bank rahsia' yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik

Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan di mahkamah, tetapi buat masa ini, inilah yang kita tahu mengenainya:

Bilakah akaun ini dibuka?

Menurut The Edge, pendakwa raya memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa akaun tersebut dibuka pada tahun 1988 di Southern Bank cawangan Wisma Genting, Kuala Lumpur.

Southern Bank kemudiannya diambil alih oleh bank CIMB pada tahun 2006.

Tahun 1988 adalah tahun yang sama Umno dibatalkan pendaftarannya kerana mempunyai cawangan yang tidak sah, dan kemudian didaftarkan semula sebagai Umno Baru.

Siapa yang tahu mengenai akaun itu?

Pihak pendakwa berkata pemimpin Umno pada tahun 1988 tahu mengenai akaun itu, termasuk presiden Umno ketika itu Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Allahyarham Ghaffar Baba, dan bendahari Umno, Daim Zainuddin.

The Edge melaporkan bahawa presiden, timbalan presiden, dan bendahari berikutnya mungkin tahu mengenai akaun tersebut kerana mereka menguruskannya.

Ini menyokong kenyataan Mahathir pada tahun 2015, bahawa semasa menjadi presiden parti, sumbangan politik dimasukkan ke dalam akaun yang dikendalikan oleh tiga orang pemegang amanah termasuk dia sendiri.

Mahathir berkata ketika meletakkan jawatan sebagai presiden, dia mengarahkan wang tunai dalam akaun itu diserahkan kepada penggantinya Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, dia tidak tahu parti itu mempunyai akaun "rahsia".

Berapa jumlah dalam akaun tersebut?

Dilaporkan akaun itu mempunyai baki RM193 juta pada awal tahun lepas.

Bagaimanapun, The Edge memetik siasatan polis menyatakan bahawa jumlah itu dikeluarkan pada pertengahan tahun lalu dan dipindahkan ke sebuah NGO dikenali sebagai Kelab Prihatin Graduan.

Baki semasa dikatakan lebih RM2,700.

Nama kelab ini juga tidak tertera dalam sebarang pencarian umum.

Namun, terdapat satu lagi persatuan mempunyai nama yang hampir sama iaitu Kelab Graduan Prihatin.

Menurut catatan oleh Kolej Sains dan Teknologi Antarabangsa Melaka minggu lalu, presiden Kelab Graduan Prihatin adalah Shahrul Azuwar Abdul Aziz.Pada Disember lalu, Harian Metro melaporkan bahawa Shahrul Azuwar penerima darjah kebesaran Melaka disenaraikan sebagai pengarah kewangan Umno dan akauntan BN.

Mengapa ia penting?

Menurut pihak pendakwa raya, polis mendapati bahawa akaun Umno yang disebutkan itu tidak diaudit dan wang tersebut dipercayai tidak pernah dicatat dalam penyata kewangan tahunan Umno.

"Sumbangan politik yang tidak diaudit secara tunai juga melanggar Seksyen 14 (1) (d) dan (db) Akta Pertubuhan 1966," kata pihak pendakwa raya.
Seksyen 14 (1) (d) mensyaratkan bahawa mana-mana pertubuhan yang mendaftar dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS) perlu menyediakan penyata akaun tahun kewangan sebelumnya, bersama dengan imbangan duga yang menunjukkan kedudukan kewangan pertubuhan pada akhir tahun kewangan.

Penyata ini mesti diserahkan dalam masa 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan.

Seksyen 14 (1) (db) juga menghendaki bahawa pertubuhan juga perlu mengisytiharkan wang yang diterima dari mana-mana orang, organisasi, pihak berkuasa, kerajaan, atau agensi dari luar Malaysia.

ROS diberi kuasa untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan yang dengan sengaja melanggar sebarang undang-undang di bawah Akta Pertubuhan
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/apa-kita-tahu-mengenai-akaun-rahsia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Presiden Umno 1988 Boleh Jelaskan Akaun Rahsia Shahril

Mungkin Presiden Umno 1988 Boleh Jelaskan Akaun Rahsia Shahril

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 264 hits
Pemimpin Umno pada masa lalu mungkin lebih tahu mengenai dakwaan kewujudan akaun bank rahsia yang melibatkan parti itu kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan Ini selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa tidak tahu mengenai kewujudan akaun...
Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 269 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik Akaun sulit Umno Pemimpin Bersatu atau par...
Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 375 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia Menurut beliau sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu tiada keputu...
Mat Hasan Tak Tahu Akaun Rahsia Umno

Mat Hasan Tak Tahu Akaun Rahsia Umno

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 360 hits
malaysiakini comDiterbitkan 11 Feb 2021 4 49 pmDikemaskini 4 50 pmBeberapa pemimpin Umno mendakwa mereka tidak tahu menahu mengenai kewujudan akaun rahsia Umno yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik seperti didedahkan di mahkama...
Umno Ada Akaun Rahsia Yang Tidak Diaudit Bagi Derma Politik Pendakwa

Umno Ada Akaun Rahsia Yang Tidak Diaudit Bagi Derma Politik Pendakwa

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 302 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Feb 2021 6 24 pmUmno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik kata pendakwa raya hari ini Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM...
Akaun Rahsia Umno Bukan Rahsia Lagi

Akaun Rahsia Umno Bukan Rahsia Lagi

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 228 hits
Datuk Zaharin mendedahkan maklumat bagaimana dana akaun sulit digunakan Dengan pencerahan Datuk Zaharin membuktikan dakwaan Iswardy adalah benar
Gempar Pendakwa Dedah Umno Ada Akaun Bank Rahsia Yang Tidak Diaudit

Gempar Pendakwa Dedah Umno Ada Akaun Bank Rahsia Yang Tidak Diaudit

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 218 hits
February 11 2021 Umno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik kata pendakwa raya hari ini Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114 16 juta yang dituntut oleh...
Gempar Zahid Dedah Rahsia Besar Usaha Satukan Umno Pas Sudah Bermula Sejak 1998

Gempar Zahid Dedah Rahsia Besar Usaha Satukan Umno Pas Sudah Bermula Sejak 1998

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 269 hits
February 16 2021 Selepas bebeberapa ketika Muafakat Nasional tidak disebut atau dibincangkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha tersebut harus diteruskan pada masa depan Menurut beliau hubungan kedua dua parti masih b...
Apa Agenda Annuar Bila Mengaku Tidak Tahu Akaun Sulit Umno

Apa Agenda Annuar Bila Mengaku Tidak Tahu Akaun Sulit Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 403 hits
Apakah mahu menunjukan Zahid dan Najib tahu ada akaun sulit tetapi tidak mendedahkan nya Tidak memaklumkan kepada nya semasa memegang jawatan kerusi Setiausaha agung umno Berapa jumlah nya Siapa pemegang nya Akibatnya UMNO bakal diharamkan ...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups