Apa Kena Mengenanya Ucapan Jerome Powell Di Jackson Hole Dengan Kadar Pinjaman Di Negara Kita




NIK HASYUDEEN


Setiap musim luruh, para ahli ekonomi, jurubank pusat, ahli akademik dan pembuat polisi dari seluruh dunia akan berhimpun di Jackson Hole di Wyoming bagi menghadiri Simposium Ekonomi yang mana Federal Reserve Bank of Kansas City menjadi tuan rumahnya.

 

Mengapa mereka seperti melakukan “umrah tahunan” ke sini? Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika akan memberikan ucapan dasar beliau yang akan memberikan gambaran akan arahtuju dasar bank demikian. Oleh kerana Amerika masih lagi merupakan pusat pasaran kewangan dan modal dunia, tindakan yang diambil oleh Rizab Persekutuan Amerika akan memberi kesan global termasuk harga barangan yang kita makan di rumah-rumah kita.

 

Berikut adalah ringkasan ucapan Jerome Powell yang tak sampai 10 minit pun. Di sana tak ada kata-kata aluan yang panjang walaupun di hadapan beliau ada ramai orang-orang ternama. Saya suka pendekatan yang lebih mementingkan isi dari kulit berbandingkan budaya di tempat lain yang mana ucapan boleh jadi berjam-jam tanpa sebarang isi yang bermanfaat. Ramai pula orang dipaksa hadir bagi menampakkan pengucap yang tak bermanfaat itu nampak popular.

 

Menurunkan inflasi kepada kadar 2% seperti yang disasarkan oleh Rizab Persekutuan Amerika adalah fokus utama mereka.

 

Kestabilan harga adalah tanggungjawab Rizab Persekutuan yang merupakan asas kepada ekonomi Amerika. Tanpa kestabilan harga, banyak keputusan-keputusan strategik tidak boleh dilakukan atau pun tersasar. Beban inflasi akan ditanggung dengan lebih berat oleh orang-orang yang paling tidak mampu untuk menanggungnya.

 

Menurunkan inflasi memerlukan masa yang panjang bagi mempastikan permintaan dan bekalan berada di tahap keseimbangan yang lebih baik. Ini akan memperlahankan perkembangan ekonomi dan memberi kesan ke atas pasaran buruh. Namun, kegagalan untuk mewujudkan kestabilan harga akan memberi kesan yang lebih buruk.

 

Ekonomi Amerika masih kukuh walaupun berkembang dengan lebih perlahan berbanding dengan 2021. Pasaran buruh juga kukuh walaupun banyak majikan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerja. Inflasi telah melebihi 2% dan kesannya dirasai oleh seluruh ekonomi.

 

Sasaran Jawatankuasa Pasaran Terbuka Kebangsaan (FOMC) terkini menetapkan kadar dana kebangsaan disasarkan kepada 2.25% sehingga 2.50% dan kenaikan seterusnya dijangka di dalam mesyuarat seterusnya. Jangkaan purata kadar dana ahli-ahli FOMC untuk tahun 2023 ialah bawah sedikit dari 4.00%.

 

Keputusan berkenaan Polisi Monetari berdasarkan dinamik inflasi yang diperhatikan semasa kekelamkabutan harga masa lampau dan juga semasa kestabilan harga suku abad yang terakhir. Ada 3 pengajaran penting yang digunapakai:

 

1.     Bank Pusat boleh dan seharusnya mengambil tanggungjawab untuk mempastikan kadar inflasi yang rendah dan stabil.

 

2.     Jangkaan awam berkenaan kadar inflasi masa depan juga memainkan peranan di dalam mempengaruhi inflasi. Ini pula akan mempengaruhi keputusan ekonomi perniagaan dan isi rumah. Ini seteruskan akan mempengaruhi kadar kenaikan harga.

 

3. Usaha menurunkan kadar inflasi kena dilakukan sehingga ianya selesai. Sekiranya ianya diberhentikan separuh jalan, tempoh inflasi yang tinggi akan menjadi lebih panjang.

Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Powell, tentunya Rizab Amerika akan menaikkan lagi kadar faedah di sana sehingga inflasi benar-benar berada di bawah 2% berbanding dengan dalam 8.5% sekarang. Ini akan mengakibatkan kadar pinjaman/pembiayaan menjadi lebih tinggi manakala pasaran kewangan dan pasaran buruh akan menjadi lebih lembab bagi menurunkan permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan.

Jadi, kita dan warga dunia yang lain kena bersedia untuk menghadapi suasana ekonomi global yang lebih sejuk walaupun kadar pinjaman akan tetap tinggi untuk kesekian waktu. Tentukan kadar tukaran wang Dollar akan mengukuh berbanding dengan matawang lain seperti Ringgit.

Oleh kerana Rizab Persekutuan Amerika adalah satu entiti bebas, mereka tak peduli pun akan pilihanraya separuh penggal di Amerika pada bulan November ini. Inilah sebabnya ahli-ahli politik Amerika akan berhati-hati di dalam proses pengesahan Pengerusi Rizab Kebangsaan di Dewan Senet. Lepas dilantik, apa orang politik kata pun tak akan memberi kesan kepada keputusan Rizab Kebangsaan. Ni lah baru meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan orang politik yang hanya memetingkan polisi-polisi yang popular walaupun negara akan masuk gaung. Peduli apa mereka.

Kita semua kena menjadi warganegara yang ada banyak maklumat dan membuat keputusan berdasarkan ilmu. Hanya dengan cara ini kita boleh menjadi khalifah yang berkesan di muka bumi Allah ini. Syarahan dan seruan memang senang tetapi tidak akan mengubah keadaan. Hanya tindakan yang berasaskan analisa yang mantap dan berani menghadapi cemuhan pelbagai pihak yang ada pelbagai kepentingan yang akan mengubah keadaan.

Tak mengapa membuat keputusan yang tak popular asalakan ianya bermanfaat secara meluas dan berpanjangan. Ini memerlukan keberanian dan kesanggupan menghadapi risiko dan keputusan kita.

#takapajujur

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/apa-kena-mengenanya-ucapan-jerome.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Powell Di Jackson Hole Kesannya Terhadap Pasaran

Ucapan Powell Di Jackson Hole Kesannya Terhadap Pasaran

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 163 hits
Jumaat lalu Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell menyampaikan ucaptama yang kuat di Simposium Ekonomi Jackson Hole yang menggegarkan pasaran kewangan ke teras Malah ucapannya menekankan bahawa Fed akan meneruskan dasar monetarinya yang...
Simposium Akan Datang Di Jackson Hole Apa Yang Akan Berlaku Kepada Dolar

Simposium Akan Datang Di Jackson Hole Apa Yang Akan Berlaku Kepada Dolar

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 234 hits
Simposium Jackson Hole tahun ini sudah pasti akan menjadi peristiwa paling penting pada bulan ini Jurubank pusat jurubank dan penganalisis akan menghadapi latar belakang ekonomi yang unik sangat berbeza daripada simposium tahun lepas Tahun ...
Bank Negara Malaysia Octafx Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Bank Negara Malaysia Octafx Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 255 hits
Melalui kemaskini terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia OctaFX adalah syarikat baru yang dimasukkan dalam senarai amaran pengguna kewangan Ini bagi memastikan orang ramai tidak melabur diperkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tida...
Skandal Lcs Siasatan Selesai Peguam Negara Tunggu Apa Lagi

Skandal Lcs Siasatan Selesai Peguam Negara Tunggu Apa Lagi

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 198 hits
Skandal LCS Siasatan selesai Peguam Negara tunggu apa lagi Posted By on August 30 2022Skandal pembinaan kapal tempur pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia tidak sewajarnya dibiarkan berpanjangan tanpa ada pihak yang didakwa di mahkamah Menur...
Awani Ringkas Muhyiddin Mahu Kerjasama Dengan Ph Demi Kuasa Bukan Negara

Awani Ringkas Muhyiddin Mahu Kerjasama Dengan Ph Demi Kuasa Bukan Negara

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 187 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Rasa Cinta Kepada Negara Penting Untuk Pertahankan Kedamaian Keamanan Dan Kemerdekaan Malaysia Pm

Rasa Cinta Kepada Negara Penting Untuk Pertahankan Kedamaian Keamanan Dan Kemerdekaan Malaysia Pm

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 270 hits
Dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2022 yang disiar di saluran televisyen tempatan malam ini Perdana Menteri menyifatkan ia satu perkara penting ke arah usaha membangunkan dan menjaga kedaulatan negara KUALA LUMPUR Hanya rasa cinta kepada nega...
Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 300 hits
Dua audit yang dijalankan secara berasingan berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir untuk Tentera Laut Diraja Malaysia mendedahkan bahawa kemungkinan terdapat perjanjian antara kontraktor utamanya dan pembuat kapal kontroversi DCNS se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba