Apa Kelebihan Buat Bisnes Online Guna Konsep Dropship


Apa kelebihan buat bisnes menggunakan konsep dropshipping berbanding jual dengan cara biasa? Selama ni saya cuma jual produk yang ada dalam tangan saya sahaja. Kalau konsep dropship ni bagus, mungkin saya boleh pertimbangkan untuk cuba kaedah tersebut juga.
 
Boleh bagi pencerahan?

Memang betul, buat bisnes menggunakan konsep dropship ada kelebihannya. Kebiasaannya, usahawan yang berniaga secara online, sama ada yang baru nak bermula, ataupun yang dah lama berniaga, akan menggunakan kaedah dropship dalam bisnes yang mereka jalankan.
 
Menggunakan kaedah dropship dalam perniagaan, tidak bermakna seseorang usahawan itu tak bagus, masih baru dalam bisnes atau tak ada modal nak berniaga. Kaedah ini boleh jadi merupakan salah satu strategi yang paling power untuk jana lebih banyak pendapatan dalam perniagaan.
 
Mari kita lihat, apa sebenarnya kelebihan yang anda bakal nikmati sekiranya menjalankan bisnes online melalui konsep dropship ini ya.
 
(1) Fokus pada satu kerja sahaja Sebagai ejen dropship, kita hanya perlu fokus pada kerja-kerja pemasaran sahaja. Apabila berjaya dapat tempahan, kita akan hubungi pihak pembekal untuk mereka uruskan tempahan tersebut.
 
Pada waktu ini, kita dah tak perlu lagi disibukkan dengan hal-hal remeh seperti membalut produk, pergi beratur di pos laju untuk pos barang dan uruskan hal-hal berkaitan. Aktiviti ini agak remeh dan ia akan memakan masa yang agak panjang.
 
(2) Tidak perlukan modal yang besar Melalui kaedah dropship, kita boleh mula berniaga pada hari ini juga walaupun kita tidak mempunyai modal yang besar. Malahan, perniagaan kita juga boleh dimulakan walaupun tanpa sebarang modal.
 
Anda boleh buat begini. Dapatkan maklumat beserta dengan gambar produk dari pihak pembekal. Seterusnya anda upload info tentang produk yang hendak dipasarkan itu di media sosial. Apabila ada tempahan, anda uruskan tempahan tersebut.
 
Dalam contoh yang ringkas ini, anda telah mulakan perniagaan tanpa guna sebarang modal. Sudah tentu, kalau anda mahukan hasil yang lebih baik, anda boleh keluarkan sedikit modal bagi tujuan pemasaran.
 
Pada hari ini, anda boleh jual sebarang produk di laman web ecommerce Shopee.

Kalau anda pandai guna akaun media sosial seperti Facebook, bermakna anda juga pasti mampu gunakan laman web shopee ini. Cara guna tak banyak beza. Daripada anda gunakan facebook untuk berniaga dekat kawan-kawan yang mungkin tak minat dengan produk yang anda jual, baik cuba buat jualan kepada pembeli yang memang ramai di laman web shopee tu.
 
(3) Mudah untuk buat kajian pasaran Bagaimana kita nak tahu sama ada sesuatu produk itu akan dapat permintaan atau tidak? Jawapannya ialah, kita buat kajian pasaran, atau dalam bahasa yang lagi mudah, kita test market.
 
Melalui konsep dropship, kita tak perlu ambil risiko untuk borong sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk dapatkan margin untung yang lebih tinggi. Jika produk itu diterima masyarakat, maka tindakan anda borong produk tersebut, untuk dijual semula mungkin boleh dikatakan satu tindakan yang tepat.
 
Bagaimana pula kalau produk tersebut kurang mendapat minat? Sanggupkah anda tanggung risiko produk tak terjual nanti? Dengan menggunakan konsep dropship ini, anda tak perlu nak tanggung itu semua.
 
(4) Cepat untuk masuk dalam pasaran Jika anda biasa dalam perniagaan online, pasti anda akan perasan hampir setiap minggu (atau mungkin setiap hari) akan ada sahaja produk baru yang diperkenalkan di pasaran. Melalui kuasa viral, kita boleh tahu apa produk yang tengah viral dan apa produk yang tengah ramai orang minat nak beli.
 
Mungkin pernah terlintas di fikiran anda, yang anda juga mahu jual produk yang tengah viral, ketika ianya masih lagi panas! Produk yang viral ni biasanya dia akan laku dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.
 
Kalau kata ia viral sebulan, maka dalam sebulan itulah, kita kena cepat bertindak dan jual produk yang sama. Kalau terlambat, kita mungkin tak dapat jualan seperti yang diharapkan. Mujurlah ada konsep dropship. Anda mungkin akan temui, salah seorang penjual produk yang tengah viral tu, juga boleh tawarkan anda program dropship supaya anda juga sama-sama dapat manfaat daripada kuasa viral tersebut.
 
Yang penting, kena cepat masuk dalam pasaran.
 
(5) Jual macam-macam produk dalam satu masa Ini khusus untuk mereka yang mempunyai laman web perniagaan berkonsepkan ecommerce sendiri. Jika anda ingin bangunkan sebuah laman web ecommerce, maka anda perlu pastikan laman web anda itu nanti ada banyak produk.
 
Dekat mana nak dapatkan produk yang begitu banyak? Perlukah anda keluar modal untuk simpan stok produk? Ianya terpulang kepada strategi perniagaan anda. Kalau anda ada modal yang besar, bolehlah simpan stok produk. Jika tidak, anda boleh guna sahaja konsep dropship.
 
Jika anda tiada kepakaran untuk bina laman web ecommerce, anda boleh saja gunakan laman web shopee sebagai platform jualan.
 
(6) Anda akan mempunyai stok produk tanpa had Kini anda tak perlu bimbang tentang kehabisan stok. Kebanyakkan usahawan dropship, mereka akan bersiap sedia dengan sekurang-kurangnya tiga orang yang mampu jadi pembekal. Kalau tak dapat tiga orang pembekal, dapat dua orang sahaja pun sudah kira baik.
 
Stok produk yang anda jual, adalah bergantung kepada stok produk yang dimiliki oleh pembekal-pembekal anda. Jika anda ada banyak pembekal, ini seolah-olah anda mempunyai stok produk yang tak akan pernah habis.
 
(7) Meningkatkan pendapatan Bila anda hanya jual produk yang ada dalam tangan, anda meletakkan had pendapatan yang boleh diraih kepada setakat berapa banyak stok yang anda miliki dalam tangan. Sebaliknya jika anda gunakan kaedah dropshipping ini, anda meningkatkan lagi kebarangkalian untuk hasilkan lebih banyak pendapatan dan ianya tak terhad kepada setakat apa yang ada dalam tangan semata.
 
(8) Tiada keperluan untuk simpan barang Seterusnya, anda tak perlu simpan barang.
 
Kalau anda cuma berniaga satu barang, mungkin tak jadi masalah untuk simpan barang jualan di rumah. Tetapi, bagaimana pula kalau anda jual 10 barang yang berbeza? 20 barang? 100 barang? 1,000 barang?
 
Setiap barang yang dijual pastinya perlu ada stok masing-masing. Ini bermakna anda perlu ada tempat penyimpanan barang yang cukup besar, untuk anda simpan barang-barang tersebut. Sampai satu tahap, anda perlu ada gudang penyimpanan anda sendiri.
 
Adakah masalah anda akan selesai jika ada gudang simpan barang sendiri? Tak tentu juga. Anda perlu ambil langkah tambahan, untuk memastikan barangan yang disimpan dalam gudang atau tempat simpanan tidak rosak ataupun dicuri.
 
Baiklah, berniaga menggunakan konsep dropship memang ada banyak lagi kebaikkan dan kelebihannya. Mungkin lepas ini, anda boleh cuba jual sekurang-kurangnya satu atau dua barang menggunakan konsep dropship, supaya anda lebih faham bagaimana ianya berfungsi.
 
Anda kini dah tahu teori, masa untuk praktikkan bisnes dropship anda sendiri.
 
Sekian dulu, semoga bermanfaat.
 
 
The post Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship? appeared first on Soal Jawab .MY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soaljawab.my/apa-kelebihan-buat-bisnes-online-guna-konsep-dropship/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Bisnes Dropship Berbanding Bisnes Online Lain

Kelebihan Bisnes Dropship Berbanding Bisnes Online Lain

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 460 hits
nes paling trending sekarang ni ialah Bisnes Dropship Kalau korang nak tau ada beberapa sebab kenapa bisnes dropship jadi pilihan ramai
Bisnes Topup Prepaid Guna Boost App

Bisnes Topup Prepaid Guna Boost App

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 300 hits
Menjadi ejen topup ataupun memulakan bisnes topup adalah antara bisnes yang mudah untuk dimulakan dan boleh dimulakan dengan modal yang rendah Jika dahulu anda perlukan upline untuk daftar kini ada cara yang lebih mudah untuk anda mulakan b...
Rahsia Copywriting Bisnes Online

Rahsia Copywriting Bisnes Online

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 345 hits
Rahsia Copywriting Bisnes Online Anda biasa dengar orang kata first impression First impression ialah benda pertama yang anda lihat anda dengar anda rasa dan anda baca First impression boleh menentukan samada anda hidup atau mati Begitu jug...
Bisnes Platform Onpay Web Terbaik Untuk Anda Berbisnes Secara Online

Bisnes Platform Onpay Web Terbaik Untuk Anda Berbisnes Secara Online

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 706 hits
Anda Menjalankan Bisnes Online Pening Uruskan Bisnes Online Anda Pastinya OnPay Jawapan Anda MudahBisnes anda kini lebih mudah dengan OnPay Akses bisnes anda lebih mudah di mana sahaja dengan menggunakan PC smartphone dan tablet Ianya user ...
Untung Berniaga Dropship Guna Ecommerce Platform

Untung Berniaga Dropship Guna Ecommerce Platform

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 445 hits
Saya pasti dropship ni bukan perkataan baru bagi yang dah menjalankan bisnes online Tapi saya akan terangkan maksud yang mudah difahami Jadi Orang Tengah Tanpa Memerlukan Produk Sendiri Inilah maksud mudah bagi Dropship Sebab itu ramai yang...
50 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder Easystore Malaysia

50 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder Easystore Malaysia

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1357 hits
50 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder EasyStore Malaysia Ramai rupanya yang ada bisnes online ni Sejak artikel ini kami terbitkan di blog ini banyak soalan kami dapat yang bertanyakan contoh contoh website e commerce atau keda...
Raih Anggaran Rp 100 M Bkpm Siap Ambil Alih Layanan Online Single Submission

Raih Anggaran Rp 100 M Bkpm Siap Ambil Alih Layanan Online Single Submission

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 276 hits
Kepala BKPM Thomas Lembong mengatakan untuk bisa mengoperasikan layanan tersebut BKPM telah mendapatkan tambahan anggaran sebesar Rp 100 miliar di 2019 Meski sebenarnya tambahan anggaran ini jauh lebih kecil dari yang telah diusulkan BKPM S...
Bisnis Ritel Diklaim Tak Terganggu Meski Ramai Jual Beli Online

Bisnis Ritel Diklaim Tak Terganggu Meski Ramai Jual Beli Online

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 268 hits
Vice President Corporate Communication Transmart Carrefour Satria Hamid menyatakan transaksi yang terjadi di Transmart pun 90 persen masih dilakukan secara offline Sementara baru 10 persen yang dilakukan secara online Namun pelaku usaha tet...
Guna Cara Dap Untuk Pulihkan Negara

Guna Cara Dap Untuk Pulihkan Negara

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 386 hits
GEORGETOWN Kerajaan PH akan mengguna pakai pendekatan tiga teras dalam usaha membaiki ekonomi negara untuk memberikan keyakinan kepada pelabur dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tiga teras yang digu...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo