Apa Itu Sutrah Dan Hukum Meletakkannya Di Dalam Solat


Apa itu Sutrah dan Hukum Meletakkannya di Dalam Solat


Soalan : Boleh mufti beri penjelasan apakah itu sutrah dan kepentingannya?

Jawapan:
Bagi menjawab soalan berkenaan sutrah, kami lampirkan keterangan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (1/392-393)dalam bab perkara-perkara sunat berkaitan dengan solat

“Sekatan (سُترَةٌ) adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. Jika tidak didapati apa-apa pun buatlah tanda garisan sahaja

Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّى إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى السَّفَرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.”Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)
Sementara cara yang afdhal pula ialah meletakkan sekatan berhampiran dengan tempat sujud



Hal ini berdasarkan hadith, daripada Sahal bin Sa’ad RA, katanya:
كَانَ بَيْنَ مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الْجِدَارِ مَمَرُّ الشَّاةِ
Maksudnya: “Jarak di antara tempat sujud Rasulullah SAW dan dinding ialah seluas laluan kambing.”Riwayat al-Bukhari (474) dan Muslim (508)
Dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie juga ada ditambah bahawa haram bagi seseorang untuk lalu di hadapan orang yang bersolat sedangkan dihadapannya sudah ditandakan dengan sutrah, berdasarkan hadis Abu al-Juhaim al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ
Maksudnya: Kalaulah seseorang itu tahu dosa yang dikenakan ke atasnya akibat berjalan di hadapan orang yang solat, nescaya kalau dia berdiri selama 40 (tempoh tertentu), lagi baik daripada dia berjalan di hadapan orang yang solat.Riwayat al-Bukhari (510)
Berkata Abu al-Nadr, salah seorang perawi hadis ini, : “Aku tidak pasti sama ada baginda bersabda 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”
Sunat hukumnya bagi orang yang bersolat dengan sutrah kemudian ada orang yang lalu dihadapannya dia tahan menggunakan tangannya. Ini berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri RA, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَلْيَدْفَعْ فِي نَحْرِهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ
Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan).”Riwayat Muslim (505)
Adapun seseorang yang tidak meletakkan sutrah di hadapan, maka dia tidak berhak untuk menghadang orang lain daripada melintasi hadapannya kerana dia sudah mencuaikan haknya dengan meninggalkan memasang sutrah. Rujuk al-Mu’tamad (1/222-223). Begitu juga sutrah bagi imam adalah sutrah bagi makmum. Rujuk I`anah al-Talibin (1/221) dan Bughyah al-Mustarsyidin (1/112). Justeru, dalam keadaan yang terdesak seperti terbatalnya wuduk ketika dan terpaksa melalui di hadapan makmum lain dalam solat untuk mengambil wuduk semula, sedangkan tiada jalan lain, maka boleh lalu dan tidak boleh dihalang oleh makmum lain

Semoga Allah berikan kita ilmu untuk melaksanakan amal ibadah dengan sempurna.

Wallahua’lam.

Info Solat : Apa itu Sutrah dan Hukum Meletakkannya di Dalam Solat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://myinfosolat.blogspot.com/2019/05/apa-itu-sutrah-dan-hukum-meletakkannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Solat Sunat Raya Di Masjid Negara

Agong Solat Sunat Raya Di Masjid Negara

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 419 hits
Agong solat sunat raya di Masjid Negara Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Jun 2019 10 23AM
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 635 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand

Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 545 hits
NARATHIWAT Seorang ketua kampung maut manakala seorang lagi cedera ditembak ketika sedang menunaikan solat sunat witir di sebuah masjid di Daerah Rangae Narathiwat malam tadi Dalam kejadian kira kira 8 45 malam Ketua Kampung Awae Fakrudin T...
Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh

Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 848 hits
Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh Ramai anak anak yang sebaya anak MF dah mula berpuasa Anak MF setakat hari ni belum berpuasa lagi bahkan MF sendiri tak menekankan dia berpuasa Kenapa Sebab dia sendiri belum baligh Tak jadi kewajipan pun ...
Ifan Seventeen Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang Katanya Hanya Tumpang Solat

Ifan Seventeen Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang Katanya Hanya Tumpang Solat

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 698 hits
BAHARU sahaja kehilangan isteri dalam sebuah bencana tsunami Disember lalu vokalis kumpulan Seventeen Ifan dikejutkan pula dengan sebuah video dia ditangkap khalwat berama seorang wanita Penyanyi lagu Kelmarin itu ditangkap dalam sebuah pan...
Mohamed Salah Kecewa Tak Dapat Tunaikan Solat Aidilfitri Kerana Sikap Tidak Profesional Sesetengah Pihak

Mohamed Salah Kecewa Tak Dapat Tunaikan Solat Aidilfitri Kerana Sikap Tidak Profesional Sesetengah Pihak

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 381 hits
Mohamed Salah kembali ke kampungnya di Mesir untuk meraikan Hari Raya seperti kebiasaan Mohamed Salah June 5 2019 Namun Mohamed Salah kecewa dengan sikap beberapa media dan wartawan di Mesir yang
Solat Istikharah

Solat Istikharah

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 885 hits
Bagaimana cara solat istikharah Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat istikharah Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami Doa istikharah juga turut dise...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998