Apa Itu Penyakit Polio


Polio atau poliomyelitis adalah penyakit akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat dan lazimnya menjangkiti kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian, namun virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.


Virus liar polio (wild polio virus – WPV) masih endemik di tiga buah negara (Afghanistan, Pakistan dan Nigeria) dan beberapa buah negara lain juga dijangkiti virus ini kerana pergerakan manusia, kerana selagi terdapat negara yang menyebarkan WPV, semua negara masih berisiko dijangkiti.

Agen penyebab

Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enteroviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1988.

Cara jangkitan

Jangkitan berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral, yang bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti.

Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.

Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.

Tempoh pengeraman

7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.

Tanda dan Gejala

Seramai 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat. Manakala 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula.

Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf.

Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah.

Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang. Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan.

Komplikasi

Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.

Rawatan

Tiada rawatan khusus. Rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan.

Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.

Pelalian Pencegahan

Jenis vaksin: terdapat dua jenis vaksin polio iaitu Oral Polio Vaccine (OPV) yang dititiskan ke dalam mulut dan Inactivated Polio vaccine (IPV) yang diberi secara suntikan.

Bilangan dos: 3 dos prime dan 1 dos tambahan.

Jadual: diberi ketika berumur 2, 3, dan 5 bulan dengan dos tambahan pada umur 18 bulan (Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia).

Kontraindikasi: Tiada

Pengembara: Mereka yang hendak mengembara ke negara yang endemik atau sedang mengalami jangkitan WPV, dinasihatkan untuk mendapatkan pelalian polio selewat-lewatnya 4 minggu sebelum berlepas.

Langkah berjaga-jaga khusus: Individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunocompromised) hendaklah mengambil vaksin IPV.

Vaksin OPV yang mengandungi virus polio yang dinyahaktifkan boleh bertukar menjadi aktif dan menyebabkan penyakit kepada mereka yang immunocompromised ini.

Panduan mencegah jangkitan:
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas.Pastikan sanitari baik, gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik.Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak).Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (sayuran yang tidak dimasak).Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang.Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan.
SEJARAH POLIO YANG MELANDA EROPAH DAN AS DAHULU

Pada awal abad ke-20, wabak polio menyerang masyarakat di Eropah dan Amerika Syarikat. Ratusan ribu orang dijangkiti dengan angka kematian mececah ribuan orang. Belum lagi dikira mereka yang mengalami kecacatan seumur hidup.

Semua yang mengalami selesema akan sentiasa berharap agar ianya bukan polio. Selepas penemuan vaksin pertama pada tahun 1955, dan seterusnya vaksin kedua pada tahun 1960, mimpi ngeri tersebut berakhir.

Lihat sahaja dua tahun lepas (2016), semasa virus Zika yang berasal daripada Afrika mula masuk ke Malaysia, semua orang, khususnya ibu mengandung, risau dan takut jika terkena jangkitan yang boleh membuatkan bayi cacat. Begitulah mungkin perasaan yang dialami dahulu semasa wabak polio merebak, atau mungkin lebih.

Masyarakat dan profesional harus berinteraksi

Walaupun vaksin telah terbukti secara saintifik di atas kertas dan realiti bahawa ia sangat berkesan dalam mencegah penyakit yang berkaitan serta selamat digunakan, mungkin ada sebahagian dalam kalangan masyarakat tidak mampu memahaminya.

Golongan profesional kesihatan, khususnya, perlu mencari titik temu dengan golongan ini. Ia bukan masalah saintifik, sebaliknya isu sosial.

Di sinilah interaksi antara dua pihak mula berperanan. Segala kebimbangan dan salah faham harus dijelaskan. Dalam masa yang sama, penjelasan tersebut harus sampai kepada mereka yang berkaitan.

Persepsi dan keyakinan kepada sains pun mungkin sedikit sebanyak terjejas dengan kemunculan golongan pseudosains yang jelas tidak saintifik.

Keraguan terhadap syarikat-syarikat farmaseutikal besar daripada Eropah dan Amerika Syarikat juga mungkin membuatkan orang takut dan berwaspada.

Melihat kepada pengurangan pada liputan vaksin serta kemunculan semula kes-kes seperti campak, batuk kokol dan difteria, tindakan perlu diambil. Jika tidak dibendung, tidak mustahil wabak akan berlaku semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Itu Penyakit Jarang Jumpa?Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/12/polio-atau-poliomyelitis-adalah-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Ditakuti Boleh Membunuh Ini Info Penting Penyakit Polio Mak Ayah Wajib Tahu

Virus Ditakuti Boleh Membunuh Ini Info Penting Penyakit Polio Mak Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 419 hits
Polio atau nama penuhnya poliomielitis adalah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan pesakit yang menghidap penyakit ini mengalami masalah lumpuh Ianya berpunca daripada penyakit berjangkit yang disebabkan oleh poliovirus Penyakit ini bole...
Golongan Anti Vaksin Sekalian Fahami Bahaya Penyakit Polio

Golongan Anti Vaksin Sekalian Fahami Bahaya Penyakit Polio

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 632 hits
Polio ni adalah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan kecacatan kekal Ianya disebabkan oleh virus polio Virus ini telah lama dapat dicegah dengan vaksin Virus ini boleh merebak bila seseorang itu ada kontak secara langsung dengan mereka y...
Bapa Sanggup Berhenti Kerja Rawat Dua Puterinya Derita Penyakit Kulit Kronik

Bapa Sanggup Berhenti Kerja Rawat Dua Puterinya Derita Penyakit Kulit Kronik

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 374 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa Pepatah ini menggambarkan pengorbanan seorang ibu dan ayah demi membesarkan anak anak walaupun terpaksa bersusah payah dan menanggung derita Pengorbanan seorang ayah menjaga dan merawat ...
Lebih Banyak Berolahraga Bisa Selamatkan Wanita Dari Sejumlah Penyakit

Lebih Banyak Berolahraga Bisa Selamatkan Wanita Dari Sejumlah Penyakit

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 284 hits
Berolahraga lah sebanyak yang kamu bisa Kondisi bugar bisa melindungimu dari kematian yang disebabkan berbagai macam hal terang Jes s Peteiro dari University Hospital A Coru a Spanyol
Awas Kalau Badan Berisi Ada Kesan Hitam Ini Bukan Daki Tapi Petanda Penyakit Bahaya

Awas Kalau Badan Berisi Ada Kesan Hitam Ini Bukan Daki Tapi Petanda Penyakit Bahaya

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 764 hits
Kesan hitam ini selalu dilihat di bahagian leher dan ketiak Seringkali juga ia dianggap sebagai daki tapi hakikatnya bukan Ia sebenar petanda yang membimbangkan terutama jika dialami pada kanak kanak Risiko untuk anak yang mempunyai kesan h...
Batuk Darah Bisa Jadi Salah Salah Satu Gejala Penyakit Tuberkolosis

Batuk Darah Bisa Jadi Salah Salah Satu Gejala Penyakit Tuberkolosis

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 277 hits
Batuk darah adalah suatu keadaan di mana seseorang mengeluarkan darah dari saluran pernapasannya Saluran napas bagian bawah biasanya kata dokter spesialis paru departemen pulmonologi dan kedokteran respirasi Fakultas Kedokteran Universitas ...
Gila Kuasa Satu Penyakit

Gila Kuasa Satu Penyakit

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 308 hits
Dibimbangi utama kepentingan diri lebih dari rakyat1 DUA orang lelaki pernah bertemu Rasulullah lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin Rasulullah menegur mereka dengan berkata Kami tidak memberikan urusan kepi...
Idap Penyakit Langka Kakak Beradik Butuh Biaya Untuk Berobat

Idap Penyakit Langka Kakak Beradik Butuh Biaya Untuk Berobat

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 257 hits
Nasib malang dialami dua saudari Nadia Lovika dan Vika Launa yang menderita penyakit kulit langka trisomi 9 parsial Keterbatasan biaya pengobatan membuat keduanya tidak kunjung sembuh
6 Penyakit Yang Bakal Muncul Ketika Kamu Terlalu Lama Duduk

6 Penyakit Yang Bakal Muncul Ketika Kamu Terlalu Lama Duduk

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 219 hits
Berdasar sebuah penelitian kebiasaan duduk dalam jangka panjang saat bekerja bisa menimbulkan masalah baik secara mental maupun fisik Paling mudah hal ini bisa menyebabkan terjadinya nyeri dan peradangan pada sejumlah bagian tubuh
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall