Golongan Anti Vaksin Sekalian Fahami Bahaya Penyakit Polio
Polio ni adalah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan kecacatan kekal. Ianya disebabkan oleh virus polio. Virus ini telah lama dapat dicegah dengan vaksin
Virus ini boleh merebak bila seseorang itu ada kontak secara langsung dengan mereka yang membawa virus ini tadi
Ianya merebak dengan cecair/wap air di udara terus masuk ke dalam hidung/mulut dan terus menyerang salur darah dan organ badan lain
Siapa yang berisiko
Mereka yang menolak vaksin/ tidak vaksin
Dan mereka yang :1. Ada imuniti badan rendah macam penghidap HIV/AIDS
2. Wanita yang sedang hamil
3. Mereka yang hidup di kawasan yang sanitasi teruk
4. Mereka yang terdedah atau ada ahli keluarga yang terkena polio
5. Mereka yang pernah pergi berjalan ke tempat yang ada polio
6. Anggota kesihatan atau mereka yang terdedah kepada mereka yang ada polio
Depa yang kena polio ni takkan sedar pun kena polio kerana tempoh inkubasi dalam masa 6-21 hari. Nanti depa boleh rasa simptom terkena jangkitan virus biasa (demam, sakit badan, muntah, sakit kepala, tak lalu makan, sakit perut yada yada yada)
Kemudian, perlahan lahan mereka akan mula rasa refleks tubuh jadi lemah, kekuatan badan jadi kurang sangat dan hanya dengan ketegangan otot akan rasa sakit gila.
Dan sedikit demi sedikit mereka hilang fungsi saraf seperti dalam gambar
Ampa tau dak vaksin ni untuk apa
Vaksin ni kita bagi masa baby sebab kita nak cegah penyakit macam ni lah
Bukan saja suka suki nak pi cucuk orang
Vaksin ni dah berpuluh tahun dah. Semua negara kat dunia nak elak penduduk depa dapat penyakit berjangkit dan takmau orang tu bagi orang lain sakit juga
Sebab tu antivaksin ni selain ego(sebab mufti pun dah kata wajib vaksin), depa juga selfish. Selfish sebab depa bangga dengan ilmu yang depa kaut dari google tapi ingat depa betoi lepas tu depa juai produk
Dan depa juga menunggang agama
Bertaubatlah wahai anti vaksin
Allah tu Maha Melihat dan Maha Mengetahui
Janganlah berselindungi di sebalik pakaian dan keyboard
Anda mungkin rasa seronok bila penyakit yang dah lama pupus ni ada lagi. Ya anda mungkin kata mati itu pasti
Yes mati itu pasti tapi nyawa dan kesihatan adalah amanah.
Jangan sampai small pox mai balik, baru semua nak gelabah ayam
Nota kaki : Tolonglah wajibkan vaksin..
Sumber : Dr. Erna Nadia
Sedih tengok golongan selfish ni berbicara dan ramai pulak yang percaya buta buta😢
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/12/golongan-anti-vaksin-sekalian-fahami.html