Apa Itu Medu Angin



Apa Itu Medu Angin / Hernia / Uluran?
1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.
3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:
1.    Makanan/Minuman yang Sejuk
Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2.    Makanan/Minuman Masam (berasid)
Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
Daging kerbau.
3.       Makanan/Minuman Bergas
a.      Durian.
b.     Tapai.
c.      Air botol/tin bergas.
4.     Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a.      Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b.     Rokok.
5.     Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a.      Petai, jering dan kerdas.
b.     Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU
Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.ubatgastrik.com/2014/02/apa-itu-medu-angin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin

Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 327 hits
Anda dinasihatkan menjaga pemakanan Berikut ialah di antara jenis jenis makanan dan minuman yang dilarang makan minum untuk sementara waktu 1 Makanan Minuman yang SejukTembikai pisang goreng mentah duku ciku manggis dan betik Kangkung kacan...
Hiburan Video Itu Hanya Syok Syok Sahaja Buat Prank Pakai Gelang Pink Instafamous Chazynash Tampil Mohon Maaf

Hiburan Video Itu Hanya Syok Syok Sahaja Buat Prank Pakai Gelang Pink Instafamous Chazynash Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 423 hits
Tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung video dirinya memakai gelang pink di tempat awam yang tular di pelusuk media sosial sejak minggu lalu Instafamous Chazynash akui perkara itu satu kesilapan yang datang daripada dirinya...
Khilaf Itu Selalu Ada Tetapi

Khilaf Itu Selalu Ada Tetapi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 307 hits
Assalammualaikum wbtKHILAF ITU SELALU ADA TETAPISentiasa melakukan khilaf itu tidak wajar tetapi untuk tidak melakukan khilaf itu agak mustahil kerana kita ini manusia yang tersangan biasa biasa Besar atau kecil cuma itu bezanyalah Walau se...
Isteri Pertama Teman Suami Nikah Isteri Kedua Individu Ini Dedah Sebenarnya Isteri Pertama Itu Adalah Isteri Kedua

Isteri Pertama Teman Suami Nikah Isteri Kedua Individu Ini Dedah Sebenarnya Isteri Pertama Itu Adalah Isteri Kedua

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 526 hits
Semalam bermacam gambar dan berita dikongsi di media soslal seorang wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid berjaya menarik tumpuan netlzen apabila dia sanggup mengikuti majlis akad nikah dan perkahwinan suaminya Wanita tersebut turut me...
11 Pekerjaan Yang Bisa Makin Cemerlang Di Tangan Orang Ekstrover Hei Kaukah Itu

11 Pekerjaan Yang Bisa Makin Cemerlang Di Tangan Orang Ekstrover Hei Kaukah Itu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 286 hits
Bukan berarti pekerjaan ini nggak bisa digeluti sama yang lain ya Hanya saja di tangan ekstrover yang sangat terbuka kerjaan ini bakal cocok banget
Puteri Sarah Liyana Sudah Ke Pejabat Agama Islam Selain Itu Ada Lagi Perkara Lain Yg Berlaku Antara Mereka

Puteri Sarah Liyana Sudah Ke Pejabat Agama Islam Selain Itu Ada Lagi Perkara Lain Yg Berlaku Antara Mereka

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 373 hits
NAMA Syamsul Yusof dalam dunia perfileman tidak perlu diperkenalkan lagi kerana filem yang dihasilkan oleh beliau sememangnya tidak pernah mengecewakan Bukan saja ada bakat dalam lakonan serta mengarah filem malah turut mempunyai bakat dala...
Apa Itu Codec Audio Bluetooth Aptx Aac Sbc Dan Ldac

Apa Itu Codec Audio Bluetooth Aptx Aac Sbc Dan Ldac

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 281 hits
Terlalu banyak jargon dalam dunia IT yang kadangkala memeningkan Buat yang baru menjengah ke dalam dunia peranti atau gajet Bluetooth selamat menjengah Buat yang dah lama boleh tolong kongsi artikel ini kepada rakan anda Apa Itu Codec Codec...
Tidak Perlu Labelkan Semua Yang Main Tiktok Itu Tidak Elok Nasrul Kesal Netizen Salahkan Ibu Bapa

Tidak Perlu Labelkan Semua Yang Main Tiktok Itu Tidak Elok Nasrul Kesal Netizen Salahkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 396 hits
Kalau seorang yang buat salah korang tegur yang buat salah tu korang tidak perlu labelkan semua orang yang bermain TikTok itu tidak elok dan tidak baik source
Tidurnya Hanya 4 Jam Sehari Siapakah Budak Lelaki Bodoh Itu

Tidurnya Hanya 4 Jam Sehari Siapakah Budak Lelaki Bodoh Itu

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 491 hits
Tidurnya Hanya 4 Jam Sehari Siapakah Budak Lelaki Bodoh Itu Ada seorang budak lelaki Hidupnya agak susah Dia pernah dihantar ke sekolah Namun hanya bertahan beberapa bulan Malah kata si guru budak lelaki itu seorang murid bodoh dan tidak ma...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025