Apa Itu Codec Audio Bluetooth Aptx Aac Sbc Dan Ldac



Terlalu banyak jargon dalam dunia IT yang kadangkala memeningkan. Buat yang baru menjengah ke dalam dunia peranti atau gajet Bluetooth, selamat menjengah. Buat yang dah lama, boleh tolong kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Apa Itu Codec?
Codec ialah singkatan dari perkataan compression/decompression. Ia adalah satu bentuk algortima yang rumit, di mana tugasnya adalah untuk memproses data audio dan menjadikan ia lebih kecil supaya dapat menyenangkan perpindahan dari telefon ke fon kepala/telinga. Jenis-jenis codec untuk teknologi Bluetooth adalah sangat penting kerana ia memainkan peranannya dalam menambah baik kualiti audio, mengurangi kelewatan dan hemat penggunaan kuasa.
Dalam konteks audio wayarles, codec adalah kaedah pengekodan dan penyahkodan data digital yang dihantar secara wayarles antara kedua-dua peranti. Codec yang berlainan menggunakan format data berbeza untuk menghantar audio, menggunakan standard berbeza untuk berhubung antara peranti yang serasi, dan berbeza dari segi teknologi pemadatan data untuk mengimbangi kualiti bunyi setara dengan saiz fail.
Kadar bit (bitrate) yang tinggi menghasilkan kualiti bunyi lebih baik, tetapi mampatan failnya adalah kurang, sementara kadar bit yang lebih rendah bermaksud bahawa mampatan fail lebih baik, tetapi kualiti bunyi pula menjadi kurang.
Ada banyak jenis codec bagi audio Bluetooth. Paling popular semestinya aptX dan AAC, manakala yang lain pula ialah SBC dan LDAC.
Apa itu aptX?
‘apt’ bermaksud Audio Processing Technology. aptX dicipta untuk menyediakan teknologi wayarles alternatif kepada teknologi tradisional berwayar sedia ada, sama ada untuk mendengar muzik, bermain permainan video, atau menonton filem. aptX menggabungkan audio berkualiti tinggi, transmisi audio berkadar bit rendah, kadar kelewatan rendah, dan berkebolehan untuk memberikan pengalaman mendengar tanpa wayar yang hebat.
aptX menyokong semua platform utama seperti Android, Windows 10 dan macOS. Ia bagus untuk mereka yang gemar bermain permainan kerana audio sentiasa diselaraskan ke media dan mengurangkan masalah penyelarasan audio atau gerakan bibir. Ia mempunyai kadar bit ‘adaptif’ yang bermaksud bahawa kadar bit akan ‘menyesuaikan diri’ untuk memberi anda audio tanpa gangguan yang lancar dengan tidak mengira di mana sahaja anda berada.
Apa itu AAC?
AAC ialah singkatan dari perkataan Advanced Audio Coding. Ia merupakan standard bagi pengekodan audio dengan pemampatan audio digital ‘lossy’.
Rujuk: Lossy Compression.
Codec ini ialah penerus legasi format MP3 di mana ia mencapai kualiti bunyi yang lebih tinggi dari MP3 pada kadar bit yang sama. AAC lebih digemari pada iPhone, kerana codec ini tidak dapat dikendalikan oleh Android dengan cekap. Ia adalah codec audio terkini yang direka untuk pengguna telefon yang menginginkan kebebasan dari kabel/wayar. Ia sangat sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan atau suka menonton rancangan dan filem.
Apa itu SBC?
SBC ialah singkatan dari perkataan Sub-band Coding. Ini ialah codec wajib untuk setiap peranti Bluetooth. Secara lalai, sistem operasi Android mesti menyokong codec SBC. Ia mampu memainkan audio pada kadar bit sehingga 328kbps dengan kadar persampelan sehingga 44.1kHz. SBC terdapat pada kebanyakan produk Bluetooth bajet.
Apa itu LDAC?
LDAC ialah codec proprietary oleh Sony yang membenarkan penstriman berkualiti tinggi melalui sambungan Bluetooth sehingga 990kbps pada 24-bit, 96kHz (Hi-Res). Ia telah disokong oleh Android sejak dari versi 8.0 (Oreo).
Codec yang hampir menyamai kualiti LDAC ialah aptX HD, yang menyokong 24-bit, 48kHz.
Apa yang menarik mengenai LDAC ialah ia dilengkapi dengan tiga jenis mod sambungan iaitu keutamaan pada kualiti, normal dan keutamaan pada sambungan. Masing-masing menawarkan kadar bit yang berbeza iaitu 990kbps, 660kbps, dan 330kbps.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/apa-itu-codec-audio-bluetooth-aptx-aac-sbc-dan-ldac/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Anak Itu Rezeki Dan Rahmat Allah

Alhamdulillah Anak Itu Rezeki Dan Rahmat Allah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 382 hits
Parking our memories here 4 girl and 1 boy finally Syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan Nya Doa saya kini hanya untuk kesejahteraan keluarga kami Semoga Allah kurniakan kami kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kami sekelu...
Agus Pambagio Anies Dihajar Habis Habisan Gegara Psbb Padahal Itu Perintah Presiden

Agus Pambagio Anies Dihajar Habis Habisan Gegara Psbb Padahal Itu Perintah Presiden

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 245 hits
Kesan tidak sepakat jajaran kabinet Presiden Joko Widodo terhadap kebijakan Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan yang kembali menerapkan pembatasan sosial berskala besar total dinilai tidak beres Salah satu yang memandang begitu adalah penga...
Penerbit Aadd Failkan Saman Laman E Dagang Itu Telah Melanggar Hak Eksklusif Plaintif

Penerbit Aadd Failkan Saman Laman E Dagang Itu Telah Melanggar Hak Eksklusif Plaintif

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 215 hits
Berhubung pelanggaran hak cipta dengan menjual tanpa kebenaran sejak Julai lalu penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa Datuk Ayu Puteh telah memfailkan saman terhadap sebuah laman e dagang source
Doa Buat Seluruh Rakyat Negeri Di Bawah Bayu Itu Aje Kata Musa Aman

Doa Buat Seluruh Rakyat Negeri Di Bawah Bayu Itu Aje Kata Musa Aman

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR Selepas tidak muncul pada sesi penamaan calon Pilihan Raya Negeri bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menitipkan nasihat kepada semua rakyat Sabah Dalam satu ciapan di akaun Twitternya pada Sabtu Musa mengucapkan selamat maju...
Apa Itu Selaput Pterygium Pada Mata Putih

Apa Itu Selaput Pterygium Pada Mata Putih

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 407 hits
APA ITU SELAPUT PTERYGIUM PADA MATA PUTIH Selaput putih boleh muncul secara tiba tiba pada permukaan mata putih Pada peringkat awal ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dan gatal pada mata mata menjadi merah dan akhirnya pemandangan kab...
Ketawakan Pas Itu Senjata Orang Gagal

Ketawakan Pas Itu Senjata Orang Gagal

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 216 hits
PAS menempelak kembali pihak yang mentertawakannya selepas gagal mendapat sebarang kerusi daripada sekutu mereka untuk bertanding dalam pilihan raya Sabah Ada yang mentertawakan PAS Ya itulah senjata orang yang gagal kata Anggota Jawatankua...
Maafkan Mereka Bukan Itu Yang Mereka Pinta

Maafkan Mereka Bukan Itu Yang Mereka Pinta

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 229 hits
MAAFKAN MEREKA BUKAN ITU YANG MEREKA PINTAPada waktu sekarang jika pesanan makanan kita lambat sampai jangan batalkan pesanan atau tidak angkat call kerana marah akibat menunggu terlalu lama Ada rider yang beritahu mereka akan dikenakan tin...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram