Apa Itu Influencer Marketing Company How To Become Influencers
Salam to all readers,
| Apa itu Influencer Marketing Company ? How to become Influencers? | Finally, aku ada masa untuk buat entry ini. Punya lama aku nak share tapi masa begitu mencemburui. Aku dulu pernah terfikir nak stop blogging, end up aku sendiri tak boleh nak stop. Sebab aku rasa menaip blog buat aku rasa relax dan korang dekat dihati aku. Even aku tak replied komen korang, setiap komen korang aku baca satu persatu. Korang memang awesome!
Berbalik kepada tajuk entry kali ini, apa yang korang tahu tentang Influencer Marketing Company? Ada setengah yang tahu ia dikenali sebagai industri untuk jana side income. Tapi majoriti tak tahu, how its work? How to becomes Influencers kan? Let's continue your reading. Kalau dikenang zaman belajar dulu, aku memang suka explore benda ini, aku study sendiri, kalau bab cari duit aku pulun okay (tapi aku tak berkenan join MLM). Kemana-mana laptop harus ada, event jumpa artis zaman muda semua kaut (even tak berbayar). Dulu naif, biasalah student gila glamour dulu, sekarang umur dah meningkat, aku pun tengok mana yang worthy untuk aku, barulah aku attend.
Apa itu Influencer Marketing Company?
Influencer Marketing Company ini merupakan industri yang membantu jenama lain menjalinkan kerjasama dengan social media Influencers untuk membangunkan, menguruskan, mengoptimumkan kempen pemasaran Influencers. Agensi pemasaran Influencer terbaik adalah agensi yang menguruskan dari end to end dengan kepakaran, pengetahuan, dan pengalaman yang sedia ada untuk setiap keperluan, matlamat, dan industri jenama inginkan.
Pada aku, Influencer Marketing Company sangat membantu untuk jenama-jenama baru yang baru nak branding dia punya nama. Korang boleh saved banyak dari invest buat billboard, pamphlet dan lain-lain. Sebab apa? Sebab orang sekarang semua melihat info menerusi platform sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan banyak lagi menerusi penggunaan gadget, telefon pintar, mahupun notebook. Baik muda, anak kecik sehinggalah tok nenek kita sendiri, setiap sorang dah ada gadget sorang satu. Populasi orang access sosial media sangat tinggi serata dunia. Bak kata orang semua info semua dihujung jari anda sahaja. Tiada marketing team? Don't worry Influencer Marketing company boleh run generate idea for your stuff.
Who can become Influencers?
Pada aku everyone can be influencers, as long you have followers on social media platform. Influencers ini juga boleh terdiri daripada blogger, singers, content creator, videographer, chef, doctor, Tiktoker artist & celebrity. Why? Cause mereka ada followers sendiri dimana pengikut-pengikut mereka nak tahu perkembangan, aktiviti, apa yang dikongsi Influencers ini sendiri. Setiap Influencers ada daya tarikan sendiri, ada orang hanya tayang muka boleh tarik ramai orang, ada orang excited nak tahu pengalaman yang dikongsi Influencers itu sendiri. Setiap Influencers ada kelebihan tersendiri pendek cerita. Sebagai contoh, seorang Influencers ini cerita pengalaman dia obesiti now dah slim dengan hanya mengamalkan 3 langkah mudah. Jadi, ramai yang tertarik nak follow tips dia bagi, jadi benda tu akan meluas bilamana ramai orang share. Dari seorang share, mungkin beratus, besar kemungkinan boleh jadi million yang share.
Tak semua orang cenderung follow Influencers, salah seorangnya adalah aku sendiri. Kalau kau tanya aku, mungkin kena show gambar dulu barulah aku cam sikit, tu pun nama belum tentu aku ingat. Kalau lalu banyak kali dekat timeline aku mungkin aku akan ingat, contohnya macam Khairul Aming, Ryanbakery, Fatin Liyana, influencer macam ini memang aku boleh ingat. Fatin Liyana aku start follow sejak zaman SPM dulu, waktu tu zaman baca blog, tulis blog, blogwalking memang best!! Now, rata-rata penulis blog dah banyak bersara dan beralih ke medium seperti Facebook, Instagram & TikTok.
Influencers ini pun ada beberapa tier, boleh lihat seperti dibawah:
Involve in industry influencer marketing company make me want to explore more. Aku suka explore benda yang aku tak tahu dan buat aku rasa nak tahu. Pada aku, this industry quite interesting and benda ini akan berpanjangan digunakan oleh seluruh pelusuk dunia. Why aku cakap macam tu? aku bagi contoh, ualls celik mata, benda utama yang korang capai off course handphone kan? Sebab kita hidup zaman IT, phone tu dah ibarat kawan kita. Anything happend phone mesti kena ada. But. the important part, if you nak this industri maju kedepan dan berterusan, haruslah menggunakan platform ini untuk menyebarkan perkara-perkara yang elok ditonton oleh semua orang. Apa yang dipertontonkan sekarang, mencerminkan corak kehidupan kita akan datang.
Nak jadi Influencers dengan cepat, tidak semestinya perlu menunjukkan perkara-perkara bodoh dikhalayak umum. Gunakan kelebihan dan kreativiti yang korang ada dan share di platform sosial media. Kalau tak pandai design? Now, you can use Canva, tak pandai mengarang? Belajar copywriting menerusi Google, sekarang banyak platform yang korang boleh guna pakai untuk belajar sendiri.
Kalau korang minat memasak, boleh share resepi, kalau minat travel, boleh share tempat-tempat korang pergi, kalau minat fashion, boleh share tips pakaian yang sesuai untuk kemajlis, macam mana nak gayakan. Sekarang mudah weyhh!!
So buat adik-adik, yang tengah study dan minat nak buat side income, pada aku ualls better belajar personal branding, gunakan platform sosial media Instagram, Facebook, TikTok, Twitter korang sebarkan sesuatu yang bermanfaat pada umum. Cuba create sesuatu content yang memberi input kepada semua orang. Jangan lihat platform sosial media dalam jangka masa yang terlalu singkat. Ya benar sangat seronok joget-joget upload dekat TikTok sekadar suka-suka pada korang semua.
Apa kata, ualls cuba lihat platform sosial ini dari perspektif yang lebih baik, sebagai contoh korang interested dalam skincare, maybe boleh share tips jaga muka, tips pilih sabun muka yang bersesuaian dengan kulit sensitif, cara hilangkan parut jerawat dalam masa sebulan dan macam-macam lagi. Ataupun kalau korang pro berbahasa Inggeris, maybe boleh share tips how to communicate like pro, simple, past-tense dan banyak lagi.
Elakkan share content yang merapu, menviral sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Sebagai contoh akak cashier last minute tutup counter, then tarik muka, then viral masuk Twitter. Boyfriends curang dengan perempuan lain, masuk sosial media, mencarut-carut, isu rumah tangga, dan banyak lagi. Platform sosial media ini ada pro & contra nya, dia bukan ditonton oleh orang dewasa, malah ditonton oleh kanak-kanak. Jadi, berhati-hatilah apa yang korang upload untuk tontonan umum.
Generasi aku masih ada lagi content relevan untuk ditonton dan dibaca. Tetapi generasi Gen-Z sangat mengkhuatirkan, uguys punya content aku sendiri tak nampak kualitinya. Peratus yang okay hanya dalam 5% dan selebihnya semua out pada aku. Jadi, adik-adik generasi Gen-Z kalau korang nak involve dalam industri influencer marketing company, ataupun nak buat-buat beetul generate income sebagai seorang Influencers, gali lagi how to become a good Influencers. Keep try and error to build your personal branding, percayalah 10 kali ganda baik kembali pada korang balik.
Kurangkan share sesuatu perkara yang negatif, jangan viral sesuatu perkara yang tidak sepatutnya korang kongsi, elakkan memaki hamun menggunakan platofrm sosial media. Nak jadi famous, tak semestinya kena mencarut, contoh terbaik aku boleh tunjuk adalah Khairul Aming. Go see Khairul Aming punya profile. Fokus 1 media platform, dan keep do ur posting, don't give up. Bagi masa platform tersebut generate ur content. Keep posting okay. I will watch your profile.
Ini sahaja perkongsian yang aku boleh share setakat ini. Ada masa maybe aku akan sambung part 2.
Thank you for reading guys!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2023/03/apa-itu-influencer-marketing-company.html