Apa Itu Haiwan Jallalah Ketahui Hukum Dan Tempoh Kuarantin Sebelum Boleh Dimakan



Apa Itu Haiwan Jallalah? Ketahui Hukum Dan Tempoh Kuarantin Sebelum Boleh Dimakan
HAIWAN jallalah adalah haiwan yang makanannya berasal daripada najis sekalipun ia bukan tahi seperti kambing yang membesar dengan susu daripada anjing atau keldai jinak.
Justeru, termasuklah juga dalam kategori ini adalah ikan-ikan yang membesar di dalam kolam najis, ikan-ikan ternakan yang diberi makan najis berupa perut ayam dan sebagainya.
Ataupun ayam kampung yang dibiarkan bebas sehingga memakan kotoran serta najis dan lain-lain seumpamanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, dari sudut sains, haiwan jallalah ini dikenali sebagai coprophagous (coprophagy).
Coprophagous ini jelas Zulkifli ialah hidupan yang makan tahi atau najis haiwan yang lain. Kebanyakan serangga merupakan spesies coprophagous dan biasanya merupakan pengguna tegar tahi atau najis haiwan herbivor yang lebih besar daripadanya. Antara serangga daripada spesies ini ialah kumbang tahi (dung beetles).
Persoalannya, berapa lamakah kadar tempoh kuarantin haiwan jallalah bagi mengharuskan dagingnya untuk dimakan

Ada segelintir membiarkan kolam ternakan mereka kotor dan membiarkan ikan makan najis dan kotoran.
Zulkifli menjelaskan mengenai hukumnya, para ulama telah berbeza pendapat mengenainya kepada dua iaitu sama ada haram atau makruh.
Perbezaan pendapat ini timbul disebabkan oleh perbezaan mereka dalam memahami maksud sebenar larangan Rasulullah SAW dalam hadith berkenaan isu ini — yakni adakah ia merujuk kepada haram atau makruh — sebagaimana riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma, beliau berkata:
(Maksudnya): “Rasulullah SAW melarang daripada makan haiwan jallalah — yakni dagingnya — dan susunya.”
Begitu juga terdapat riwayat lain yang datang dengan lafaz: (Makasudnya): “Rasulullah SAW melarang daripada makan haiwan jallalah daripada jenis unta, sama ada menunggangnya atau minum daripada susunya.”
Pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i ialah hukumnya adalah makruh, dan ini juga merupakan pendapat mazhab Maliki dan Hanafi, serta salah satu riwayat dalam mazhab Hanbali.
“Hal ini kerana larangan tersebut tidak kembali kepada zatnya, akan tetapi kepada perkara yang mendatang — yakni bukan kekal pada zat — yang mana paling banyak pun, hanya akan mengakibatkan perubahan pada dagingnya.
“Oleh yang demikian, perkara itu tidak menjadikan hukumnya haram. Selain itu, mereka juga berhujah bahawa apabila haiwan berkenaan memakan najis dalam kuantiti yang banyak telah menyebabkan dagingnya berubah dan berbau busuk.
“Oleh itu, makruh memakannya sebagaimana makanan yang berbau busuk yang lain,” jelasnya.

Haiwan jallalah yang dikuarantin selepas terzahirnya bau najis dan diberi makan makanan yang baik hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh.
Tempoh kuarantin haiwan jallalah
Sementara itu, Zulkifli berkata, para ulama berpendapat bahawa haiwan jallalah yang dikuarantin terlebih dahulu selepas terzahirnya bau najis dan diberi makan makanan yang baik — yakni bukan najis — sehingga hilang bau najis tersebut, hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh.
Tambahan lagi, al-Kasani juga ada menyebutkan bahawa hukum makruh tersebut adalah berkait rapat dengan perubahan daging dan bau busuk. Sekiranya tiada lagi bau busuk itu, hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh.
“Malah, para ulama yang berpegang dengan pendapat haram daging haiwan jallalah seperti salah satu riwayat dalam mazhab Hanbali, juga membenarkan memakannya setelah dikuarantin dalam satu tempoh masa dan diberi makan makanan yang baik — bukan najis.
“Namun, mereka berbeza pandangan pada tempoh masa pengkuarantinan tersebut. Ada yang tidak menetapkan tempoh masa, manakala ada yang membezakan tempoh masa berdasarkan kesesuaian haiwan berkenaan seperti bagi kategori burung selama tiga hari, kambing selama tujuh hari dan apa yang selain daripada kedua-dua kategori ini selama 40 hari,” ujarnya.
Pendapat dalam mazhab Syafi‘i mengenai hal ini dapat dilihat melalui kenyataan Imam al-Nawawi yang menyebutkan bahawa jika haiwan jallalah diberi makanan yang bersih, dan dagingnya suci — yakni tidak lagi berbau — maka hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh.
Hal ini jelasnya adalah sebagaimana riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma yang menyatakan bahawa berikan makanan yang bersih kepada haiwan jallalah selama 40 hari jika ia ialah unta, tujuh hari jika ia ialah kambing dan tiga hari jika ia ialah ayam.
Apa Itu Haiwan Jallalah? Ketahui Hukum Dan Tempoh Kuarantin Sebelum Boleh Dimakan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud Tok Mat lipat Tajuddin Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi? ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat. PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil Layari Laman Facebook MYKMU.NET
 
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

The post Apa Itu Haiwan Jallalah? Ketahui Hukum Dan Tempoh Kuarantin Sebelum Boleh Dimakan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/09/apa-itu-haiwan-jallalah-ketahui-hukum-dan-tempoh-kuarantin-sebelum-boleh-dimakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ooooo Kami Faham Perak Pun Bukan Kaya Mana Nak Kena Tebang Itu Ini Juga Idak Pun Nak Duit Juga Free Tak Boleh

Ooooo Kami Faham Perak Pun Bukan Kaya Mana Nak Kena Tebang Itu Ini Juga Idak Pun Nak Duit Juga Free Tak Boleh

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 137 hits
Maaf Perak tak dapat bekal air mentah kepada P Pinang kata MB March 3 2022 Saarani Mohamad berkata keputusan itu mengambil kira beberapa kajian impak pengaliran keluar air dari Sungai Perak terhadap prestasi empangan janakuasa elektrik dan ...
Hiburan 31 Hari Sebelum Menjelang Ramadan Ini Warm Up Anda Boleh Buat Sebagai Persediaan

Hiburan 31 Hari Sebelum Menjelang Ramadan Ini Warm Up Anda Boleh Buat Sebagai Persediaan

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 503 hits
Sedar tak sedar bulan bakal tiba tidak lama lagi dan umat Islam bakal menyambut bulan tersebut dalam masa 31 hari saja lagi Jadi bagi membuat persediaan dalam menyambut bulan yang mulia itu ini antara amalan yang boleh dilakukan sebagai per...
Hadi Kesal Di Malaysia Hukum Islam Boleh Dibatal Dengan Undang Undang Ciptaan Manusia

Hadi Kesal Di Malaysia Hukum Islam Boleh Dibatal Dengan Undang Undang Ciptaan Manusia

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 133 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang kesal Perlembagaan tidak ditafsirkan mengikut kefahaman Islam sehingga agama yang di bawah naungan raja raja tidak boleh bertindak mengatasi undang undang ciptaan manusia Beliau berka...
5 Hukum Gambar Yang Boleh Dan Tidak Boleh Digantung Di Dalam Rumah Ustaz Buya Yahya

5 Hukum Gambar Yang Boleh Dan Tidak Boleh Digantung Di Dalam Rumah Ustaz Buya Yahya

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 526 hits
Berikut adalah penjelasan dari video Ustaz Buya Yahya mengenai hukum menggantung gambar di dalam rumah Penjelasannya lebih terperinci dan mudah difahami Semoga bermanfaat Saksikan videonya di bawah 1 Gambar bernyawa dan berbentuk Mutlak har...
Mimpi Basah Sebelum Sahur Apakah Boleh Berpuasa

Mimpi Basah Sebelum Sahur Apakah Boleh Berpuasa

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 187 hits
Kamu yang sudah dewasa pasti pernah bertanya tanya mimpi basah sebelum sahur apakah boleh berpuasa Dapatkan penjelasan beserta contoh hadisnya di sini
Jangan Hukum Anak Kencing Malam Kesannya Boleh Ganggu Emosi Anak Stres

Jangan Hukum Anak Kencing Malam Kesannya Boleh Ganggu Emosi Anak Stres

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 159 hits
Anak kerap kencing malam Ibu ayah jangan ambil mudah Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu Bukan terus menghukum sebaliknya cari penyelesaian yang baik untuk anak Memang tak dinafikan rasa geram itu ada tapi jika terus mengh...
5 Haiwan Menarik Yang Anda Boleh Dapati Di Jepun

5 Haiwan Menarik Yang Anda Boleh Dapati Di Jepun

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 238 hits
Jika anda merupakan seorang penggemar haiwan sudah tentu anda mempunyai haiwan yang anda paling sukai mahupun haiwan perhilaraan Sebenarnya banyak lagi spesis haiwan di luar sana yang kebanyakan kita tidak ketauhi Mengembara ke negara Jepun...
Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 123 hits
Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi Nak bawa ke klinik semua dah tutup Tak sampai hati nak tengok anak menangis meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah Tak keruan mak ayah dibuatnya Ada beberapa langkah awal yang ...
Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 148 hits
Saman fitnah Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak terhadap Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak sewajarnya berlaku di atas isu skandal Malaysia Development Berhad yang telah diketahui umum Menurut Ahli...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls