Apa Itu Goods Service Tax


Ini adalah salah satu cara untuk memahami GST dengan lebih mudah. Penerangan yang diterima setakat ini agak mengelirukan. Ini adalah sedutan dari laman-laman web dengan menggunakan keratan akhbar dan klip berita atau info untuk rujukan anda. Ada petikan artikel disertakan untuk mereka yang perlukan penerangan secara bertulis di bawah.

#GSTInfo #Knowgst





































Ini pula petikan artikel dari Oskortos (Norman).
GST Oleh: Norman 
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan. 
Setelah menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB saya simpulkan ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti suratkhabar, tv & radio disia-siakan kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.
CUKAI DI MALAYSIA Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) yang termasuk dibawah kategori cukai langsung (direct tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax) yang termasuk dibawah cukai tak langsung (indirect tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).
APA ITU GST DAN SST? GST adalah 'Goods and Services Tax' atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu 'Sales tax and Service tax' atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar. 

GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama. GST juga adalah bertujuan menggantikan SST sebagai salah satu pembaharuan sistem percukaian. Ini bermakna SST akan dimansuhkan sebaik sahaja GST dilaksanakan.
PELAKSANAAN GST
Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama. Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2013011405244620130114052446/Article/index_html.  GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST: 

KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Rujuk taksiran pembayar cukai bermastautin daripada perangkaan tahunan negara: 




Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan. 
GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?
GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M). 
Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.
KESAN GST
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja. 
Mengenai kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.
Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan: 
BAGAIMANA GST DIKUTIP

Kutipan GST melibatkan kutipan di setiap rantaian bekalan dari pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah pembeli/pengguna. Setiap kali transaksi berlaku di dalam rantaian bekalan pemborong dan peruncit yang mengutip GST akan menuntut balik input cukai GST yang dikenakan (standard-rated supplies). Contoh kutipan dan tuntutan balik input cukai dalam rantaian bekalan: 


Berikut pula adalah contoh kutipan dan tuntutan balik input cukai dengan harga dan nilai kutipan: 
Di atas adalah GST yang dikutip mengikut "Standard-rated supplies". Untuk "Zero-rated supplies" dan "exempt supplies" sila ke laman web kastam untuk penerangan lanjut.
SALAHFAHAM KEBELAKANGAN INI
Kebelakangan ini tersebar tentang 'GST' telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini: 

GST yang dimaksudkan diatas adalah 'government service tax' pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4% akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini. 

Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011. Rujuk: http://kms.customs.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=99:info-untuk-umum--cukai-perkhidmatan&catid=39:cdnk&Itemid=94
PENDAPAT PERIBADI
Di atas saya telah menerangkan konsep, pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua. Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.
KEMASKINI (25 OKTOBER 2013)
Sempena Bajet 2014 yang diumumkan, kerajaan bakal melaksanakan GST pada kadar 6% dan bukan pada kadar 4% seperti yang dibaca di dalam parlimen pada tahun 2009. Ini bermakna kadar cukai GST yang akan menggantikan cukai SST sedia ada adalah sama untuk cukai perkhidmatan (Service Tax) 6% dan lebih rendah daripada cukai jualan (sales tax) 10%. Seperti yang diterangkan diatas kedua-dua cukai jualan dan perkhidmatan ini akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST. GST juga akan dilaksana bermula 1 April 2015 iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang untuk menyediakan agensi kerajaan & perniagaan mengemaskini sistem percukaian sedia ada. Walaubagaimana pun masih belum ada senarai barangan dan perkhidmatan yang lengkap yang akan dikategorikan di dalam zero-rated dan juga barang dan perkhidmatan yang akan dikecualikan daripada GST kecuali beberapa barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, kesihatan, pengangkutan awam, perkhidmatan kerajaan yang disebut Perdana Menteri dalam ucapan bajet beliau. 
KESIMPULAN 
Saya seorang individu yang pro-Pakatan Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan kawan-kawan tentang cara kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip. Lihat sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang digambarkan didalam laporan ketua audit negara. Ini sahaja kerisauan kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi bolehkah kerajaan dibawah BN membelanjakan wang kita dengan baik dan adakah rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?
Didalam tempoh 5 tahun ini suka atau tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita sebagai rakyat perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang bijak, mahu jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga barang naik atau mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli dimana bekalan atau supply barangan dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya dipegang orang yang sama. Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh kerajaan kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya akhirnya kita berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga untung.
Tambahan: Sesetengah restoran atau perkhidmatan mengenakan service charge 10% yang mana kutipan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Jika GST dilaksanakan service charge ini mungkin kekal. Ada beza service charge dan service TAX. Klik di sini untuk penerangan lanjut.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fieznur.blogspot.com/2013/10/gst-apa-itu-goods-service-tax.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 269 hits
Manusia yang paling keras siksanya di hari kiamat nanti yaitu orang orang yang menggambar Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata kepada Abul Hayyaj Al Asadi Maukah aku mengutus mu dengan apa yang Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam...
Peter Thiel Inflasi Gila Akan Datang Dimana Akan Menyerap Dan Menurunkan Nilai Fiat Oleh Itu Harga Dan Permintaan Untuk

Peter Thiel Inflasi Gila Akan Datang Dimana Akan Menyerap Dan Menurunkan Nilai Fiat Oleh Itu Harga Dan Permintaan Untuk

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 163 hits
Pasaran mata wang kripto telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dan bermula minggu ini di landasan yang positif Sepanjang beberapa hari lalu bitcoin telah berkembang hampir 3 ethereum sebanyak 4 dan dogecoin sebanyak lebih daripada 5 A...
Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021

Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 449 hits
Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021 Drama Cukup Derita Itu Siri 2 akan siar pada 15 November 202 Masih mengekalkan Gandingan Hisyam Hamid Ruhainies Chacha Maembong sebagai tunggak utama Drama adaptasi novel karya Siti Rosmiz...
Siapa Kata Jaga Anak Saya Waktu Itu Bukan Tanggungjawab Dia Ibu Tampil Beri Penjelasan Selar Netizen Memfitnah Mereka

Siapa Kata Jaga Anak Saya Waktu Itu Bukan Tanggungjawab Dia Ibu Tampil Beri Penjelasan Selar Netizen Memfitnah Mereka

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 270 hits
The ReporterSusulan tular kes pasangan suami isteri memaki hamun pengawal keselamatan bangunan kediaman yang didakwa tidak menjaga anak perempuan mereka berusia tiga tahun ramai netizen tampil menyelar tindakan pasangan berkenaan yang diang...
Makhluk Itu Berhenti Mengunyah Memandang Lelaki Tua Itu Kisah Mistik Di Linggi Negeri Sembilan

Makhluk Itu Berhenti Mengunyah Memandang Lelaki Tua Itu Kisah Mistik Di Linggi Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 385 hits
The ReporterSetiap orang mempunyai pengalaman paranormal mistik masing masing Ini sekadar perkongsian sahaja Bagi yang lemah semangat anda tidak digalakkan untuk terus membaca Saya nak kongsikan pengalaman saya sewaktu bercuti di rumah saud...
Apa Itu Affiliate Marketing

Apa Itu Affiliate Marketing

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 253 hits
Apa itu Affiliate Marketing Affiliate Marketing adalah salah satu metod pemasaran digital di mana Kita akan dibayar ketika ada orang yang membeli produk yangKita promosikan melalui Kenapa Affiliate Marketing yang dijual oleh 4LIFE Antaranya...
Demi Servival Pangkat Dan Jawatan Pas Istiqamah Main Dua Kolam Walau Kolam Itu Najis

Demi Servival Pangkat Dan Jawatan Pas Istiqamah Main Dua Kolam Walau Kolam Itu Najis

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 226 hits
Pas bersedia bermain dalam 100 100 dan akan terus istiqamah demi untuk penyatuan ummah Itu ketegasan dinyatakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pendirian parti itu sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan ...
Tests Delay Mrt Putrajaya Phase 1 Service Expected Ready In Q2 2022

Tests Delay Mrt Putrajaya Phase 1 Service Expected Ready In Q2 2022

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 250 hits
The Mass Rapid Transit Putrajaya Phase One line will not be open for revenue service in November 2021 as scheduled due to incomplete testings Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd chief executive officer Mohd Zarif Hashim said the line may...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Immigration Officers Involved In Counter Setting Case Transferred Says Dg

Kerajaan Perkenal Undang Undang Lebih Tegas Tangani Buli Siber Kata Anwar

Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao