Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021
Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021 (Slot Samarinda TV3) - Drama Cukup Derita Itu Siri 2 akan siar pada 15 November 202. Masih mengekalkan Gandingan Hisyam Hamid, Ruhainies & Chacha Maembong sebagai tunggak utama. : Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah sekali lagi akan bersiaran. Drama Cukup Derita Itu akan bersiar menerusi Slot Samarinda tv3 yang menggantikan Drama Penjara Janji.
Drama Cukup Derita Itu mempunyai 40 episod penuh dan mengandingkan Hisyam Hamid, Ruhainies & Chacha Maembong.
Akan tetapi Drama Cukup Derita Ini hanya akan bersiaran 20 episod sahaja untuk siri 1. Siri kedua akan bersambung Drama Cukup Derita Itu Episod 21 hingga Episod 40 (Episod Akhir). Drama Cukup Derita Itu dihentikan tayangan disebabkan lockdown dan pengambaran terpaksa dihentikan. Bermula 15 November 2021 Drama Cukup Derita Itu Siri 2 (Slot Samarinda TV3) akan disiarkan.
TONTON LIVE DRAMA CUKUP DERITA ITU EPISOD 1 - EPISOD 40 (AKHIR) 👉https://www.xtra.com.my/live-tv/
TONTON DRAMA CUKUP DERITA ITU EPISOD 1 - EPISOD 40 (AKHIR) 👉https://www.iq.com/play/15i43kx17ax?&lang=ms_my&sh_pltf=4
Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah Bakal Diadaptasi Drama : Karya Siti Rosmizah sekali lagi akan menghiasi slot drama anda. Kisah yang penuh dengan konflik dan air mata. Namun ketabahan Ellani mengatasi segalanya. Diceraikan suami hanya sms. Begitulah kasih sayang dibalas dengan hinaan yang tak mampu Ellani tangani.
Sinopsis Novel Cukup Derita itu
Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zafran lelaki tampan yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ini? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.
"Ellani binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!"
Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
"Allahuakbar! Mak kenapadia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini!Raungnya.
Ellani...cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2021/11/drama-cukup-derita-itu-siri-2-siar-15.html