Apa Itu Darurat Ini 15 Perkara Anda Perlu Tahu


Prof Dr Shamrahayu A Aziz
SHAMRAHAYU: Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. -Gambar fail BERIKUT penjelasan oleh Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz tentang apa itu darurat sepertimana dipetik daripada hantaran di akaun Facebook beliau: Assalamu’alaikum wrt wbt
Masih belum tenang suasana politik negara
  Kita doakan moga yang dikatakan “gencatan politik” tiba jua dan sekali gus menjadi penamat kepada bahang panas keadaan semasa
  Kita doakan yang baik-baik untuk semua
  Pada paparan kali ini saya mahu berkongsi beberapa fakta perundangan berkenaan DARURAT
  Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media
  Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT
  Mungkin akan ada soalan lain selepas ini, dan saya akan cuba berkongsi pandangan kemudian nanti
Selamat membaca, moga bermanfaat
  Soalan 1: Apakah maksud darurat  Jawapan: Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa
  Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku
  Soalan 2: Apakah kesan pengisytiharan darurat  Jawapan: Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif
  Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara
  Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan
  Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4))
  Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya
  Soalan 3: Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan  Jawapan: Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
  Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat
  Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat
  Soalan 4: Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat  Jawapan: Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud
  Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku
  Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas i. Keselamatan negara; atau ii. Kehidupan ekonomi; atau iii. Ketenteraman awam  Soalan 5: Bilakah dan di manakah darurat boleh diisytiharkan  Jawapan: Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama ada semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar
  Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku
  Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2)
  Soalan 6: Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri  Jawapan: Pengisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong
  Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia)
  Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walau bagaimana pun persoalan timbul ialah adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri
  Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”
  Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat
  Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini
  Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati
  Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…”  Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri
  Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati
  Lord Diplock menyatakan: “Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet.  So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”
  Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri
  Soalan 7: Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)  Jawapan: Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”
  Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong
  Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti
Beliau menyatakan:  “His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy.”  Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat
  Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi
  Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur
  Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah
  Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:  Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini – (a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan (b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan (i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1): (ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu; (iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau (iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu
  Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah
  Soalan 8: Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat  Jawapan: Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan
  Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A)
  Soalan 9: Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat  Jawapan: Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.
  Soalan 10: Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat  Jawapan: Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B)
  Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”
  Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen
  Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung
  Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh)
  Soalan 11: Adakah parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat  Jawapan: Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan
  Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.  Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”
  Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang
  Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak
  Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A))
  Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak
  Soalan 12: Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat  Jawapan: Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen
  Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen
  Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen
  Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan
  Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza)
  Soalan 13: Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)  Jawapan: Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian
  Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3))
  Soalan 14: Bilakah Darurat akan Berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir  Jawapan: Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa
  Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen
Kes The Cheng Poh menyatakan:  "The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships' view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force."  Soalan 15: Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir  Jawapan: Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa
  Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7))


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/apa-itu-darurat-ini-15-perkara-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 289 hits
Jangan terlalu banyak menipu istana Sejak dari awal ambil kuasa melalui pengkhianatan jumlah yang dibawa kononnya menyokong dia jadi PM tebuk atap itu pun dipertikai Kali ini bila ternyata sokongan sudah semakin merundum rakyat menjerit min...
Agong Harapan Terakhir Rakyat Untuk Elak Pengumuman Darurat Pm

Agong Harapan Terakhir Rakyat Untuk Elak Pengumuman Darurat Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 370 hits
Pada 24 Oktober 2020Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 24 10 2020Yang Di Pertuan Agong Adalah Harapan Terakhir Rakyat Untuk Mengelakkan Pengumuman Darurat Yang Tidak Wajar Ol...
Muhyiddin Bukan Semestinya Pm Semasa Darurat

Muhyiddin Bukan Semestinya Pm Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 289 hits
Ku Li dipanggil menghadap oleh Yang Dipertuan Agong Azmin mencadangkan darurat dalam Kabinet Selepas Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersembahkan agar darurat diistiharkan di negara ini kini Tuanku Yang Dipertuan Agong a...
Spekulasi Darurat Agong Tenang Rakyat Tenang Shj

Spekulasi Darurat Agong Tenang Rakyat Tenang Shj

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 231 hits
Muhyiddin gelabahAbah kau gelabahSemburit gelabahZahid gelabahNajib gelabahAnwar gelabah tetapi mengharap Mahathir tak kotKikikikiki
Annuar Musa Mendedahkan Kenapa Darurat Diadakan

Annuar Musa Mendedahkan Kenapa Darurat Diadakan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 259 hits
Kpd sahabat saya yg punya ilmu undang undang terutama constitutional experts bantu saya mencari jawapan perkara berikut yg berkait dgn ketakutan rakyat terhadap penularan COVID 19 1 PRK Bt Sapi wajib di adakan dlm tempoh 60hari dari kekoson...
Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 221 hits
Angkatan Muda Keadilan Gombak menempelak tindakan kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco utamanya Azmin Ali yang mempergunakan darurat untuk terus kekal berkuasa Ketua AMK Gombak Arie Yudisti...
Darurat Tidak Demokratik Pn Guna Covid 19 Untuk Kekal Berkuasa Anwar

Darurat Tidak Demokratik Pn Guna Covid 19 Untuk Kekal Berkuasa Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 143 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hasrat kerajaan Perikatan Nasional untuk melaksanakan darurat adalah tidak demokratik dan isu peningkatan kes wabak Covid 19 dipergunakan untuk terus berkuasa Malah Presiden KEADILAN itu bimbang bahawa l...
Darurat Pkr Dakwa Muhyiddin Takut Anwar

Darurat Pkr Dakwa Muhyiddin Takut Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 231 hits
Parti Keadilan Rakyat menyifatkan cadangan pengisytiharan darurat pentadbiran oleh Kabinet Perikatan Nasional semalam amat aneh kerana mahu dilaksanakan ketika negara dalam keadaan aman Alasan untuk memerangi Covid 19 tidak boleh digunapaka...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu