Apa Itu Berkat


"Berkat" (barakah) bermakna bertambah (al-ziyadah) dan berkembang, kata yang digunakan untuk menunjukkan "kebaikan yang banyak" seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud, "Kitab penuh berkat" dan "Malam penuh berkat", yakni dipenuhi dengan kebaikan yang banyak.


Rasulullah SAW juga sering kali mendoakan para sahabatnya agar Allah memberkati mereka, seperti doa Baginda untuk Abu Qatadah, "Ya Allah, berkatilah kulit dan rambutnya." Sejak itu, kulit dan rambut Abu Qatadah tidak pernah beruban meskipun usianya bertambah.

Al-Hafiz Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq bercerita bahawa Abu Qatadah wafat pada usia 70 tahun namun kulit dan rambutnya seperti remaja berusia 17 tahun.

Oleh itu, keberkatan dalam sesuatu bermakna kualiti sesuatu itu berkembang sehingga melampaui kuantitinya.

Jika sebelum makan kita meminta Allah memberkati makanan kita, bermakna kita meminta agar makanan itu bermanfaat untuk kesihatan tubuh dan ibadah kita.

Kuantiti, bentuk dan rasa makan itu mungkin tidak berubah, namun kesan positif yang diakibatkannya akan segera dirasakan oleh orang yang memakannya.

Tubuhnya semakin kuat dan terhindar daripada penyakit, jiwanya terasa lebih ringan untuk melakukan perkara yang bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya.

Keberkatan Waktu

Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu. Yakinilah, kita diciptakan untuk suatu tugas maha penting dan waktu ialah modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas tersebut dengan baik.

Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yang baik, kita tidak akan dapat menunaikan tugas tersebut dengan sempurna.

Oleh sebab itu, bagi hamba-hamba Allah yang sejati, waktu jauh lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta benda apa pun di dunia ini.

Keberkatan waktu dan rezeki hanya datang melalui kekuatan iman dan tunduknya perintah dan larangan.

Dalilnya firman Allah Taala yang bermaksud, "Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi." (Surah al-A’raf 7: 96)

Imam Abu Bakar bin 'Ayasy berkata, "Andai kata seseorang kehilangan sekeping emas, ia akan menyesal dan memikirkannya sepanjang hari. Ia mengeluh, 'Inna lillah wa inna ilaihi raji'un, emas saya hilang. Namun belum pernah kita mendengar seseorang mengeluh: "Sehari telah berlalu, namun apa yang aku lakukan sepanjang tempoh itu?"

Imam al-Ghazali yang hidup hanya 55 tahun dan Imam al-Nawawi yang hidup hanya 45 tahun, namun berjaya menulis banyak buku berharga yang kebanyakan tebalnya berjilid-jilid.

Orang yang pernah menulis buku pasti tahu betapa besar keberkatan yang Allah berikan kepada waktu para ulama ini.

KISAH

Al kisah suatu ketika, Syeikh Ibrahim bin Adham r.a. pernah terlibat dialog dengan salah seorang kafir zindiq (orang yang menolak perkara penting dalam agama) yang tidak percaya akan kewujudan berkat.

Si Zindiq itu berkata bahawa, "Yang namanya berkat itu jelas tidak ada, (hanya sekadar mitos)."

Mendengar itu, Syeikh Ibrahim lantas bertanya kepadanya.

"Pernahkah kamu melihat anjing dan kambing?"

Zindiq menjawab, "Ya, tentu. Aku sering melihatnya."

Lalu Syeikh Ibrahim bertanya lagi kepadanya, "Menurutmu, mana di antara keduanya yang lebih banyak membiak dalam melahirkan anak?"

Dan si Zindiq menjawab, "Pastinya anjing kerana anjing boleh melahirkan sampai 7 anak anjing sekaligus. Sedangkan kambing hanya mampu melahirkan setidaknya, hanya 3 anak saja."

Kemudian bertanya lagi Syeikh Ibrahim, "Cuba kamu perhatikan lagi di sekelilingmu, manakah yang lebih banyak populasinya antara anjing dan kambing?"

Si Zindiq menjawabnya, "Aku lihat kambing jauh lebih banyak. Bahkan jumlahnya lebih banyak dibandingkan anjing."

Syeikh Ibrahim berkata, "Bukankah kambing itu sering disembelih? Ada yang untuk keperluan tetamu, sembelihan korban musim perayaan, untuk aqiqah atau jualan istimewa dan hajat lainnya. Namun ajaibnya, kambing tidak pupus bahkan jumlahnya menjadi lebih banyak melebihi anjing."

Dan berkata si zindiq, "Iya, iya, betul sekali."

Dan berkata lagi Syeikh Ibrahim, "Maka begitulah gambaran BERKAT."

Si Zindiq menjawab, "Jika begitu, apakah sebabnya kambing yang mendapat berkat, bukan anjing?"

Syeikh Ibrahim menjawab dan kemudian menutup dialog itu, dengan jawapannya yang menyentap si Zindik.

"Kerana kambing lebih memilih tidur awal pada waktu malam tetapi ia selalu bangun sebelum datang waktu fajar maka di saat itulah, ia mendapati waktu yang penuh dengan rahmat-Nya sehingga akhirnya turunlah keberkatan kepadanya."

"Berbeza halnya dengan anjing yang sibuk menyalak sepanjang malam tetapi ketika di saat menjelang waktu fajar, ia pergi tidur sampai melepaskan saat-saat turunnya cucuran rahmat-Nya dan ia pun tidak mendapat keberkatan.

Saidina Sakhr pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi mereka." (Tirmizi, Abu Daud)

Sikap Kita

Jika kita menyedari bahawa keberkatan telah hilang, maka sungguh rugi jika kita membuang-buang waktu yang memang sudah sedikit itu.

Sebaliknya, kita harus bertekad menggunakan waktu ini dengan baik untuk meningkatkan prestasi di dunia dan mengumpulkan bekal hidup di akhirat.

Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata, "Segala sesuatu yang ingin kau bawa ke akhirat, siapkanlah dari sekarang. Dan sesuatu yang tidak ingin kau bawa, tinggalkanlah dari sekarang."

Apa lagi Rasulullah SAW menyatakan bahawa keadaan ini akan bertambah buruk pada masa akan datang.

Diriwayatkan al-Bukhari daripada Anas bin Malik, "Tidaklah datang kepadamu suatu zaman, melainkan zaman yang setelahnya lebih buruk daripada itu, hingga kamu berjumpa dengan Tuhanmu."

Baginda juga bersabda yang bermaksud, "Cepatlah kamu beramal sebelum datang berbagai-bagai fitnah seperti kegelapan malam. Pada waktu itu, seorang beriman pada pagi hari dan kafir pada petang harinya. Ia beriman pada petang hari tetapi kafir pada pagi harinya. Ia menjual agamanya demi sedikit harta dunia." (Riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Abu Hurairah).

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/05/apa-itu-berkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Itu Mengapa Dia Dimusuhi

Lelaki Itu Mengapa Dia Dimusuhi

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 199 hits
Lelaki itu mengapa dia dimusuhi Abu Mishkat Kerana dia pejuang yang berjuang sejak zaman bujang Bersuara utk rakyat bawahan yg tak cukup makan walaupun tanpa jubah dan serban Kerana dia cuba merubah keadaan Masuk dalam kerajaan menjiwai pel...
Anak Kuat Merajuk Itu Tanda Hatinya Lembut Awas Kalau Si Kecil Menjeling Bila Kena Marah

Anak Kuat Merajuk Itu Tanda Hatinya Lembut Awas Kalau Si Kecil Menjeling Bila Kena Marah

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 270 hits
itu tanda hatinya lembut awas kalau si kecil menjeling bila kena marah Apabila anak semakin membesar tentu pelbagai kerenah yang ditunjukkan kepada ibu ayah Salah satunya kuat merajuk Anak Kuat Merajuk Itu Tanda Hatinya Lembut Merajuk adala...
Itu Pandangan Peribadi Kata Pejuang Sabah Selepas Grs Tolak Hasrat Kerjasama

Itu Pandangan Peribadi Kata Pejuang Sabah Selepas Grs Tolak Hasrat Kerjasama

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 136 hits
Ketua Penerangan Pejuang Sabah Mohd Hassan Abu Bakar berkata parti itu sekadar menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan GRS tanpa mengemukakan sebarang permohonan rasmi PETALING JAYA Seorang pemimpin Pejuang Sabah menyifatkan kenyataan Ke...
Video Prabowo Jawab Doa Politik Pan Minta Tambah Jatah Menteri Masuk Itu Barang

Video Prabowo Jawab Doa Politik Pan Minta Tambah Jatah Menteri Masuk Itu Barang

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 190 hits
Presiden terpilih Prabowo Subianto menghadiri acara Bimtek dan Rakornas Pilkada di Hotel JS Luwansa Jakarta Selatan Kamis
Kereta Itu Hilang

Kereta Itu Hilang

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 234 hits
Pada suatu hari selepas mesyuarat saya ke tempat letak kereta dan meraba raba poket saya untuk mendapatkan kunci kereta saya Tiada dalam poket saya Tiada dalam beg bimbit saya Aah sudah Saya bergegas kembali ke bilik mesyuarat untuk mencari...
Hiburan Itu Bukan Rambut Saya Itu Topi Bulu Enggan Disalah Anggap Yuna Jelaskan Awal Awal

Hiburan Itu Bukan Rambut Saya Itu Topi Bulu Enggan Disalah Anggap Yuna Jelaskan Awal Awal

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 221 hits
Sebelum ini penyanyi popular Yuna sering menjadi bualan netizen susulan fesyen unik yang sering diperagakan di laman media sosialnya Pakai topi berbulu Terbaru melalui platform Instagram Yuna awal awal menegaskan bahawa dia memakai topi bul...
Jokowi Ogah Dikaitkan Dengan Isu Kapolda Jateng Maju Pilgub Itu Keinginan Pribadi

Jokowi Ogah Dikaitkan Dengan Isu Kapolda Jateng Maju Pilgub Itu Keinginan Pribadi

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 164 hits
Ahmad Luthfi pernah menjabat Wakapolres Surakarta pada tahun 2011 silam Kala itu Jokowi masih menjabat Wali Kota Solo
Apa Itu Sakit Sciatica Dan Rawatannya

Apa Itu Sakit Sciatica Dan Rawatannya

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 217 hits
APA ITU SAKIT SCIATICA DAN RAWATANNYA Sciatica adalah kesakitan yang berlaku pada bahagian anggota bawah tubuh dari pinggul hingga ke kaki Kesakitan ini berpunca daripada radang kepada saraf yang bernama saraf sciatic Saraf ini merupakan sa...
Mengenal Sosok Megawati Hangestri Atlet Voli Peraih Beasiswa S2 Berkat Aksinya Di Red Sparks

Mengenal Sosok Megawati Hangestri Atlet Voli Peraih Beasiswa S2 Berkat Aksinya Di Red Sparks

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 264 hits
Wanita yang dijuluki Megatron tersebut nantinya akan menempuh kuliah Program Magister Manajemen Universitas Dian Nuswantoro Semarang
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai