Apa Itu Bell S Palsy
Assalamualaikum
Penyakit Bell’s Palsy juga dikenali sebagai palsy saraf periferi akut tidak diketahui puncanya dan boleh berlaku pada semua peringkat umur. Dipercayai ianya berlaku akibat pembengkakan dan keradangan saraf yang mengawal otot pada sebelah muka. Bell’s Palsy juga boleh berlaku setelah jangkitan virus.
Pada kebanyakan orang, Bell’s Palsy adalah sementara dan akan pulih dalam beberapa minggu dan pemulihan sepenuhnya dalam 6 bulan. Jarang kali Bell’s Palsy kekal seumur hidup atau datang semula.
Tanda dan simptom Bell’s PalsyTanda dan simptom Bell’s palsy termasuklah:
Kelemahan otot yang separa atau sepenuhnya pada sebelah muka – berlaku dalam beberapa jam atau hariSusah melakukan ekspresi muka seperti senyum atau menutup mataAir liur melelehSakit di sekeliling rahang atau belakang telinga di sebelah yang terlibatSensitiviti terhadap bunyi meningkat di sebelah yang terlibatSakit kepalaHilang deria rasaPenghasilan air liur berkurang atau bertambahTerdapat kes yang jarang di mana melibatkan kedua-dua belah muka.
Punca Bell’s palsyWalaupun punca Bell’s palsy masih tidak diketahui, selalunya ia dikaitkan dengan jangkitan virus. Virus yang dikaitkan dengan Bell’s palsy termasuk:
Cold sores dan genital herpes (herpes simplex)Cacar Air (Chickenpox) dan shingles (herpes zoster)Infectious mononucleosis (Epstein-Barr)Jangkitan CytomegalovirusJangkitan salur pernafasan (adenovirus)German measles (rubella)Beguk (mumps virus)Selsema (influenza B)Penyakit tangan, kaki dan mulut (coxsackievirus)Saraf yang mengawal otot muka perlu melepasi satu saluran pada tengkorak muka untuk tiba di otot tersebut. Dalam kes Bell’s palsy, saraf ini menjadi bengkak dan keradangan – selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus. Selain otot muka, saraf tersebut juga mengawal pengeluaran air mata, air liur, deria rasa dan tulang kecil di dalam telinga.
Faktor RisikoBell’s palsy lebih banyak terjadi pada:
Orang mengandung, terutamanya pasa trimester ketiga, atau minggu pertama selepas beranakMengalami jangkitan saluran pernafasan seperti selsema dan batukMenghidap kencing manisSerangan berulang untuk Bell’s palsy adalah jarang. Tetapi ada kes yang melibatkan sejarah keluarga mempunyai Bell’s palsy berulang – mungkin kerana faktor genetik yang mudah terdedah kepada Bell’s palsy
Baca juga : Apa Itu Split Personality?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2022/08/apa-itu-bells-palsy.html