Apa Itu Abalone


Perasan tak bila musim perayaan Tahun Baru Cina mesti ternampak pasaraya bagi harga istimewa untuk abalone dalam tin. Abalone merupakan bahan hidangan mewah semasa makan besar menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Tetapi apa benda sebenarnya abalone ni... buah, sayuran atau haiwan? Sebenarnya abalone ialah sejenis siput laut. Biasanya ia dijual pada harga yang agak mahal kerana susah nak tangkap abalone, malah penangkapan abalone haram dibuat secara meluas sebab abalone ni antara haiwan yang diancam kepupusan. 
Abalone dan Tahun Baru Cina
Jadi apa kaitan abalone dengan Tahun Baru Cina? Abalone merupakan antara bahan resipi yang penting dalam Pen Cai / Poon Choi, iaitu sejenis hidangan tradisonal kaum Cina. Menurut kisah sejarah, Pen Cai pernah dihidangkan oleh penduduk tempatan yang melindungi Maharaja China dan tenteranya semasa mereka menyelamatkan diri daripada serangan tentera Mongolia di zaman Dinasti Song. Dipercayai bahawa sekiranya seseorang memakan atau dihadiahkan abalone semasa Tahun Baru Cina, dia akan dilimpahi rezeki dan kebahagiaan. Adakalanya hirisan daging abalone dan ikan salmon dicampurkan ke dalam hidangan yee sang untuk dimakan bersama tetamu semasa menyambut Tahun Baru Cina.
Pen Cai / Poon ChoiBeli abalone segar di pasaraya
Baru-baru ini Ayuni rasa terkejut sebab terjumpa abalone segar dijual di pasaraya berdekatan rumah. Jarang jumpa abalone yang dijual luar daripada tin. Saiz setiap seekor besar betul, kesemuanya telah dibuka cangkerang separuh. Disebabkan teruja sangat nak merasa abalone, Ayuni pun belilah setengah dozen. Bila dah bawa balik ke rumah baru teringat tak reti macam mana nak masak abalone. Kulit cangkerang abalone tebal macam kulit kupang dan lokan. Tekstur dagingnya nampak kenyal. Mungkin cara masaknya sama macam masak kupang dan lokan? Tak apalah, kita Google je lah resipinya nanti...

Inilah abalone yang Ayuni beli di pasaraya tuKhasiat abalone
Sambil mencari resipi abalone terjumpalah sekali satu artikel tentang khasiat abalone. Rupa-rupanya abalone mengandungi lemak rendah dan sumber omega 3, iodin dan fosforus. Omega 3 baik untuk mencegah kanser, mengurangkan penyakit jantung serta simptom masalah sakit otot. Iodin ialah mineral yang membantu melancarkan perkembangan tubuh badan dan sistem saraf. Manakala fosforus berfungsi sebagai pelindung ketika darah membawa tenaga serta menjaga kesihatan buah pinggang anda. Ia juga kaya dengan pelbagai Vitamin A hingga Vitamin B6 yang mengalakkan sistem imunisasi lebih baik. Malah, kandungan minyak sihat dalam abalone boleh membuat kulit jadi lebih lembut dan cantik!
Abalone dalam budaya lain
Sebelum ini Ayuni pernah dengar kisah tentang abalone yang diceritakan dalam budaya Amerika Asli kaum Apache. Menurut legenda Apache, wanita pertama di dunia muncul selepas berlaku satu kejadian bah besar. Namun wanita itu terselamat kerana dia dilindungi oleh kulit cangkerang abalone. Dia kemudian berkahwin dengan Matahari dan Hujan, dan melahirkan dua orang wira yang ditugaskan untuk memusnahkan raksasa agar Bumi selamat untuk dihuni manusia. Wanita itu akhirnya mengembara ke arah Timur dunia sehinggalah di penghujung hayatnya apabila dia bertemu dengan dirinya yang muda. Mereka bergabung dan wanita itu dikatakan "lahir semula" menjadi wanita baru. Perkara ini berlaku berulang kali dari generasi ke generasi. Kaum Apache akan mengadakan majlis upacara untuk anak-anak perempuan yang sudah mencapai usia akil baligh sebagai cara untuk memperingati "kelahiran semula" wanita abalone tersebut. Anak perempuan yang diraikan akan dipakaikan kulit cangkerang abalone pada dahi sebagai simbol penerimaan kuasa spiritual yang diturunkan dari nenek moyang mereka.
Wanita abalone dari legenda Apache mengikut bayangan pelukis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2023/01/apa-itu-abalone.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bulughul Maram Shalat Cara Shalat Malam Itu Dua Rakaat Salam Dua Rakaat Salam

Bulughul Maram Shalat Cara Shalat Malam Itu Dua Rakaat Salam Dua Rakaat Salam

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 444 hits
Inilah hadits yang mendukung bagaimanakah cara shalat malam yaitu dengan dua rakaat salam dua rakaat salam Itulah yang lebih afdal Lihat bahasan Bulughul Maram berikut ini
Drama Andai Itu Takdirnya Lakonan Shukri Yahaya Hannah Delisha

Drama Andai Itu Takdirnya Lakonan Shukri Yahaya Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 401 hits
Tonton drama adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 2 Full Episod karya Siti Rosmizah akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria pada bulan Ramadan nanti Drama bersiri 60 episod arahan Jamal Khan dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha...
Bitcoin Agak Tidak Menarik Tetapi Senario Itu Tidak Akan Kekal Berpanjangan

Bitcoin Agak Tidak Menarik Tetapi Senario Itu Tidak Akan Kekal Berpanjangan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 165 hits
Bitcoin mengalami beberapa lantunan pada awal tahun tetapi setakat ini tidak dapat mengatasi rintangan julat AS 16 300 AS 17 200 tempatan Mengukuhkan di atas paras psikologi AS 17 000 juga dipersoalkan Pada masa yang sama gambaran teknikal ...
V Awak Nak Mintak Berpisah Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan Syamsul Yusof Kecewa Difitnah Diaibkan

V Awak Nak Mintak Berpisah Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan Syamsul Yusof Kecewa Difitnah Diaibkan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 260 hits
Pengarah dan pelakon sensasi Syamsul Yusof tampil menjawab dakwaan Puteri Sarah Liyana berhubung kenyataan menyekat isteri pertamanya itu daripada media sosial dan aplikasi Whatsapp
Apa Itu Asb Pelaburan Asb Menguntungkan

Apa Itu Asb Pelaburan Asb Menguntungkan

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 357 hits
Pelabuaran ASB Pelaburan atau simpanan aset adalah asas penting kepada kebebasan kewangan pada masa hadapan Ianya adalah sebagai insuran kita di dalam menangani masalah kewangan dalam jangkamasa yang panjang Tahukah anda pelaburan seperti A...
Bagi Saya Cantik Itu Bonus Ibu Tunggal Terharu Nasi Lemaknya Dapat Sambutan Luar Biasa

Bagi Saya Cantik Itu Bonus Ibu Tunggal Terharu Nasi Lemaknya Dapat Sambutan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 220 hits
The ReporterSeorang ibu tunggal tidak menyangka percubaannya membuka gerai nasi lemak di tepi Jalan Sentul Pasar sejak 3 Januari lalu mendapat sambutan ramai Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd Hamzi 30 berkata ada juga pelanggannya dari luar ...
Jangan Marahkan Anak Buat Perangai Itu Nakal Mungkin Dia Hanya Nak Perhatian Kita

Jangan Marahkan Anak Buat Perangai Itu Nakal Mungkin Dia Hanya Nak Perhatian Kita

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 190 hits
Apabila kita terlalu sibuk dengan kerja harian tidak dapat dinafikan kita akan terleka dan kurang memberi perhatian kepada anak anak Ini menyebabkan mereka mula panjang akal untuk melakukan perkara perkara yang akan membuatkan kita fokus se...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai