Apa Hukumnya Menyalahkan Takdir Yang Berlaku Dalam Hidup Kita






Soalan
Assalamualaikum. Bolehkah kita salahkan takdir dengan apa yang dah berlaku dalam hidup kita sebelum ini. Pernahkah takdir hidup yang kita hadapi ini salah. Setahu saya Allah telah aturkan segala perjalanan hidup seorang manusia. Mohon penjelasan Dato’ Mufti
Jawapan
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.
Takdir (Qadha’ dan qadar)
Beriman dengan qadha’ dan qadar merupakan usul bagi kesempurnaan Iman. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab RA, Jibril AS bertanya kepada Nabi SAW, Beritahu akan aku berkenaan dengan Iman. Lalu Baginda SAW bersabda:
أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
Maksudnya: Beriman kepada Allah SWT, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir yang baik dan buruk
40 Hadis Nawawi (2)
Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran, setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan merupakan ketentuan Allah SWT, ini seperti firman Allah SWT:
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)
(Surah al-Qamar, 49)
Dalam syarahan tafsir al-Sa’di menyatakan, ayat ini merangkumi ke semua makhluk termasuk yang berada di atas muka bumi atau di dalamnya. Sesungguhnya Allah SWT maha pencipta dan tiada yang selain daripadaya. Begitu juga setiap perkara yang berlaku dibawah pengetahuan dan pantauannya. (Lihat: Tafsir al-Sa’di, 1/827)
Menyalahkan Takdir
Menyalahkan takdir supaya dapat melepaskan diri daripada melakukan maksiat dan meletakkan kesalahan itu kepada takdir Allah SWT. Alasan ini telah sekian lama digunakan oleh golongan musyrikin seperti yang terdapat di dalam al-Quran, firman Allah SWT:
سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّـهُ مَا أَشْرَكْنَا وَلَا آبَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن شَيْءٍ 
Maksudnya: Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun".
(Surah al-An’am, 148)
Lalu Allah SWT menjawab persoalan yang dilontarkan Musyrikin dalam ayat yang sama, firman Allah SWT:
كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ حَتَّىٰ ذَاقُوا بَأْسَنَا ۗ قُلْ هَلْ عِندَكُم مِّنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوهُ لَنَا ۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ
Maksudnya: “Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
(Surah al-An’am, 148)
Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya menyatakan: “Mereka menyangkakan pembohongan mereka itu dapat melepaskan diri mereka. Akan tetapi pembohongan mereka itu tidak berasas sama ada dari segi ilmu atau akal, ini disebabkan mereka membohongi Rasul. Allah SWT tetap juga akan membalas dengan azab dan siksa. Oleh kerana sifat Allah SWT yang maha adil dan disebabkan iktiar mereka serta usaha mereka ke arah kekufuran”. (Lihat: al-Tafsir al-Wasit li Zuhaili, 1/623)
Bersangka Baik Terhadap Allah SWT
Bersangka baik kepada Allah SWT merupakan satu perintah yang wajib dipatuhi. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA, sabda Nabi SAW:
لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
Maksudnya: Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah SWT
(Hadis riwayat Muslim, 2877)
Kewajipan seseorang mukmin itu bersangka baik kepada Allah SWT. Serta memperbanyakkan lagi bersangka baik kepadaNya ketika ditimpa musibah dan ujian. Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis berkenaan bersangka baik kepada Allah SWT dengan menyatakan, “Para Ulama’ berpendapat makna bersangka baik kepada Allah SWT dengan percaya Allah SWT maha penyayang dan maha pengampun” (Lihat: Syarah al-Nawawi ala Muslim 17/210)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada persoalan yang diajukan serta nas-nas yang didatangkan, dapat disimpulkan di sini bahawa percaya kepada takdir merupakan salah satu daripada rukun Iman yang wajib dipercayai oleh setiap manusia. Selain itu Baginda SAW melarang hambanya merungut dan menyalahi takdir yang di tetapkan Allah SWT. Ini seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:
وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا ‏.‏ وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
Maksudnya: Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan “kalaulah aku melakukan itu dan ini”. Akan tetapi katakanlah “takdir (ketentuan) Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi.
(Hadis riwayat sahih Muslim, 2664)
Sebaiknya bersangka baik kepada Allah SWT serta bersabar dengan ujian dan musibah yang dihadapi. Firman Allah SWT:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
(Surah al-Sajadah: 24)
Oleh itu disarankan supaya memperbanyakkan berdoa agar diberi kekuatan iman. Serta mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang agama dan akidah supaya dapat memahami dan menambah keyakinan terhadap Allah SWT.


Kredit: muftiwp

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2021/12/apa-hukumnya-menyalahkan-takdir-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangis Adele Pecah Saat Guru Masa Kecil Hadiri Konsernya Anda Benar Benar Mengubah Hidup Saya

Tangis Adele Pecah Saat Guru Masa Kecil Hadiri Konsernya Anda Benar Benar Mengubah Hidup Saya

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 250 hits
Jadi sosok yang berjasa dalam hidupnya sosok guru Bahasa Inggris itulah yang membuat Adele menyukai sastra hingga mampu menulis lirik yang apik
Bekas Ketua Hakim Ingatkan Umno Tolak Slogan Hidup Bossku Mahu Zahid Disingkir

Bekas Ketua Hakim Ingatkan Umno Tolak Slogan Hidup Bossku Mahu Zahid Disingkir

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 167 hits
MALAYSIA NOW Menurut Abdul Hamid orang Melayu sudah memberikan peluang kedua kepada Umno untuk ia lakukan perubahan Najib Razak beramah mesra dengan salah seorang penyokong Umno di Melaka baru baru ini Gambar Facebook Bekas ketua hakim nega...
Hidup Tu Jangan Suka Sangat Menunjuk

Hidup Tu Jangan Suka Sangat Menunjuk

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum Aku Nura Aku sharing aku ni di post supaya boleh dijadikan tauladan dalam kehidupan kita Ni bukan kisah aku tapi keluarga terdekat Semua ni aku dapat tahu bila balik kampung beraya hari tu Agak panjang sila bertabah membaca ...
Injil Yohanes 14 Ayat 6 Akulah Jalan Dan Hidup Oleh Dr Mura Riau Ph D

Injil Yohanes 14 Ayat 6 Akulah Jalan Dan Hidup Oleh Dr Mura Riau Ph D

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 266 hits
YOHANES PASAL 14 AYAT 6 SELURUH NABI ADALAH JALAN MENUJU TUHAN TIDAK AKAN SAMPAI TANPA MELALAUI MEREKA
Lelaki India Mati Kemalangan Ditemui Hidup Semula Di Rumah Mayat

Lelaki India Mati Kemalangan Ditemui Hidup Semula Di Rumah Mayat

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 288 hits
Lelaki India Mati Kemalangan Ditemui 8216 Hidup 8217 Semula Di Rumah Mayat SEORANG lelaki di India yang diisytiharkan telah mati selepas kemalangan jalan raya mengejutkan saudara maranya apabila dia didapati masih bernafas walaupun semalama...
Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 387 hits
Penyanyi atau kini lebih mahu dikenali sebagai Pangiran Adam memaklumkan bahawa dia masih membuka hatinya untuk terus menerima wanita lain dalam hidupnya Advertisementwalaupun sudah lima tahun bergelar duda Adam memberitahu yang tiada istil...
Prn Melaka Soal Hidup Mati Penentu Jajaran Politik Negara

Prn Melaka Soal Hidup Mati Penentu Jajaran Politik Negara

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 184 hits
Zeanaaima Mohd YusofPETALING JAYA Keputusan pilihan raya negeri Melaka esok akan memberikan petunjuk penting kepada soal hidup mati parti tertentu khususnya yang bersaing untuk meraih undi Melayu PRN Melaka sudah pun menyaksikan beberapa no...
Hiburan Bakal Nikah Hujung Tahun Ini Nora Ariffin Pilih Pendidik Sebagai Teman Hidup

Hiburan Bakal Nikah Hujung Tahun Ini Nora Ariffin Pilih Pendidik Sebagai Teman Hidup

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 251 hits
Penyanyi tersohor memaklumkan bahawa dia akan mengakhiri zaman solo selewat lewatnya pada hujung tahun ini 7 bulan lalu Fitnah Saya Seorang Sudahlah Dia Ada Keluarga Annuar Musa Tenang Jawab Gosip Berkahwin Dengan Nora AriffinAdvertisementU...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep