Apa Hukum Pakai Jam Di Tangan Kiri Ya Ikuti Penjelasan Dari Bekas Mufti Wilayah Tentang Persoalan Ini




Lelaki dan jam memang tak dapat dipisahkan. Malah Bagi MASKULIN, tak lengkap untuk seseorang lelaki untuk nampak segak jika tangannya polos tanpa jam tangan.
Dan pada masa kini, jam tangan bukan lagi berfungsi untuk memberitahu waktu sahaja. Ia lebih daripada itu dan mempunyai banyak fungsi-fungsi berbeza. Ada jam untuk majlis eksklusif, jam pintar, jam jogging dan juga jam berbentuk koleksi seperti G-Shock.
Bercakap tentang pemakaian jam pula, ada orang selesa memakai di tangan kiri dan ada juga yang lebih cenderung memakainya di tangan kanan.

Tapi jika ikutkan norma biasa ramai yang memakai jam di tangan kiri. Tapi apakah hukumnya dalam agama Islam kerana apa yang kita tahu tangan kiri lebih sinonim untuk kita gunakan membersihkan sesuatu yang kotor (basuh berak).
Inilah persoalan yang telah diajukan oleh seorang follower kepada Mufti Wilayah Pesekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Penjelasan ini turut dikongsi oleh beliau di laman sesawang rasminya iaitu www.muftiwp.gov.my.
Nak tahu apa hukum memakai jam di tangan kiri? Ikuti perkongsian Mufti Wilayah di bawah.
POIN PENTING ULASAN MUFTI WILAYAH:Ya, Rasulullah memang suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan Baginda.Sebagai contoh Rasulullah memulakan pemakaian, menyikat, makan dan minum dengan tangan kanan.Ulama Syafie berpandangan pemakaian cincin di tangan kanan lebih afdal.Bagi pemakaian jam pula, mereka berpandangan ia lebih sesuai didiyaskan kepada pemakaian cincin.Pemakaian jam di tangan kiri tidak termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang bukan Islam.Kesimpulannya, memakai jam di tangan kiri adalah harus.PERKONGSIAN PENUH MUFTI WILAYAHMufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Sahamah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-BakriSoalan: 
Assalamualaikum S.S Mufti, apakah hukum seseorang itu memakai jam di tangan kiri ? Adakah ia dianggap menyelisihi sunnah kerana Rasulullah S.A.W suka kepada tayammun (mendahulukan anggota kanan) dalam setiap urusan baginda ?
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Secara asasnya, memang benar bahawa Rasulullah S.A.W suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan baginda. Ini dapat kita lihat di dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.A beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’, dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.
Riwayat Al-Bukhari (168)
Ini bermakna baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam urusan seharian seperti memulakan pemakaian selipar dengan kaki kanan, menyikat rambut dengan tangan kanan, makan dan minum dengan tangan kanan, dan perbuatan-perbuatan selainnya.
Meskipun begitu, terdapat beberapa riwayat yang secara spesifiknya menunjukkan kepada perhiasan atau aksesori yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W di tangan baginda iaitulah cincin. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri.
Riwayat Muslim (2095)
Justeru hadis ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa baginda S.A.W memakai cincin di tangan kiri baginda. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kanan, justeru dengan memakai cincin di tangan kanan pasti akan menjadikan proses tersebut sedikit sukar. Imam Al-Buhuti Rahimahullah berkata: ‘’Memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetap’’. Rujuk Kasyyaf Al-Qina’, Al-Buhuti (2/236).
Manakala para ulama Syafi’eyyah berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama. Ini seperti pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut:
يجوز للرجل لبس خاتم الفضة في خنصر يمينه وإن شاء في خنصر يساره كلاهما صح فعله عن النبي صلى الله عليه وسلم لكن الصحيح المشهور أنه في اليمين أفضل ; لأنه زينة ، واليمين أشرف
Maksudnya: Adalah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakai cincin perak di kelingking tangan kanannya. Dan sekiranya dia mahu (dia boleh memakainya) di jari kelingking tangan kirinya. Keduanya sahih dilakukan oleh Nabi S.A.W. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal ia dipakai di tangan kanan. Kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia.
Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/333)
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa isu pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin. Ini kerana, kedua-duanya dipakai di tangan. Oleh kerana itu, apabila kita menyatakan bahawa dibolehkan untuk memakai cincin di tangan kiri, maka demikian juga diharuskan untuk memakai jam tangan di tangan kiri.
Pemakaian jam di tangan kiri ini tidaklah ia termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir. Ini kerana, ia langsung tidak dianggap sebagai perbuatan yang terkhusus dengan budaya dan adat mereka. Bahkan menjadi suatu kebiasaan yang meluas di seluruh dunia bahawa orang-orang Islam juga memakai jam di tangan kiri.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Ini berdasarkan qiyas kepada pemakaian cincin. Adapun begitu, sekiranya seseorang itu memakan jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang suka mendahulukan anggota kanan, ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insha Allah. Tambahan pula sekiranya pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk makan dengan tangan kanan seperti dengan menanggalkan jam semasa makan, maka ia lebih utama.
Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
#Sumber : MASKULIN     

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/apa-hukum-pakai-jam-di-tangan-kiri-ya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bukan Pencuri Tapi Manusia Pakai Mask Rumah Diceroboh Nabila Huda Tampil Beri Penjelasan

Hiburan Bukan Pencuri Tapi Manusia Pakai Mask Rumah Diceroboh Nabila Huda Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 619 hits
Menyatakan kepada umum bahawa dirinya kini berada dalam keadaan baik selepas insiden rumahnya didatangi manusia yang mencurigakan pelakon jelita Nabila Huda tampil memberi penjelasan berhubung kes tersebut kepada umum di laman Instagramnya ...
Penyelesaian Kes Anak Najib Takiyuddin Baca Nota Tulisan Tangan Bekas Ag

Penyelesaian Kes Anak Najib Takiyuddin Baca Nota Tulisan Tangan Bekas Ag

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 372 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan mendakwa bahawa bekas peguam negara Tommy Thomas ada menulis nota mengenai surat representasi Riza Aziz berhubung kes pengubahan wang haramnya yang menunjukkan bahawa dia secara prinsip b...
Sakit Perut Sebelah Kiri Ini Dia Beberapa Penyebabnya

Sakit Perut Sebelah Kiri Ini Dia Beberapa Penyebabnya

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 372 hits
Sakit perut pastinya sering kali di alami setiap orang Penyebabnya pun bermacam macam dan yang paling umum terjadi adalah sakit perut yang di sebabkan oleh mengonsumsi makanan yang pedas Efek makanan pedas ini pada setiap orang akan berbeda...
Viral Wanita Sembur Racun Serangga Kepada Penarik Kereta Beri Penjelasan

Viral Wanita Sembur Racun Serangga Kepada Penarik Kereta Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 298 hits
Baru baru ini viral video seorang wanita yang menjerit meminta tolong kononnya mendakwa diragut sambil menyembur racun serangga ke arah beberapa orang lelaki yang ditugaskan untuk menarik keretanya di Langkawi Melaui video yang tular kereta...
Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid Guru Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid Guru Tampil Beri Penjelasan Sebenar

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 306 hits
Susulan tersebar video murid yang memberi jawapan bapanya pandai masak air ketum guru yang merakam video tersebut tampil memberi penjelasan Berdasarkan sumber dari Kaunselor Pelajar Akhi Fairuz Al Jengkawi guru berkenaan memaklumkan dia mer...
Doakan Adik Adawiyah Terpaksa Buang Mata Kiri Kerana Kanser

Doakan Adik Adawiyah Terpaksa Buang Mata Kiri Kerana Kanser

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 273 hits
USIANYA baharu mencecah setahun lapan bulan namun dugaan yang ditanggung anak kecil ini cukup berat Adik Nur Aqilah Adawiyah dikesan menghadapi ketumbuhan pada mata kiri sehingga terpaksa dibuang berikutan risiko merebak kepada organ lain T...
Mb Kedah Tidak Beradab Ini Penjelasan Muhammad Sanusi

Mb Kedah Tidak Beradab Ini Penjelasan Muhammad Sanusi

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 196 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan secara terperinci kejadian yang berlaku pada malam Jumaat lalu antara beliau dengan seorang lelaki ketika sedang makan di sebuah restoran di Ampang Katanya beliau terpaksa menjelaskan k...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur