Tidak Guna Lambang Pkr Azmin Dakwa Anwar Hilang Keyakinan Terhadap Ph


 Mohd Zaini Samsu Hadi
Mohamed Azmin menyantuni masyarakat Tiong Hua di sekitar kawasan Gombak sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan di sambut Selasa ini. KUALA LUMPUR – Langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula hilang keyakinan terhadap gabungan pembangkang.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, akar umbi pembangkang kini hangat mempersoalkan tindakan Pengerusi PH itu yang dilihat tidak bersedia menggunakan logo PH.
Beliau menegaskan, rakyat Johor perlu mengambil kira perkara itu ketika membuat keputusan dalam PRN Johor nanti.
“Bagaimana nak jelaskan kepada rakyat, apabila ketua sebuah gabungan parti tidak bersedia menggunakan logo parti sendiri.
“Ini satu pertanyaan yang sedang hebat diperkatakan di peringkat akar umbi. Kalau ketua sendiri tidak yakin dengan parti atau gabungan sendiri, itu satu perkara besar harus menjadi pertimbangan rakyat di Johor,” katanya ketika ditemui di Selayang Baru, di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Johor yang mengambil tindakan keluar parti, Mohamed Azmin menegaskan, ia tidak menjejaskan persiapan parti itu dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Johor.
Ujarnya, Bersatu sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menyifatkan tindakan keluar parti itu sebagai bukan perkara luar biasa, khususnya menjelang pilihan raya.
“Yang penting, parti ini masih kukuh, tegap berdiri dengan penyatuan yang bertambah kukuh dalam PN.
“Kita saksikan semalam bagaimana hasil muzakarah antara Pas dengan Bersatu, yang membuktikan PN masih kukuh dan akan terus berusaha mengukuhkan peranan kita dalam demokrasi di negara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin memberi amaran, PN tidak akan berkompromi dengan golongan kleptokrat.
Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada beberapa pemimpin UMNO yang kini sedang berdepan pertuduhan rasuah.
Ujarnya, rakan komponen Bersatu dalam PN, iaitu Pas turut memberi amaran kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak lagi bertindak melakukan PRN seperti di Johor kerana ia akan menggugat prestasi ekonomi dan kestabilan negara.
“Itu yang dilakukan PN sejak awal. Kita adalah gabungan yang mahukan perpaduan, kestabilan, kedamaian dan bukan persengketaan dan yang mengajak semua pihak duduk berbincang demi kepentingan rakyat,” tambahnya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/tidak-guna-lambang-pkr-azmin-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Hilang Keyakinan Pada Ph Selepas Enggan Guna Logo Dakwa Azmin

Anwar Hilang Keyakinan Pada Ph Selepas Enggan Guna Logo Dakwa Azmin

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 180 hits
Azmin Ali mendakwa akar umbi pembangkang kini hangat mempersoalkan tindakan Pengerusi PH yang dilihat tidak bersedia menggunakan logo gabungan parti itu PETALING JAYA Ketua Penerangan Perikatan Nasional Mohamed Azmin Ali mendakwa akar umbi ...
Pkr Guna Lambang Sendiri Anwar Buat Keputusan Ikut Kepala Sendiri Lagi

Pkr Guna Lambang Sendiri Anwar Buat Keputusan Ikut Kepala Sendiri Lagi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 193 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal menyatukan parti pembangkang dibawah satu khemah besar PKR membuat keputusan untuk menggunakan lambangnya sendiri dan tidak akan menggunakan lambang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Neger...
Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 200 hits
Fion Yap Diterbitkan Jan 26 2022 PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam pilihan raya negeri Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo Pakatan Harapan Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat majlis presiden PH di ibu pejabat PK...
Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 166 hits
Pakatan Harapan telah putuskan parti komponen boleh pilih untuk guna logo parti atau logo PH KEADILAN telah pilih untuk guna logo parti untuk PRN Johor Keputusan ini diterima baik oleh AMANAH dan DAP Ada beberapa sebab kami putuskan begini ...
Langkah Pkr Guna Logo Sendiri Dalam Prn Johor Berisiko

Langkah Pkr Guna Logo Sendiri Dalam Prn Johor Berisiko

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 323 hits
K ParkaranPETALING JAYA Kekalahan PKR dalam pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak baru baru ini boleh menjadi faktor parti itu memutuskan untuk menggunakan logonya dan bukannya logo Pakatan Harapan dalam PRN Johor akan datang Namun pengana...
Pkr Guna Logo Sendiri Kerana Logo Ph Simbol Era 22 Bulan Pentadbiran

Pkr Guna Logo Sendiri Kerana Logo Ph Simbol Era 22 Bulan Pentadbiran

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 187 hits
Malaysiakini Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya memutuskan untuk menggunakan logo sendiri untuk pilihan raya negeri Johor akan datang kerana logo Pakatan Harapan dibayangi era hampir dua tahun pentadbiran me...
Anwar S Ex Aide To Challenge Selangor Mb In Pkr Polls

Anwar S Ex Aide To Challenge Selangor Mb In Pkr Polls

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 156 hits
Perak PKR chief Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak has confirmed that he would be contesting for a division chief position in Gombak challenging Selangor Menteri Besar Amirudin Shari in the party s polls this April Describing his move as b...
Pkr Sudah Hilang Taring

Pkr Sudah Hilang Taring

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 154 hits
Di negara tidak mungkin parti berasas kaum atau agama mendapat kuasa mutlak atau majoriti untuk menjadi pemerintah Gabungan parti berbeza asas perjuangan perlu dilakukan seperti dilakukan BN Maka ada pihak berasakan perlu ada satu parti yan...
Muslihat Anwar Dan Umno Menggunakan Simbol Pkr Bertanding Di Johor

Muslihat Anwar Dan Umno Menggunakan Simbol Pkr Bertanding Di Johor

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 205 hits
CETEK pemikiran kita kalau kita percaya cakap cakap Anwar Ibrahim bahawa keputusan PKR menggunakan simbol sendiri dan BUKAN simbol Pakatan Harapan kononnya mengambil kira SENTIMEN orang Melayu dan orang kampung Dangkalnya pemikiran pemimpin...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik