Apa Guna Ada Speaker Jika Sokong Gantung Parlimen Soalan Pedas Guan Eng Terhadap Azhar


 


January 14, 2021 DAP menyifatkan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar bin Harun gagal mempertahankan kedudukan tinggi Parlimen dengan menyokong Darurat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggantung Parlimen.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan sokongan Azhar terhadap penggantungan Parlimen, menimbulkan persoalan apakah gunanya ada seorang Speaker Parlimen.
Bagi beliau, penggantungan Parlimen perlu dibatalkan untuk mendesak Kerajaan PN menawarkan langkah-langkah kewangan segera bersama PKP demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat.
Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan semua legitimasi politik dan moral untuk mewakili rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri berikutan penarikan sokongan tiga ahli parlimen Umno sehingga hilang majoriti parlimennya.
Katanya, Muhyiddin telah bertindak pantas dengan mengisytiharkan Darurat pada hari Selasa untuk menggantung Parlimen dan kesemua Dewan Undangan Negeri, dengan menggunakan dalih lonjakan jangkitan COVID-19.
Bagi beliau, darurat seluruh negara tidak diperlukan untuk menghentikan pilihan raya kecil, yang boleh ditunda melalui pengisytiharan darurat di kawasan berkenaan.
Bagi pilihan raya umum Parlimen atau pilihan raya negeri Sarawak, masih ada masa kerana tempoh penggal bagi Parlimen dan DUN Sarawak masing-masing berakhir pada tahun 2023 dan 5 Jun 2021.
“Ironinya, kegagalan dan salah urus Kerajaan Muhyiddin dalam isu COVID-19 telah memberi beliau peluang untuk bergantung pada perintah darurat untuk terus berkuasa dengan menggantung Parlimen,” katanya.
Bagi beliau, Perikatan Nasional (PN) telah gagal untuk mengumumkan langkah-langkah kewangan segera untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia yang disertakan bersama pengisytiharan perintah darurat membuktikan bahawa Muhyiddin tidak fokus untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat.
Katanya, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.1% kepada 4.8% pada bulan November 2020 sebagai hasil daripada PKP bersyarat dan pemulihan yang dilaksanakan ketika itu.
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kesatuan sekerja dan kumpulan majikan telah memberi amaran terhadap lebih banyak penutupan perniagaan dan pemberhentian pekerja untuk pusingan terbaru PKP dan Darurat.
Industri pelancongan yang kehilangan pendapatan RM100 bilion tahun lalu, memerlukan “sokongan hidup” kewangan segera.
“Namun, bukan sahaja tidak ada bantuan kewangan yang diberikan, malah moratorium automatik pinjaman bank yang dijanjikan (kecuali golongan Top 20), pengeluaran sendiri caruman KWSP dan kenaikan bantuan bulanan kebajikan kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur untuk tempoh krisis COVID-19 juga masih belum dipenuhi,” katanya.
Antara pilihan nyawa dan mata pencarian, kerajaan juga masih lemah dalam pelaksanaan saringan, pengesanan dan rawatan (test, trace, treat, 3T) secara menyeluruh untuk menyelamatkan nyawa.
Walaupun Dana COVID-19 dikurangkan daripada RM38 bilion pada tahun 2020 kepada RM17 bilion, RM 17 bilion masih merupakan jumlah yang boleh digunakan untuk meningkatkan sistem penyampaian kesihatan kita berdasarkan 3T.
“Malangnya, dana tersebut nampaknya tidak dapat disediakan bagi menyokong wira barisan hadapan kita sama ada untuk mengambil lebih ramai pekerja kesihatan atau membeli vaksin,” katanya.
Pada ketika Singapura telah menerima penghantaran dan memulakan vaksinasi besar-besaran, para Menteri kita baru menandatangani kontrak untuk membeli vaksin ini, katanya.
“Kelewatan dua bulan dalam penghantaran vaksin ini bermaksud bahawa lebih banyak nyawa akan terkorban dengan sia-sia,” kata bekas Menteri Kewangan itu.
Katanya, masanya sudah tiba untuk para Menteri bangun daripada tidur dan bekerja keras untuk melakukan tugas mereka dengan betul.
“Rakyat Malaysia mahu kerajaan memberi tumpuan untuk menyelamatkan mata pencarian dan nyawa bukan pada survival politik atau jawatan politik mereka sendiri,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2021/01/apa-guna-ada-speaker-jika-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
You Sidelined Penang Mca Veep Blasts Guan Eng

You Sidelined Penang Mca Veep Blasts Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 240 hits
MCA vice president Tan Teik Cheng took aim at former Penang chief minister Lim Guan Eng saying that the latter sidelined the state s development during his stint as finance minister It was Lim who sidelined Penang when he was finance minist...
Kenyataan Ahmad Maslan Menghina Kata Guan Eng

Kenyataan Ahmad Maslan Menghina Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 390 hits
January 9 2021 Lim Guan Eng menyelar Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan kerana mengulas isu desakan parti itu untuk mengadakan pilihan raya umum dengan membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafa...
Jangan Teruskan Projek Empangan Mengkuang Jika Guan Eng Enggan Mohon Maaf Kata Najib

Jangan Teruskan Projek Empangan Mengkuang Jika Guan Eng Enggan Mohon Maaf Kata Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 298 hits
Najib dakwa Guan Eng menipu penduduk Pulau Pinang dengan cerita dongeng PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menuntut Lim Guan Eng memohon maaf kerana berbohong kepada rakyat Pulau Pinang berhubung penstrukturan semula aset air n...
Letak Jawatan Dalam Kerajaan Jika Umno Berprinsip Kata Guan Eng

Letak Jawatan Dalam Kerajaan Jika Umno Berprinsip Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 295 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Jan 2021 2 57 pmLim Guan EngUmno kini dilihat berperanan seperti pembangkang kata Lim Guan Eng namun parti itu tetap tidak akan dilihat berprinsip selagi kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional Menurut setiau...
Admit Failure In Handling Covid 19 With 8 000 New Cases Looming By March Guan Eng Tells Perikatan Govt

Admit Failure In Handling Covid 19 With 8 000 New Cases Looming By March Guan Eng Tells Perikatan Govt

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 321 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng speaks during a press conference at Wisma DAP in George Town January 7 2021 Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Jan 8 Former finance minister Lim Guan Eng today launched a scathing attack on Tan Sri Muh...
Ph Bincang Idea Gabungan Besar Bulan Depan Kata Guan Eng

Ph Bincang Idea Gabungan Besar Bulan Depan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 239 hits
JANUARI 1 201Lim Guan Eng berkata parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi PRU15 GEORGE TOWN Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembentukan gabungan besar yang merupakan kerjasama baru anta...
Pelancaran Buku Bukan Majlis Nak Jatuhkan Guan Eng Kit Siang Kata Liu

Pelancaran Buku Bukan Majlis Nak Jatuhkan Guan Eng Kit Siang Kata Liu

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 265 hits
Adun Sungai Pelek Ronnie Liu mengesahkan dia akan menghadiri pelancaran buku veteran DAP Liew Ah Kim namun menafikan majlis berkenaan ada kaitan dengan gerakan anti Lim seperti yang didakwa Saya berjanji kepada Liew bahawa saya akan menghad...
Guan Eng Slams Annuar For Making Up Stories On Umno Dap Cooperation

Guan Eng Slams Annuar For Making Up Stories On Umno Dap Cooperation

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 274 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has rubbished former BN secretary general Annuar Musa s claim that Umno s big guns and DAP were in talks and preparing to work with each other He slammed Annuar for making up stories on Umno DAP cooperatio...
Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 218 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa perintah darurat membolehkan perdana menteri meluluskan sebarang undang undang tanpa melalui Parlimen bahkan menangkap sesiapa yang tidak disukai Bahkan kontrak perolehan kerajaan yang besar juga d...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki