Apa Dah Jadi Dengan Pkr Negeri Sembilan Ni


 


SEREMBAN -Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mereka terdiri daripada empat Ketua Cabang PKR iaitu Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah; tiga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang (Rembau, Rasah dan Port Dickson); dua Timbalan Ketua Cabang PKR (Seremban dan Rembau),
Ketua Wanita PKR Negeri, Amni Idris; Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri, Rusnani Saring; Setiausaha Penerangan PKR Negeri, Madon Mislan; Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Datuk Yek Diew Ching dan mantan Ketua Jurulatih Jentera Pilihan Raya Negeri, Mdd Nordin Ismail.
Menurut Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar, rombakan segera perlu dilakukan dalam MPN bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan secara bersama pada Ahad, Pengerusi MPN Negeri Sembilan itu tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) untuk terus kekal memerintah.
Dakwa mereka, Pengerusi tidak melakukan sebarang penyusunan dan koordinasi yang berkesan untuk menarik sokongan pengundi terutamanya di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang perlu diberi tumpuan dan keutamaan.
"Selaku Pengerusi MPN, beliau gagal dalam memimpin dan memperkasakan cabang serta ahli parti sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan ahli serta penggerak parti di akar umbi.
"Pengerusi MPN gagal mengurus dan menyelesaikan masalah cabang dengan memberikan solusi terbaik, sehingga beberapa keputusan tidak mengikut perlembagaan parti.
"Beliau juga tidak membuat perancangan bersifat holisitik terhadap perkembangan parti, tiada tindakan atau program pengukuhan dan pemantapan pengurusan parti di peringkat MPN serta cabang, selain tiada sebarang program dalam menyantuni ahli-ahli parti di peringkat cabang dan ranting," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membaca memorandum menolak kepimpinan Pengerusi MPN, Datuk Seri Aminuddin Harun di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Cabang PKR Rasah, Datuk Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Datuk Dr S Streram; Ketua Wanita PKR Negeri, Amni dan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yuz Mazmi Ahmad Yusuf.
Dalam kenyataan itu juga, mereka mendakwa Pengerusi MPN tidak menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menjadikan parti ini dominan dalam kerajaan negeri.
"Kekecewaan ahli dan hilang kepercayaan ini telah menyebabkan cabang (Parlimen/DUN) gagal membentuk jentera pilihan raya untuk melaksanakan gerak kerja kerana mereka tidak berminat membantu parti.
"Maka, kami percaya jika keadaan ini berterusan PKR Negeri Sembilan akan berisiko besar dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.
Bagaimana pun, penerangan PKR Negeri Sembilan tetap komited dan teguh berdiri menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR.
Tambahnya, memorandum menolak kepimpinan Pengerusi MPN Negeri Sembilan ini telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Cabang terlibat dan sayap parti serta AJK tertinggi MPN untuk diserahkan kepada Presiden parti dalam masa terdekat lapor Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/apa-dah-jadi-dengan-pkr-negeri-sembilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pimpinan Pkr Hilang Kepercayaan Terhadap Mb Negeri Sembilan

Pimpinan Pkr Hilang Kepercayaan Terhadap Mb Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 185 hits
Kepimpinan akar umbi PKR Negeri Sembilan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang juga menteri besar Aminuddin Harun
Ketua Penerangan Pkr Negeri Sembilan Dipecat

Ketua Penerangan Pkr Negeri Sembilan Dipecat

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 212 hits
SEREMBAN Selepas mengeluarkan kenyataan media mengenai Majlis Pimpinan Negeri secara terbuka pada Ahad lalu Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Yusof Tapar dipecat daripada jawatan itu berkuat kuasa hari ini Surat pemecatan itu ditandatang...
Terkini Ppn Labuan Beralih Ke Fasa 4 Negeri Sembilan Masuk Fasa 2 Usahawira

Terkini Ppn Labuan Beralih Ke Fasa 4 Negeri Sembilan Masuk Fasa 2 Usahawira

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 256 hits
Labuan menjadi wilayah pertama yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan perkara itu berkata peralihan Fasa PNN turut melibatkan Negeri Sembilan iaitu memasuki Fasa 2 SUBSCRI...
Pkr Reps N Sembilan Grassroots Leaders Lose Faith In Mb As State Party Chief

Pkr Reps N Sembilan Grassroots Leaders Lose Faith In Mb As State Party Chief

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 215 hits
Four PKR assemblypersons and 11 others from Negeri Sembilan PKR have declared their loss of faith in the party s state chief Aminuddin Harun who is also the state menteri besar The four elected representatives are Labu assemblyperson Ismail...
14 000 Individu Di Negeri Sembilan Daftar Dengan Pick Belum Divaksin

14 000 Individu Di Negeri Sembilan Daftar Dengan Pick Belum Divaksin

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 123 hits
AGENDA DAILY Program pemberian vaksin secara walk in diperluas ke seluruh negara Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yakin negeri itu akan mencapai imuniti kelompok apabila 14 000 lagi individu selesai divaksin selewat ...
Menjawab Tuduhan Liar Kelompok Kecil Cuba Jatuhkan Mb Negeri Sembilan

Menjawab Tuduhan Liar Kelompok Kecil Cuba Jatuhkan Mb Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 143 hits
MALAYSIA DATELINESetiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Romli Ishak tampil menjawab tuduhan liar kelompok kecil yang cuba menjatuhkan Menteri Besar Aminuddin Harun Menurut beliau yang juga salah seorang penama disebut dalam ...
Dua Penduduk Kampung Negeri Sembilan Terpaksa Dipindahkan Akibat Banjir

Dua Penduduk Kampung Negeri Sembilan Terpaksa Dipindahkan Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 173 hits
Limpahan air Sungai Linggi mengakibatkan penduduk penduduk kampung di Rantau terpaksa dipindahkan akibat banjir Sebanyak lapan keluarga yang membabitkan lebih kurang 40 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Sebangsaan Seg...
Negeri Sembilan Hantar Bekalan Air Ke Terengganu

Negeri Sembilan Hantar Bekalan Air Ke Terengganu

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 178 hits
SEREMBAN Syarikat Air Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke Terengganu bagi membantu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd yang menghadapi masalah tekanan air rendah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihak SAINS...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu