Apa Berlaku Jika Produk Dibekalkan Kerajaan Tanpa Ada Nama Atau Jenama




Ini kisah perusahaan pembuatan roti di negara blok komunis.
Bagi negara Komunis, jenama atau brand, boleh dianggap sebagai un-Marxist. Oleh itu, roti akan dilabel hanya sebagai ‘roti’.
Tak perlu diletakkan sebarang nama seperti Gardenia atau Massimo macam di negara kita.
Bila anda pergi beli roti kat sana, tak akan tahu siapa sebenarnya yang buat roti tersebut.
Tak tahu juga kilang mana yang keluarkannya, atau kedai roti mana yang buat dan jual semua roti tersebut.
Dari siapa dan di mana saja anda beli, roti hanyalah roti.
Tiada nama.
Atau lebih tepat lagi tiada jenama.
Kesan bila roti tak ada namaApa yang berlaku terhadap perusahaan perniagaan roti di sana bila semua roti hanya dilabel sebagai roti?
Nampak macam bagus la kot?
Harga kesemuanya sama saja.
Kat mana saja anda beli roti macam itulah harganya.
Tapi apa yang berlaku di sebalik penjualan roti yang tidak bernama dan tiada jenama lebih banyak keburukkan dari kebaikan. Kita lihat contohnya di bawah.
Katakan satu hari anda pergi beli roti di satu kedai.
Bila beli roti tu, kebetulan roti yang dibeli tersebut ada ulat lalat (biasa saya panggil ulat taik).
Masalah anda tu akan terbiar begitu saja walaupun tak puas hati. Tak ada apa yang anda boleh buat untuk pastikan pembelian selepas itu sudah tidak ada ulat taik lagi.
Ok. Betul tu ..
Boleh periksa terlebih dahulu setiap roti yang anda beli.
Tapi kalau ulat atau ada najis tikus kat dalam roti tu. Nampak hanya bila dah potong, cubit nak dimasukkan ke dalam mulut. Baru nampak ada najis tikus.
Kes macam itu hanya boleh diketahui bila dah beli, bayar, bawa balik dan nak makan baru dapat kesan.
Anda masih tetap dalam serba lemah tidak bermaya. Tak mampu nak buat apa-apa untuk pastikan perkara tersebut tidak berulang.
Gigit bibir, tahan sabar sajalah.
Itu jika kes buruk berlaku.
Apa kata jika perkara baik berlaku.
Katakan bila anda beli dan bawa balik, roti itu rasanya sedap. Berbeza dari sebelum ini yang pernah anda beli. 
Apa yang anda boleh buat untuk pastikan roti yang sama sedap macam itu dibeli dan dapat di makan lagi di masa hadapan.
Memang tak boleh ulang beli roti yang sama pun selepas ini. Tak ada jalan nak tahu siapa yang buat roti tu.
Puncanya hanya satu.
Sebab anda tak tahu menahu siapa yang buat roti yang dijual.
Semua kilang. Mana saja kedai roti yang buat dan edarkan roti tersebut tidak dapat di kesan sebaik saja rotinya duduk atas rak bercampur dengan semua pengeluar lain yang buat roti yang sama.
Kalau roti yang dibeli tak sedap dan ada najis tikus, anda tak boleh nak hukum pengeluar yang melakukannya.
kalau roti yang anda beli itu sedap dan baik buatannya, anda tak boleh nak berikan ganjaran kesetiaan pada pembuatnya. Tak boleh nak rekemen kat kawan lain untuk turut sama beli roti dari pengeluar yang sama.
Apa jadi kepada pengeluar rotiSiapa saja yang keluarkan roti dan edarkan ke seluruh kedai yang ada, akan fokus hanya pada kuantiti sahaja.
Kualiti tak penting sebab tak guna anda buat sedap dan baik jika ada seorang saja pengeluar yang buat honar.
Kualiti tidak diperlukan apabila semua produk tak boleh diberikan nama.
Yang paling malang kat sini adalah pengguna.
Bila apa saja industri, dilarang ada nama terhadap sebarang produk yang dikeluarkannya, hanya boleh letak nama barang tu saja, akan membuatkan pelanggan tidak ada pilihan.
Dalam contoh perusahaan roti di atas, kalau roti tak dibutuhkan sangat, lebih baik tak payah beli sahaja. Tak akan berlaku sebarang perubahan dan perkembangan dalam teknologi pembuatan roti. Hancurlah industri tersebut.
Betapa pentingnya ada namaJadi anda boleh lihat betapa pentingnya perniagaan anda. Produk anda. Perlu ada nama. Nama yang berbeza dari pengeluar dan peniaga lain.
Anda boleh dapat maklum balas dari reaksi pengguna. Kalau orang makin beli dan produk anda cepat habis sebaik saja diedarkan. Tandanya pengguna telah berikan ganjaran kesetiaan mereka pada anda.
Kalau produk anda tak habis sampai reput atas para. Ertinya pengguna telah menghukum anda atas tidak prihatinnya anda terhadap kualiti produk.
Jadi jangan pandang remeh terhadap nama produk anda itu. Bubuh nama. Mashurkannya bila anda yakin ianya berkualiti dan anda keluarkan dengan penuh rasa kasih sayang terhadap pengguna.
Pilih nama macam manaNama biarlah mudah orang nak ingat. Supaya bila dia cuba lalu rasa teruja, dia terus dapat hafal nama anda.
Nak bagi dia mudah ingat, cuba kaitkan dengan nama atau perkara yang sudah popular dan jadi mainan mulut orang ramai. Lagi lah dia mudah ingat.
Pastikan juga nama anda mudah disebut. Memudahkan pengguna cadangkan pada kawannya dengan menyebut senafas saja. Sebab sangat sedap disebut dan mudah sungguh lafaznya. Ada tambahan logo atau imej mudah ingat pula. Lagi membantu orang ingat.
Itu kalau produk anda sangat bagus.
Tapi kalau anda memang nak buat produk yang orang akan menyumpah bila dah cuba. Buatlah nama yang susah nak ingat. Dan teramat susah nak sebut. Malah susah nak bayangkanpun. Pastikan tak ada logo atau pengelnalan diri. Nanti orang teringat pulak.
Jadi kemungkinan dia akan terlupa dan tersalah beli sekali lagi akan lebih tinggi. Dan kemungkinan dia nak sampaikan buruknya produk anda pada kawan-kawan juga adalah tipis.
Anda nak buat macam itu?
Tentu tidak kan.
Bayangkan kesan psikologinya pada produk yang tak ada logo, susah nak sebut dan susah nak ingat. Tentu orang syak anda memang sengaja buat supaya orang tak hukum produk anda nanti sebab dia tak ingat.
Pengajarannya … jangan main-main dengan nama.
Alang-alang berniaga, di negara kita yang bukan komunis ni, biarlah produk atau perniagaan ada nama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/06/apa-berlaku-jika-produk-dibekalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maklumat Bocor Kerajaan Kelantan Ancam Ambil Tindakan Alahai Takut Apa Pak Lebai Salah Atau Betul

Maklumat Bocor Kerajaan Kelantan Ancam Ambil Tindakan Alahai Takut Apa Pak Lebai Salah Atau Betul

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 186 hits
Liputan Berita Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat sulit kepada individu tertentu bagi tujuan politik Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui perkara itu berlaku dan memper...
Dilarang Mengiklankan Produk Rukyah Sunnah Atau Apa Apa Berunsurkan Keagamaan

Dilarang Mengiklankan Produk Rukyah Sunnah Atau Apa Apa Berunsurkan Keagamaan

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 297 hits
Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 namun masih ramai yang tertipu dengan produk produk overclaim walau yang dah ramai pihak tampil memberi kesedaran pada masyarakat Tapi tu la majoriti masih percaya pada penjual produk dari ...
Ikuti 8 Langkah Ini Jika Anda Terima Panggilan Atau Sms Dari Amp Quot Pegawai Kerajaan Amp Quot

Ikuti 8 Langkah Ini Jika Anda Terima Panggilan Atau Sms Dari Amp Quot Pegawai Kerajaan Amp Quot

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 117 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan atau SMS dari individu atau nombor yang menyamar sebagai pegawai daripada badan agensi kerajaan Bagi membantu orang ramai MCMC m...
Kerajaan Ada Majoriti Atau Tidak

Kerajaan Ada Majoriti Atau Tidak

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 131 hits
MOHD SHAH RIM1 Dengan kemasukan Zuraida ke parti PBM bermakna PBM ada sokongan 3 Ahli Parlimen iaitu Zuraida MP Ampang Larry Sng Jr MP Julau dan Steven Choong Tebrau 2 Dengan Kerajaan Campuran BN PN hanya mempunyai Majoriti 114 maka tolak 3...
Tak Adil Salahkan Kelantan Atau Kerajaan Negeri Bila Berlaku Kes Jenayah Seksual Timb Mb

Tak Adil Salahkan Kelantan Atau Kerajaan Negeri Bila Berlaku Kes Jenayah Seksual Timb Mb

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 176 hits
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah kesal dengan tindakan sesetengah orang yang bermain dengan sentimen kenegerian apabila berlaku kes jenayah di negeri Kelantan nbsp Beliau berkata adalah tidak adil untuk menyalah keraja...
Nama Itu Memang Sesuai Sheila Rusly Dah Bagi Nama Untuk Cucu Pertamanya

Nama Itu Memang Sesuai Sheila Rusly Dah Bagi Nama Untuk Cucu Pertamanya

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 127 hits
Pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang dia dan suami telah pun mempunyai nama untuk bayi perempuan mereka yang bakal dilahirkan pada 16 Jun depan Elisya berkata nama untuk anak sulungnya itu diberikan oleh ibu mentuanya pelakon dan penerbit...
Status Pegawai Bumn Tidak Halangi Izam Harumkan Nama Bangsa Di Sea Games Vietnam

Status Pegawai Bumn Tidak Halangi Izam Harumkan Nama Bangsa Di Sea Games Vietnam

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 119 hits
Izam pun menuturkan dukungan penuh dari BRI sehingga dirinya bisa berprestasi Di mana dirinya selalu mendapatkan kemudahan izin agar memperoleh porsi latihan yang cukup
Ibu Ayah Ada Nama Panggilan Manja Untuk Anak Bagus Ini Manfaatnya

Ibu Ayah Ada Nama Panggilan Manja Untuk Anak Bagus Ini Manfaatnya

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 347 hits
Biasanya dalam sesebuah keluarga akan ada nama panggilan manja untuk anak perempuan dan lelaki seperti baby atau boy Tetapi elok ke tidak sebenarnya penggunaan nama panggilan ini Ada apa dengan nama panggilan manja Menariknya asal perkataan...
Nama Baru Negara Turki Kini Dikenali Dengan Nama Turkiye

Nama Baru Negara Turki Kini Dikenali Dengan Nama Turkiye

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 315 hits
Terkini Nama Baru Negara Turki Kini Dikenali Dengan Nama TURKIYE Turki secara rasmi telah mengubah nama negara di PBB dari Turkey menjadi T rkiye Nama ini bukan hal baru bagi masyarakat Turki yang telah menggunakannya sejak pendirian negara...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai