Apa Aku Beli Di Watsons Dan Guardian


Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini mahu tulis entri yang santai-santai saja. Dah lama tak membebel kat blog kan. Asyik tulis artikel info saja. Sekali-sekala merapu di blog. Aku cuma nak kongsikan dengan korang apa yang aku beli kat Watson dan Guardian sampai boleh habis hampir RM200.
Siapa yang suka masuk kat Watsons ataupun Guardian? Akulah salah satunya..

Apa yang aku beli di Watsons?1. Herbal Essences Argan Oil of Morocco Shampoo - RM30.90Mulanya niat aku pergi Watsons tu nak beli conditioner sahaja. Tapi.. asal masuk kat Watsons saja confirm beli lebih dari satu barang. Hahaha~
Aku dah cuba pelbagai jenis shampoo dan conditioner tetapi kebanyakkan tidak sesuai dengan rambut aku. Selepas aku buat research dan tengok review kat youtube akupun buat keputusan untuk beli shampoo argan oil. 
Dan dalam banyak brands, aku tertarik dengan Herbal Essences Argan Oil of Morocco Shampoo. Dah lama nak beli cuma hari ini terdorong nak beli sebab ada promosi haha. 
2. Herbal Essences Argan Oil of Morocco Conditioner - RM12.36 (2nd @60%)Aku beli Herbal Essences Argan Oil of Morocco Conditioner sekali. Untuk pembelian kedua dapat 60%. Harga asal RM30.90. Jadi murahlah kan. InsyaAllah ada kelapangan aku akan buat review produk Herbal Essences Argan Oil of Morocco. 

3. Micellar Water Garnier Pink (Sensitive Skin) - RM15.90Setakat ini aku masih setia dengan produk Micellar Water Garnier. Cuma sebelum ini aku beli Micellar Water Garnier Biru (For Oily, Acne Prone Skin). Kali ini aku mahu mencuba pula dengan Micellar Water Garnier Pink (Sensitive Skin).
InsyaAllah nanti aku buat review beza antara Micellar Water Garnier Pink & Biru. Aku beli 125ml, boleh bertahan lebih dari sebulan bergantung dengan penggunaan korang. 
4. Clearblue Easy to Read (Pregnancy Test) - RM22.95Aku dah cuba beberapa pregnancy test. Cuma untuk kali ini aku mahu cuba Clearblue Easy to Read (Result in 2 minutes). Belum ada rezeki lagi sebenarnya. Apapun korang doakanlah aku dan suami ya


5. Watsons Hydrating Coconut Treatment Wax Akhir sekali aku beli Watsons Hydrating Coconut Treatment Wax. Ini pertama kali aku beli treatment wax. Sejak berkahwin ni, aku sangat mementingkan penjagaan rambut berbanding skincare haha. Tak tahulah kenapa. 
Total keseluruhan produk yang dibeli ialah RM99.61
Memang beracun betul masuk kat Watsons ni kan hahaha~ Buat para suami, bertabahlah menunggu isteri anda shopping kat sini.
Apa yang aku beli di Guardian?Aku jarang singgah kat Guardian sebab Guardian kat sini jauh sikit dari rumah aku. Kalau ada suami senang sikitlah nak pergi sebab suami boleh drive. Aku pula tak pandai drive. Jadi, memang shopping kat Watsons ja

Jom kita lihat apa yang aku beli kat Guardian pula. 
1. Non-Woven Recycle Bag (Guardian) - RM1.00Perkara pertama sekali yang aku grab bila masuk kat sini ialah Non-Woven Recycle Bag. Aku suka beli Recycle Bag sebab senang nak bawa barang. Sumbat saja kat beg ini. Marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan plastik. 

2. The Hypercurl Easy Wash Mascara | Maybelline - RM24.00Aku jarang sekali pakai mekap. Tetapi suami aku suka aku pakai maskara. Jadi aku pun beli The Hypercurl Easy Wash Mascara (Maybelline). Aku suka sebab maskara ini bukan waterproof punya. Jadi senang nak bilas dan ambil air wudhu. 

3. OMG Powder Matte Lip Color | Silkygirl - RM22.00Walaupun aku jarang bermekap. Aku tak boleh tak pakai lipstik. Haha~ Aku rasa kalau tak pakai lipstik ni macam orang sakit. Muka pucat saja. Jadi aku cuba beli OMG Powder Matte Lip Color (Silkygirl). Aku beli no 8 (Sakura). Warna pink peach gitu. 
4. HappyMask Jeju Aloe Vera Face Mask - RM5.40Aku kalau buat rutin skincare, aku paling rajin buat sebelah malam berbanding pagi haha. Face Mask antara favourite aku kalau buat rutin skincare. Aku beli HappyMask Jeju Aloe Vera Face Mask 2 keping. Boleh buat face mask dengan suami. 
5. ANTABAX Antibacterial Shower Cream Cool - RM10.28Memandangkan shower cream kami dah nak habis, aku beli ANTABAX Antibacterial Shower Cream Cool (warna biru). Aku beli yang jenis refill punya. Lebih jimat gitu kan. Sebelum ini pernah guna Dettol Shower Gel. Tetapi rasa tak best pula guna. Jadi, kami pun beli balik sabun mandi Antabax. 
Total keseluruhan produk yang dibeli ialah RM92.06
Tak sampai pun RM200 sebenarnya. Sikit lagilah nak dekat RM200 haha~

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/05/apa-aku-beli-di-watsons-dan-guardian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Tips Beli Cincin Merisik Untuk Lelaki Meminang

Contoh Tips Beli Cincin Merisik Untuk Lelaki Meminang

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 308 hits
Contoh Tips Beli Cincin Merisik Untuk Lelaki Meminang Cincin dan perkahwinan sudah sangat sinonim sejak dulu Cincin kahwin cincin merisik dan tunang sudah menjadi perkara biasa dalam adat perkahwinan melayu Apapun mungkin ada di kalangan ki...
Pengalaman Berurusan Dengan Cash Converter Bisnes Jual Beli Barang Terpakai

Pengalaman Berurusan Dengan Cash Converter Bisnes Jual Beli Barang Terpakai

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 649 hits
Pernah dengar nama kedai Cash Converter Saya kenal nama tu sebab sering jumpa kawan dan minum di Nasi Kandar Pelita Plaza Shah Alam Kalau duduk di meja makan restoran tu di seberang jalan sana anda boleh nampak papan iklan Cash Converter Ke...
Beli Beg Arwah Founder Kosmetik Terkenal Wanita Terkejut Jumpa Buku Jampi

Beli Beg Arwah Founder Kosmetik Terkenal Wanita Terkejut Jumpa Buku Jampi

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 198 hits
Segala rezeki yang diberi adalah daripada Allah SWT dan mempercayai makhluk lain selain Allah boleh mendatangkan syirik bagi seseorang muslim
Hiburan Ibu Bapa Materialistik Anak Sulung Disuruh Beli Kereta Rumah Family Kalau Nak Kahwin

Hiburan Ibu Bapa Materialistik Anak Sulung Disuruh Beli Kereta Rumah Family Kalau Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 281 hits
Untuk memegang title sebagai anak sulung bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang kerana tanggungjawab yang dipikul boleh dikatakan seakan akan sama seperti ibu bapa Apabila seseorang itu merupakan anak pertama di dalam keluarga menjadi ...
Wanita Terkejut Jumpa Buku Jampi Lepas Beli Beg Preloved Founder Kosmetik

Wanita Terkejut Jumpa Buku Jampi Lepas Beli Beg Preloved Founder Kosmetik

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 335 hits
Satu pertemuan mengejutkan dikongsikan seorang wanita apabila dia tiba tiba terjumpa sebuah buku jampi dalam beg tangan yang dibelinya dari seorang pengasas produk kecantikan Jumpa dalam beg preloved saya beli Perkongsian ninarichii menunju...
Harga Emas Turun Beli Cincin Lotus Penghias Jari

Harga Emas Turun Beli Cincin Lotus Penghias Jari

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 454 hits
Harga Emas Turun Beli Cincin Lotus Penghias Jari Saya suka bercerita tentang inspirasi jual beli emas dan beli emas lagi Orang kata kenapa tak simpan duit untuk anak sambung belajar nanti mana tahu nak ikut jejak si abang belajar ke seberan...
Tak Pernah Beli Makanan Baby Maryam Masak Sendiri Untuk Anak Gigih Masak Malam

Tak Pernah Beli Makanan Baby Maryam Masak Sendiri Untuk Anak Gigih Masak Malam

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 331 hits
Jerit perih membesarkan anak sememangnya tidak mudah Boleh dikatakan sebaik mata celik hingga ke malam hari semuanya diperuntukkan waktu untuk si kecil Ini juga yang dilalui oleh Maryam You Narae anak kelahiran Korea Selatan yang ini meneta...
Cek Fakta Hoaks Spanduk Masjid Tolak Salat Jenazah Yang Tak Beli Tiket Formula E

Cek Fakta Hoaks Spanduk Masjid Tolak Salat Jenazah Yang Tak Beli Tiket Formula E

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 350 hits
Spanduk yang bertuliskan masjid menolak mensalatkan jenazah yang tidak membeli tiket Formula E adalah hasil editan
Tak Payah Beli Daging Wagyu Angus Ni Cara Masak Steak Super Sedap Lembut Berjus

Tak Payah Beli Daging Wagyu Angus Ni Cara Masak Steak Super Sedap Lembut Berjus

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 349 hits
Sesekali setiap kali hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran atau perkahwinan menu menu Barat menjadi pilihan kita Tak perlukan makan Steak dari hidangan restoran hebat apa kata kali ini kita sediakan sendiri di rumah Air tangan suami i...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Drama Seadanya Kita

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semua Susu Rosak Pernah Luah Kecewa Stok Susu Badan Rosak Tya Ariffin Terima Anugerah Ikon Selebriti Penyusuan Badan

Pokok Durian Belakang Rumah Bila Monyet Yang Dapat Dulu

Haram Baca Qunut Nazilah Jatuhkan Sesama Islam

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

The Role Of Ai And Machine Learning In Modern Sanction Screening Systems

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari