Anwar Yakin Ph Menang Pru 15



Perkembangan ekonomi dan politik yang kucar kacir pada era pemerintahan Perikatan Nasional (PN) merupakan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil alih teraju negara sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam program Minda Bicara Tokoh yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara, pagi tadi.
Menjawab soalan moderator Dr Mohammad Asri Mohd Ali, felow Majlis Profesor Negara mengenai langkah ke hadapan Anwar setelah diumumkan sebagai calon Perdana Menteri PH, Pengerusi PH itu berkomentar bahawa beliau tidak telalu teruja dicalonkan kerana telah beberapa kali dicalonkan sejak bertahun lalu
“Yang disebut bakal PM sudah puluh tahun. Saya tidak terpukau dengan keputusan begitu cuma ia berikan satu mandat jelas daripada pihak PH. Maknanya blok terbesar dalam negara sekarang ini (ada calon PM dan) dengan prinsip-prinsip yang diketengahkan (untuk menghadapi PRU)
“Kedua, mengandaikan bahawa ada peranan satu atau dua orang dalam PRU lalu tidak tepat. Dalam 2013 dari jumlah pengundi (popular) kita lebih besar.
“2018 saya tidak menafikan peranan Tun Mahathir tetapi gerakan rakyat (untuk berubah) itu telah lama, dia membantu, kita ucap terima kasih walaupun kemudian dia korbankan (kerajaan PH).
“Jadi saya yakin dengan perkembangan sekarang. Ekonomi begini, nasib Melayu terabai, jadi masa untuk mengangkat semula (kerajaan PH),” katanya.
Sebelum itu dalam ucaptamanya, Anwar menyentuh mengenai keperluan golongan ilmuan menjajarkan semula perjuangan menentang golongan elit politik yang membiarkan kuasa dan kekayaan berlegar di sekeliling mereka.
“Isu ini bagi saya mesti ditangani oleh golongan berilmu menyanggah pemikiran golongan elit politik. Umpamanya perkembangan muktakhir politik kita, iaitu pengkhianatan, kolompok-kelompok ini bersekongkol mengkhianati parti masing-masing dan memerintah.
“Walaupun saya pertikaikan keabsahannya (kerajaan PN), kalau mereka dapat memfokuskan hala tuju yang jelas, membela nasib rakyat, orang miskin, mengangkat mutu pendidikan, memartabatkan bahasa (maka tidak ditentang rakyat).
“Tetapi semua ini tidak ada. Tiada yang menunjukkan mereka ada komitmen apa-apa kecuali membeli untuk mempertahankan kuasa. Terutama bagi orang Melayu, walaupun ini dikatakan kerajaan pertama 90% Melayu. Tetapi bagi saya yang kita harus ukur bukan tokoh Melayu namun dasar yang dapat membela dan mempertahankan rakyat terbanyak,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, sudah tiba masanya struktur pembelaan ke atas rakyat Malaysia diubah dan tidak berasaskan kaum.
Dengan gagalnya dasar PN, katanya maka konsep Melayu diutamakan jelas tidak boleh dilaksanakan di Malaysia yang berbilang bangsa.
“Saya tak ungkapkan sangat dari segi kaum. Kalau kita bicara soal mutu pendidikan dan pendemokrasian pendidikan. Yang banyak menerima manfaat ialah golongan majoriti dan yang terlantar dan tersisih itu majoritinya Melayu.
“Di kalangan Melayu yang kaya pula memihak kepada elit penguasa, bukan kepada rakyat. Rumusannya dengan keadaan sedemikian, harus menekan kita terutama golongan elit untuk memikir semula pendekatan yang benar-benar mewakili hasrat rakyat dan memantapkan kedudukan negara,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31934

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Pru No Anwar No Dap Lepas Dah Menang Tak Mustahil Yes Anwar Yes Dap

Sebelum Pru No Anwar No Dap Lepas Dah Menang Tak Mustahil Yes Anwar Yes Dap

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 229 hits
Walaupun ia sekadar kemungkinan tp benda yg semacam ini tak boleh dibuat main main 22 bulan dah cukup terseksa walaupun masa tu PM bukan anwar dan jawatan tertinggi dipegang oleh dap hanya Menteri Kewangan namun polisi2 yg dilaksanakan hamp...
Calon Pm Pru 15 Saya Yakin Perkembangan Sekarang Anwar

Calon Pm Pru 15 Saya Yakin Perkembangan Sekarang Anwar

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 182 hits
POSTED BY AMIR WRLRPerkembangan ekonomi dan politik yang kucar kacir pada era pemerintahan Perikatan Nasional memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk mengambil alih teraju negara sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden KEADI...
Walau Dinafi Anwar Annuar Yakin 100 Audio Itu Tulen

Walau Dinafi Anwar Annuar Yakin 100 Audio Itu Tulen

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 224 hits
Selepas Ahmad Zahid Hamidi menafikan Presiden PKR Anwar Ibrahim juga turut menafikan bahawa beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden UMNO yang tersebar itu Ketua pembangkang itu turut mendakwa gerakan...
Syarat No Anwar No Dap No Bersatu Tu Hanya Gula Gula Sebelum Pru

Syarat No Anwar No Dap No Bersatu Tu Hanya Gula Gula Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 290 hits
Walaupun zahid jelas sebut no anwar no umno no dap tapi dia juga mengatakan bhw umno bn terbuka utk bekerjasama dgn mana2 pihak lepas PRU 15 yg boleh terima dominasi umno bn Maksudnya bagaimana Maksudnya jika anwar dan d4p boleh terima umno...
Dap Yakin Anwar Terima Pendiriannya Tidak Jalin Kerjasama Dengan Pemimpin Kleptokrat

Dap Yakin Anwar Terima Pendiriannya Tidak Jalin Kerjasama Dengan Pemimpin Kleptokrat

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA DAP menerima penafian Anwar Ibrahim mengenai rakaman audio kontrovesi baru baru ini dan yakin presiden PKR itu tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan pemimpin rasuah Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yakin Ketua P...
Ibrahim Ali Intai Kerusi Gombak Runding Parti Menang Pru

Ibrahim Ali Intai Kerusi Gombak Runding Parti Menang Pru

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR 11 April Parti Bumiputera Perkasa Malaysia tidak akan menyertai mana mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu kata Presidennya Datuk Ibr...
Pkr Perlis Yakin Rampas Semua Kerusi Parlimen Pru 15

Pkr Perlis Yakin Rampas Semua Kerusi Parlimen Pru 15

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 359 hits
PKR Negeri Perlis optimis tiga kerusi Parlimen mampu menjadi milik Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke 15 yang akan datang Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perlis Amran Kamaruddin keyakinan ini bukanlah satu omongan koson...
Pemukiman Ph Anwar Calon Pm Pru 15

Pemukiman Ph Anwar Calon Pm Pru 15

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 219 hits
Pemukiman pimpinan Pakatan Harapan di Port Dickson menyedari demokrasi di Malaysia telah dilemahkan dengan dasar dasar kerajaan Perikatan Nasional yang merosakkan kemampanan ekonomi dan memburukkan imej negara di mata antarabangsa Sehubunga...
Video Dan Foto Bicara Tentang Demokrasi Tapi Tidak Pada Kemiskinan Anwar Ibrahim

Video Dan Foto Bicara Tentang Demokrasi Tapi Tidak Pada Kemiskinan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 209 hits
Berbicara dalam sesi wacana Democracy Forum atas tema Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia anjuran International Strategy Institute di Kuala Lumpur pagi tadi yang turut melibatkan tokoh tokoh lain Saya bangkitkan soal ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord