Pemukiman Ph Anwar Calon Pm Pru 15



Pemukiman pimpinan Pakatan Harapan (PH) di Port Dickson menyedari demokrasi di Malaysia telah dilemahkan dengan dasar-dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang merosakkan kemampanan ekonomi dan memburukkan imej negara di mata antarabangsa.
Sehubungan itu, kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini menuntut agar negara segera diselamatkan dengan mengalahkan PN pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin diadakan seawal hujung tahun ini
“PH menginsafi pandemik Covid-19 telah mendatangkan dampak yang cukup mendalam kepada rakyat, ekonomi dan negara serta dasar-dasar PN yang jelas gagal menangani keadaan dalam negara
“Kami juga menyesali demokrasi di Malaysia telah parah akibat malapetaka pengkhianatan dan pembelotan politik yang terkutuk sehingga menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi itu sendiri luntur dan terhakis
“Oleh itu, kami usaha memulihkan negara terletak pada kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Justeru usaha menggembleng seluruh kekuatan perlu berasaskan prinsip dan agenda Reformasi, manakala kelangsungan kerajaan bergantung kepada kestabilan dan
keutuhan Politik,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Dengan itu, pemukiman pimpinan PH telah memutuskan 7 resolusi untuk dilaksanakan:
1) Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kempen PRU ke-15 dan seterusnya diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia;
2) Kami mendesak Perdana Menteri untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan senafas dengan itu menamatkan Darurat;
3) Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh PH dalam mendepani PRU ke-15, seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah negara dengan amanah, demokratik dan adil;
4) Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibu kota baharu
Indonesia di Kalimantan;
5) Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto PH;
6) Kami mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda Reformasi demi kepentingan rakyat; dan
7) Kami akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada rakyat berkait pendirian dan tawaran PH menyentuh isu ekonomi rakyat, kestabilan politik dan krisis pandemik Covid-19.
Pemukiman selama 2 hari pada 8 dan 9 April 2021 itu dihadiri pemimpin-pemimpin utama PH seperti Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Selain itu, pemukiman juga dihadiri anggota-anggota Majlis Presiden PH, ketua wanita dan pemuda di samping Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31930

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Pru 15 Saya Yakin Perkembangan Sekarang Anwar

Calon Pm Pru 15 Saya Yakin Perkembangan Sekarang Anwar

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 190 hits
POSTED BY AMIR WRLRPerkembangan ekonomi dan politik yang kucar kacir pada era pemerintahan Perikatan Nasional memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk mengambil alih teraju negara sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden KEADI...
Hampir 90 Peratus Nama Calon Pru 15 Telah Dikemukakan Saifuddin

Hampir 90 Peratus Nama Calon Pru 15 Telah Dikemukakan Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 188 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa partinya telah menerima hampir 90 nama calon yang layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Beliau berkata kebanyakan negeri dan cabang parti telah ...
Anwar Ketuai Kempen Pru15 Ph Calon Pm

Anwar Ketuai Kempen Pru15 Ph Calon Pm

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 379 hits
Anwar IbrahimKuala Lumpur Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan akan mengetuai kempen Pilihan Raya Umum ke 15 bagi pakatan itu dan seterusnya diangkat sebagai calon Perdana Menteri Ketetapan itu diputuskan selepas Pem...
Pru15 Ph Namakan Anwar Calon Pm

Pru15 Ph Namakan Anwar Calon Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 177 hits
Malaysiakini Pakatan Harapan memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka pada pilihan raya akan datang Gabungan itu yang terdiri daripada PKR DAP dan Amanah juga memutuskan terbuka untuk rund...
Anwar Ketuai Ph Calon Pm Untuk Pru15 Kata Pakatan

Anwar Ketuai Ph Calon Pm Untuk Pru15 Kata Pakatan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 208 hits
Anwar ketuai PH calon PM untuk PRU15 kata Pakatan Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Apr 2021 7 07PM
Amk Kota Raja Lulus Usul Sokong Ds Anwar Calon Pm Ke 9

Amk Kota Raja Lulus Usul Sokong Ds Anwar Calon Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 192 hits
katan Muda KEADILAN Cabang Kota Raja semalam meluluskan usul utama menyokong Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Menurut kenyataan AMK Kota Raja Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja k...
Anwar Yakin Ph Menang Pru 15

Anwar Yakin Ph Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 252 hits
Perkembangan ekonomi dan politik yang kucar kacir pada era pemerintahan Perikatan Nasional merupakan peluang kepada Pakatan Harapan untuk mengambil alih teraju negara sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden KEADILAN Datuk Seri An...
Syarat No Anwar No Dap No Bersatu Tu Hanya Gula Gula Sebelum Pru

Syarat No Anwar No Dap No Bersatu Tu Hanya Gula Gula Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 299 hits
Walaupun zahid jelas sebut no anwar no umno no dap tapi dia juga mengatakan bhw umno bn terbuka utk bekerjasama dgn mana2 pihak lepas PRU 15 yg boleh terima dominasi umno bn Maksudnya bagaimana Maksudnya jika anwar dan d4p boleh terima umno...
Sebelum Pru No Anwar No Dap Lepas Dah Menang Tak Mustahil Yes Anwar Yes Dap

Sebelum Pru No Anwar No Dap Lepas Dah Menang Tak Mustahil Yes Anwar Yes Dap

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 234 hits
Walaupun ia sekadar kemungkinan tp benda yg semacam ini tak boleh dibuat main main 22 bulan dah cukup terseksa walaupun masa tu PM bukan anwar dan jawatan tertinggi dipegang oleh dap hanya Menteri Kewangan namun polisi2 yg dilaksanakan hamp...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur