Anwar Wajar Bersara Sebab Dah Gagal Banyak Kali



KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya mempertimbangkan pendekatan sama seperti bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersara daripada politik.
Ini kerana beliau dilihat gagal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor, malah dakwaan beliau mempunyai sokongan kukuh serta meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menjadi kenyataan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, meskipun akar umbi dilaporkan masih memerlukan khidmatnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Anwar sudah sepatutnya berundur setelah kredibilitinya sebagai Ketua Pembangkang dipertikai.
“Berdasarkan kajian kami pada PRN Melaka dan Johor, tahap penerimaan rakyat di dua negeri ini sangat rendah. Melihat pada populariti beliau, nisbahnya dikatakan sebagai pudarnya karisme Anwar. Pemikiran beliau sudah tidak setajam dahulu dalam memimpin parti.
“Adalah munasabah untuk rakan-rakan parti Pakatan Harapan (PH) melihat hal ini kerana faktor pemudaran kepimpinan beliau disebabkan beberapa kekhilafan dalam membuat keputusan untuk PKR dan PH, yang menyebabkan rakyat yang pernah mengundi mereka dahulu sudah tidak lagi menyokong,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, kata Hisomuddin, pandangan mungkin berbeza pada ahli-ahli PKR yang masih memerlukan Anwar mengemudi parti dan seluruh pembangkang di negara ini, walaupun wujud tekanan supaya beliau tidak lagi mencampuri urusan politik.
“Saya yakin, ahli PKR masih melihat kepemimpinan beliau diperlukan dan saya tidak menolak jika Anwar masih kekal sebagai calon Presiden,” katanya.
Pada 23 September 2020, Anwar mendakwa kerajaan PN ketika itu ditadbir bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tumbang selepas memperoleh majoriti kukuh dan meyakinkan membentuk kerajaan baharu.
Hingga satu tahap, beliau mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat kepada Istana Negara tanpa sebarang nama, bagaimanapun, jumlah sokongan tersebut masih tidak diketahui sehinggalah Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri baharu manakala impian Anwar menyandang jawatan nombor satu negara belum kesampaian.
Tidak cukup dengan itu, PKR gagal mendapat sebarang kerusi pada PRN di Sarawak dan Melaka, manakala hanya menang dua kerusi di Sabah dan satu kerusi DUN di Johor.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berpandangan, selagi majoriti Bahagian PKR secara konsensus memilih supaya Anwar bertahan, beliau wajar untuk berada di kedudukannya sekarang.
Jjika Bahagian PKR menolaknya, kata beliau, Anwar perlu membuat keputusan dirasakan terbaik termasuk berundur daripada parti.
“Barangkali belum ada lagi pemimpin mampu mengisi kedudukan Anwar, walaupun alami beberapa kekalahan pilihan raya. Kita pernah sahaja melihat parti-parti lain kalah, tapi pemimpinnya masih belum berundur.
“Jadi, pilihan raya sahaja belum cukup dijadikan asas melainkan pemimpin itu rasa bertanggungjawab mengambil keputusan ini. Rasanya beliau tidak perlu berundur selagi ahlinya sendiri tak meminta untuk Anwar berbuat demikian,” katanya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/anwar-wajar-bersara-sebab-dah-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Mahacai Dok Ulang Cerita Krajaan Ph Gagal Tunai Janji Habis Yang Tak Sampai 22 Bulan Pun Lagi Banyak Gagal

Ramai Mahacai Dok Ulang Cerita Krajaan Ph Gagal Tunai Janji Habis Yang Tak Sampai 22 Bulan Pun Lagi Banyak Gagal

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 116 hits
Ceritera yang biasa dimainkan oleh cytro UMNO rakyat dah beri peluang kepada PH dalam PRU14 tapi PH tak perform Sebagai hujah balas kita boleh kata yang 22 bulan itu bukan PH yang sebenar Itu PH di bawah kuasa Mahathir yang anti reform PH d...
Ridwan Kamil Akui Jabar Butuh Lebih Banyak Petani Milenial

Ridwan Kamil Akui Jabar Butuh Lebih Banyak Petani Milenial

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 97 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil berharap petani dapat melek teknologi informasi agar layak disebut sebagai petani milenial Hal itu diungkapkan dalam Inaugurasi Petani Milenial di Auditorium Fakultas Ekonomi dan Manajemen IPB University Kab...
Banyak Semut Di Rumah Campurkan 2 Bahan Ni Lepas Sembur Dah Tak Datang

Banyak Semut Di Rumah Campurkan 2 Bahan Ni Lepas Sembur Dah Tak Datang

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 246 hits
Pantang tinggal makanan sekejap cepat je semut hurung Lebih lebih lagi makanan atau minuman manis memang kesukaan semut Semut di rumah ni ada ketikanya boleh buat kita naik darah Sangat jarang kita nampak semut sekor mesti dengan kaum kerab...
Apa Faedah Najib Bela Sapura Banyak Syarikat Lain Merana

Apa Faedah Najib Bela Sapura Banyak Syarikat Lain Merana

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 136 hits
Apa faedah Najib bela Sapura banyak syarikat lain merana Posted By on March 25 2022Pembelaan berterusan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak ke atas syarikat Sapura Energy Berhad menimbulkan pelbagai tanda tanya di tengah tengah ribua...
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 119 hits
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya DAGING lembu dan kambing memang enak tetapi hati hati sekiranya makan secara berlebihan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan Secara dasarnya dagin...
Bukan Takut Diperintah Melayu Tapi Rasuah Makin Banyak Bila Dilatih Oleh Ketua Melayu Yang Korup

Bukan Takut Diperintah Melayu Tapi Rasuah Makin Banyak Bila Dilatih Oleh Ketua Melayu Yang Korup

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 114 hits
Usah takut ditadbir parti Melayu kata Dr M March 27 2022 Dr Mahathir Mohamad berkata orang Cina lebih makmur di bawah pemerintahan Melayu berbanding British PETALING JAYA Orang bukan Melayu tidak perlu takut sekiranya ditadbir parti Melayu ...
Artis Indonesia Yang Paling Banyak Mendapat Penghargaan Bertalenta

Artis Indonesia Yang Paling Banyak Mendapat Penghargaan Bertalenta

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 165 hits
Ada yang menyabet hampir 200 piala penghargaan kemampuan mereka memang tak perlu diragukan
Banyak Tantangan Pemilu Online

Banyak Tantangan Pemilu Online

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 125 hits
Hanya saja penerapannya tak mudah Banyak tantangan dan hambatan yang perlu dituntaskan sebelum melangkah lebih jauh
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally