Anwar Tidak Perlu Sokongan Pas Untuk Ganti Dr M



Anwar Ibrahim sememangnya tidak memerlukan sokongan PAS untuk diangkat sebagai perdana menteri kelapan selepas kesemua ahli Parlimen parti Islam itu sebulat suara memberi sokongan terbuka kepada pimpinan Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui Putrajaya sehingga habis penggal, kata penganalisis.

Hal ini kerana, kedua-dua pihak antara presiden PKR itu dan PAS mempunyai hubungan berbentuk ‘mutual hatred’ iaitu sikap saling membenci dan tidak memerlukan satu sama lain.

“Anwar sendiri tidak memerlukan sokongan PAS untuk menjadi perdana menteri kerana beliau sudah mempunyai sokongan mencukupi daripada PH (Pakatan Harapan) selaras dengan muafakat dalaman antara pemimpin PH,” kata Kamarul Zaman Yusof ketika dihubungi.

Tambah beliau, walau apa pun yang dibuat oleh Anwar untuk memenangi hati PAS tidak akan berjaya kerana ia dilihat berpendirian untuk tidak menyokong beliau.

“Ini kerana pendirian Anwar mengenai isu agama dan kebangsaan terlalu jauh berbeza dengan pendirian PAS.

“Tambahan pula kenaikan Anwar sebagai perdana menteri adalah bergantung kepada sokongan DAP, dan tidak ada jalan untuk PAS menerima DAP,” katanya.

Minggu lalu, enam ahli Parlimen BN dan kesemua 16 ahli Parlimen PAS tampil memberi sokongan agar Mahathir meneruskan mandat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Mereka dilaporkan berkata peralihan kuasa tidak membawa sebarang manfaat kepada negara.

Sementara itu, Mohamed Mustafa Ishak turut berpandangan sama dengan mengatakan PAS masih meragui keupayaan Anwar untuk mengawal DAP dalam kerajaannya nanti.

“Atau barangkali ia adalah satu pendirian yang telah ditetapkan oleh PAS sendiri. Justeru, Anwar perlu terus berusaha memujuk PAS sekiranya sokongan PAS diperlukan olehnya,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohamed Mustafa tidak menolak kemungkinan PAS bersikap sedemikian kerana tersinggung dengan tuduhan oleh Anwar terhadap parti itu, terutamanya melibatkan dakwaan PAS pernah menerima dana RM90 juta dari Umno.

“PAS mungkin amat tersinggung dan kecewa dengan tuduhan yang dibuat itu,” katanya merujuk kepada dakwaan Anwar, yang juga ahli Parlimen Port Dickson dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan, pada April lalu, mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin PAS dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.

Dakwaan itu disambut Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang meminta Anwar mendedahkan identiti pemimpin PAS yang didakwa menerima dana 1MDB, hasil pemberian Umno.

Untuk rekod, tiada sebarang pendedahan dibuat sehingga hari ini... lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/anwar-tidak-perlu-sokongan-pas-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Pas Umno Tidak Relevan Anwar Jawab Isu Jawatan Pm

Sokongan Pas Umno Tidak Relevan Anwar Jawab Isu Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 312 hits
October 26 2019 12 45 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti yang berkuasa akan menentukan pimpinan kerajaan termasuk memberi sokongan kepada Dr Mahathir sebagai perdana menteri BANGI Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak terkejut dengan tin...
Banning Dap Can Endanger Pas Too Says Anwar

Banning Dap Can Endanger Pas Too Says Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 353 hits
PKR president Anwar Ibrahim says calling for a ban on a political party is dangerous KAJANG PKR president Anwar Ibrahim has accused PAS of practising old politics for calling for a ban on DAP saying it could backfire on the Islamist party A...
Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 361 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar PAS kerana menggesa Putrajaya mengharamkan DAP susulan beberapa pimpinan parti itu dikaitkan dengan isu buku komik kontroversi diharamkam dan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Anwar berkat...
Anwar Definitely Taking Over From Mahathir In May 2020 Rayer Tells Pas And Umno

Anwar Definitely Taking Over From Mahathir In May 2020 Rayer Tells Pas And Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 468 hits
DAP s Jelutong MP RSN Rayer today hit out at the MPs from Umno and PAS who had voiced support for Dr Mahathir Mohamad completing the full five year term as prime minister saying there could be ulterior motives at play In a statement he rais...
Pas Hits Back At Anwar For Telling It To Zip It Over Dap Ban

Pas Hits Back At Anwar For Telling It To Zip It Over Dap Ban

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 346 hits
PAS has hit back at PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim for warning them to stop calling for DAP to be banned PAS secretary general Datuk Takiyuddin Hassan questioned if Anwar was threatening the Islamist party to zip it Why is Anwar try...
Kerajaan Perpaduan Umno Pas Cuba Halang Anwar Pm Ke 8

Kerajaan Perpaduan Umno Pas Cuba Halang Anwar Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 314 hits
Pelbagai berita kononnya terdapat ura ura beberapa parti komponen Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan Umno dan Pas adalah karut semata mata Gerakan ke arah penyatuan politik Melayu itu dimulai dengan cadangan Timbalan Presiden Umno Moha...
Anwar Beri Kebebasan Penuh Kepada Rafizi Dan Sentiasa Memberikan Sokongan Kepadanya

Anwar Beri Kebebasan Penuh Kepada Rafizi Dan Sentiasa Memberikan Sokongan Kepadanya

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 220 hits
Baru baru ini di dalam program anjuran ARK Kerajaan Baharu Adakah Naratifnya Baharu yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden Jalan Pudu KL Presiden Keadilan YB Dato Seri Anwar Ibrahim telah ditanya oleh salah seorang peserta forum tentang ...
Pas Tolak Jawatan Exco Perlis

Pas Tolak Jawatan Exco Perlis

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 245 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mendedahkan parti itu ada menerima tawaran daripada kerajaan negeri Perlis bagi bagi jawatan exco Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata PAS mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran te...
Untuk Umat Islam Sejahtera Pas Atau Dap Patut Diharamkan

Untuk Umat Islam Sejahtera Pas Atau Dap Patut Diharamkan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 382 hits
Pas baru baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara Beberapa persoalan segera bermain main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada dada media Pertama Pas adalah parti pemba...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Tamago Kake Gohan

Terimalah Kekurangan Sahabat Kita



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Shapellx Shapewear Your Guide To A Perfect Look

Enhancing Your Pubg Mobile Experience A Guide To Unknown Cash

Jamuan Saka Di Ruang Tamu

Puisi 35 Takdir

Raya Raya Raya 2024

Siput Serang Tanaman