Anwar Beri Kebebasan Penuh Kepada Rafizi Dan Sentiasa Memberikan Sokongan Kepadanya
Baru-baru ini, di dalam program anjuran ARK (Akademi Keadilan) "Kerajaan Baharu" - Adakah Naratifnya Baharu?, yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu, KL , Presiden Keadilan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah ditanya oleh salah seorang peserta forum tentang Sdr Rafizi Ramli yang dilihat seolah-olah terpinggir dan menyepikan diri setelah banyak membantu PH di dalam kempen memenangi PRU14 yang lalu
Anwar telah memberikan jawapan bahawa Sdr Rafizi sekarang adalah Naib Presiden Keadilan, beliau berhak untuk melaksanakan tugasnya di mana-mana sekalipun dan beliau selaku Presiden akan menyokongnya. Meskipun para hadirin mahukan Anwar menjawab atau mengulas panjang lebar sedikit tentang Sdr Rafizi, namun melihat kepada waktu yang terhad untuk Anwar menjawab beberapa soalan lain, jawapan pendek Anwar itu sudah cukup memberikan isyarat jelas bahawa sokongan dan kepercayaan Anwar terhadap Rafizi masih utuh
Ramai tertanya-tanya, mengapa Sdr Rafizi dilihat "menyepi"? Adakah beliau merajuk? Sebenarnya beliau tidak menyepi, beliau masih memberikan pandangannya samada melalui twitter mahupun FB pagenya. Tiada sebab untuk beliau merajuk kerana beliau sejak awal lagi sewaktu di dalam kempen PRU14 yang lalu telah menyatakan hasrat untuk berehat agak lama selepas PRU14 bagi menumpukan kepada banyak kes mahkamah yang dihadapinya. Apatah lagi, setelah PRU14 yang lalu beliau kerap mengalami masalah kesihatan. Mungkin akibat terlalu kuat bekerja siang dan malam sebelum ini menjadikan kesihatannya sedikit terjejas, maka selepas PRU14 yang lalu, itulah waktu yang sesuai untuk beliau berehat bersama keluarga
Namun demikian, sebagai pejuang politik, bercuti atau berehat tidaklah sama dengan percutian orang biasa. Tangannya masih bisa menulis untuk menyatakan sesuatu perkara dan isu khususnya berkaitan politik. INVOKE masih berfungsi walaupun tidak serancak sewaktu berkempen dahulu. INVOKE kini berperanan lebih kepada memantau aras sokongan rakyat kepada kerajaan PH dari semasa ke semasa. Bahkan, Sdr Rafizi turut turun membantu kempen PH di PRK di Port Dickson dan di Rantau. Waktu itu, beliau berkeadaan kurang sihat dan cergas sepenuhnya, namun tetap turun membantu kempen
Benar, Sdr Rafizi kadangkala berbeza pendapat dengan Anwar. Beliau tidak mahu melihat Anwar dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang bakal merosakkannya. Itu sahaja tujuan Rafizi. Anwar pula ada pandangannya sendiri dan ini dihormati oleh Rafizi. Walaupun berbeza sedikit sebanyak, Rafizi tidak pernah biadab dan kurang ajar terhadap bosnya itu. Rafizi tahu adab dan akhlak. Tidak seperti beberapa pimpinan parti yang lain, bila telah berjawatan dan berkedudukan, pantang ditegur oleh Anwar, terus sombong, ego dan biadab
Marilah kita bersama berdoa agar Sdr Rafizi dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberikan keringanan dan kemenangan di dalam kes-kes mahkamah yang bakal dihadapinya tidak beberapa lama lagi. Rakyat mendambakan susuk tubuh anak muda ini kembali aktif di persada politik tanahair di samping Anwar Ibrahim dan membantu Anwar membangunkan negara ini sebaik sahaja Anwar ditabalkan sebagai PM ke 8 nanti, InsyaAllah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wfauzdin.blogspot.com/2019/10/anwar-beri-kebebasan-penuh-kepada.html