Anwar Sifatkan Muda Sebagai Rakan Baru


malaysiakini.com
Fion Yap
Diterbitkan: Feb 14, 2022 8:34 PM

PRN JOHOR | Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka menggelar parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai "rakan" walaupun timbul pergeseran antara kedua-dua parti itu baru-baru ini

Pada majlis pelancaran kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru hari ini, Anwar memulakan ucapannya dengan menyifatkan Muda sebagai "rakan baru".

"Saya harap jentera parti masing-masing melihat ke depan, meninggalkan pengalaman yang menyinggung sebelum ni. Pastikan hala tuju kita jelas memartabatkan rakyat, kembalikan mandat rakyat untuk mengalahkan kerajaan BN," katanya.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ucapannya mengakui ada "kejanggalan" sebelum ini kerana terdapat tanggapan bahawa parti itu akan berentap menentang parti pembangkang lain.

Syed Saddiq berkata, Muda dibentuk untuk merombak struktur kepimpinan di Putrajaya dan oleh itu perlu bekerjasama dengan parti lain.

"Dalam kita ingin merangka hala tuju negara penting untuk kita kenali siapa lawan dan siapa kawan.

"Mana kita boleh bekerjasama patut kita kerjasama, mana tidak boleh, kurangkan pertindihan kerana tanggungjawab hakiki adalah memastikan lepas hari mengundi kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan di kalangan pimpinan pembangkang bukan Umno BN," katanya.

Meskipun bukan komponen rasmi dalam PH, Muda telah menjalin kerjasama secara individu dengan PKR, DAP dan Amanah.

Bagaimanapun, rundingan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama di kalangan PKR dan Amanah.

Sementara itu, Anwar berkata PH perlu menentang BN di Johor kerana kerajaan negeri Johor tidak tertakluk kepada perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang dimeterai antara PH dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Anwar mengakui bahawa walaupun Ismail Sabri telah memenuhi sebahagian daripada perjanjian itu, ia bergantung kepada kelulusan undang-undang anti-lompat parti pada sidang parlimen akan datang.

"Tidak mungkin MOU tu bertahan sekiranya jika tak dilulus dalam parlimen sesi yang akan datang, maka itu titik tolaknya.

“Kalau setuju rundingan boleh teruskan kalau tidak terbatal dengan sendiri MOU itu," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/anwar-sifatkan-muda-sebagai-rakan-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Berbincang Bersama Dap Dan Amanah Runding Kerusi Beri Muda Mana Anwar Hilang

Tak Berbincang Bersama Dap Dan Amanah Runding Kerusi Beri Muda Mana Anwar Hilang

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 350 hits
agendaily com11 2 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal menyatukan parti pembangkang dibawah satu khemah besar DAP dan parti Amanah berbincang bersama dalam isu pembahagian kerusi kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia yang dimuktamad...
Anwar Dedah Punca Utama Beliau Tidak Dilantik Sebagai Perdana Menteri

Anwar Dedah Punca Utama Beliau Tidak Dilantik Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 398 hits
PETALING JAYA Kewujudan golongan konglomerat yang menaja parti politik tertentu dalam pilihan raya bakal melemahkan agenda reformasi untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata disebabkan o...
Muda Denies Anwar S Claim It Is Eyeing 10 Seats In Johor Says To Use Own Logo In Campaign

Muda Denies Anwar S Claim It Is Eyeing 10 Seats In Johor Says To Use Own Logo In Campaign

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 312 hits
Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman arrives at the Kuala Lumpur High Court December 14 2021 Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Feb 8 The Malaysian United Democratic Alliance has denied suggestions that it had set conditions on th...
Prn Johor Muda Bersama Anwar Dan Ph

Prn Johor Muda Bersama Anwar Dan Ph

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 311 hits
tuncarlos com KULAI Parti Ikatan Demokratik Malaysia hampir pasti bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk brrtanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse berkata perbincangan antara PH dan Muda se...
Anak Muda Mesti Bawa Suara Hati Rakyat Anwar

Anak Muda Mesti Bawa Suara Hati Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 269 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia digesa membawa suara hati anak muda dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini Hal itu dinyatakan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pelancaran jentera AMK PRN Johor tengah hari tadi M...
Sidang Media Bersama Ds Anwar Ibrahim Angkatan Muda

Sidang Media Bersama Ds Anwar Ibrahim Angkatan Muda

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 321 hits
Majlis Pelancaran Jentera Angkatan Muda KEADILAN bagi Pilihanraya Negeri Johor disempurnakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim Presiden KEADILAN ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR
Muda Perlu Hormat Rakan Kerjasama Jangan Jadi Liabiliti Kepada Ph

Muda Perlu Hormat Rakan Kerjasama Jangan Jadi Liabiliti Kepada Ph

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 255 hits
Parti Muda seharusnya berlapang dada dengan kemunculan pertamanya dalam pilihan raya setelah mendapatkan sejumlah kerusi daripada DAP dan Amanah Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Aizuddin Ariffin presiden parti anak m...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini