Anwar Semakin Dia Berahi Semakin Netizen Menyampah


Video lelaki yang memanggil dirinya Haziq Aziz di atas katil dengan jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali itu bukan watikah. Watikah memberi makna surat tauliah atau surat kuasa. Justeru video Haziq bukan surat watikah, bukan surat tauliah dan bukan surat kuasa untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Malaysia. Amin.

Keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri telah meluap dan melampau-lampau. Kerana itu, ada puak yang menganggap dengan terpancut keluarnya video Haziq maka inilah watikah untuk Anwar Ibrahim.

Watikah rasmi untuk menobatkan Anwar sebagai pengganti Mahathir. Salah. Ia bukan pandangan songsang. Ini pandangan salah.

Biar saya jelaskan kenapa video Haziq ini bukan watikah.

Video itu tidak menjadi watikah bukan kerana lakonan Haziq yang kaku. Atau cara sondolan Haziq tidak memberahikan. Tidak. Juga bukan kerana klip video itu tidak erotik – membosankan dan hinggakan dinobatkan ke dalam genre pinoy gay sebagai klip ‘potong stim’.

Video Haziq bukan watikah bukan kerana klip itu boleh ditafsirkan sebagai menghina babak ranjang dua lelaki. Atau kerana video itu tidak berjaya menggambarkan gelora ranjang demi membuktikan hubungan cinta kasih sayang yang telah terjalin bertahun-tahun.

Haziq mengakui yang dia telah mengenali Azmin lebih dari empat tahun. Tapi hanya ada peluang bersama-sama sebanyak empat kali.

Empat kali sekatil dalam empat tahun - ini pengakuan Haziq. Ini fakta sedih. Cinta terhalang. Lebih sedih daripada cinta Uda dan Dara. Lebih berair mata daripada cinta Tragedi Oktober tulisan Yusof Haslam. Lebih trajis daripada kisah cinta Ali dan Nino garapan Kurban Said.


Kalaulah pencahayaan baik

Tapi untuk pasangan yang lama tak berjumpa, jika ada peluang tentulah boleh dibayangkan kesannya.

Seharusnya Haziq dilihat sebagai seorang matador yang mahu menundudukan seekor lembu jantan ganas. Tapi ia gagal digambarkan. Dua jantan dalam video itu seolah-olah tertelan pil tidur atau terhisap hashih dari Mazari Sharif Afghanistan. Kah kah kah.

Lupakan bagaimana teknik pencahayaan yang gagal sehinggakan Hamid Bador terpaksa membuat kenyataan rasmi. Menurut Ketua Polis Negara itu pihak penyelidik gagal untuk mengenal pasti siapa watak utama dalam video berkenaan.

Pada hemat saya jika pencahayaannya baik mungkin ada peluang untuk polis - dan juga kita semua - dapat mengenal siapakah sosok dalam video tersebut.

Kalau pencahayaan video itu dibuat dengan teliti pasti tidak perlu si Haziq duduk di kerusi kayu Maharaja China untuk membuat pengakuan. Brad Pitt tidak perlu membuat satu klip video "…. I am the actor Brad Pitt in the film Fight Club…". Tak pernah - tak perlu dan mustahil - pekara ini akan berlaku di Holywood.

Video kedua pengakuan Haziq selama 33 saat muncul sehari sesudah video pertama tersebar. Ia pengakuan bersumpah Haziq yang duduk di atas kerusi kayu Maharaja China.

Klip berkenaan akan diingati dalam sejarah YouTube Malaysia sebagai klip Bangang bin Bodoh.
Haziq yang sado dengan bangganya membuka mulut mengaku bahawa dirinya adalah sosok yang diranjang bersama jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali.

Selesai sahaja ayat pengakuan bersumpah itu si Haziq terus mendesak agar SPRM menyiasat kes rasuah Azmin Ali. Kemudian si Haziq membuat rumusan bahawa Azmin tidak layak untuk menjadi pemimpin. Kah kah kah.

Apa sangkut-paut bersemburit dengan tugas kerja SPRM? Apakah setelah di atas ranjang maka Haziq berpendapat bahawa Azmin Ali tidak layak untuk menjadi pemimpin?

Apa hubungan sosok Azmin dengan keupayan menjadi pemimpin? Apakah kerana sosok itu lembik dan pahit atau pedas maka Haziq kecewa lalu mahu membuat laporan kepada SPRM?


Projek khas tuntas berahi

Apakah Latifah Koya a.k.a Kat Lat ketua SPRM yang baru dilantik akan tertarik dengan kes mulut Haziq yang terkena lada? Hairan bin Takjub. Pelik anak lelaki Melik. Amin.

Sampai dunia kiamat dan selagi YouTube wujud klip berkenaan akan menjadi bahan ilmu. Menjadi contoh untuk dijadikan sempadan agar tidak ada lagi penulis skrip yang akan menulis skrip sedemikan. Melainkan…

Melainkan apa?

Melainkan sang penulis mahu menulis skrip untuk menggarap filem surreal seperti filem surreal tersohor, Un Chien Andalou atau Anjing Andalusia.

Filem surreal itu adalah garapan Louise Bunuel dan Salvador Dali.

Saya ulangi: filem itu garapan pelukis surreal Salvador Dali. Pelukis itu tidak ada sangkut-paut dan tidak ada bau-bau bacang dengan Salvador Wafa setiausaha politik Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan dari lokap.

Hakikatnya, amat jelas anggapan video Haziq sebagai watikah untuk Anwar menjadi PM telah bocor meleset. Apabila watikah yang digarap gagal, maka apa seterusnya?

Jeng jeng jeng.

Sebenarnya keberahian Anwar Ibrahimlah yang menjadi latar belakang terpancutnya video Haziq. Video itu sebahagian daripada projek untuk menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Justeru video Haziq boleh ditafsirkan sebagai satu projek khas untuk mentuntaskan keberahian Anwar Ibrahim. Khalas.

Sebelum berlabon panjang ada beberapa perkara yang wajib saya jelaskan. Pekara ini wajib saya terangkan sebagai fakta hitam putih dalam tulisan ini.

Adalah benar lagi tepat bahawa ketika PH berkempen dalam PRU14 dahulu ada dinyatakan dalam ceramah: Mahathir dicadangkan sebagai pedana menteri, Dr Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menunggu.


Kempen mengolah persetujuan

Kempen PRU14 - Jelajah Harapan - bermula pada 25 Feb 2018 di Alor Gajah, Melaka dan berakhir pada 4 Mei, juga di Melaka. Di setiap ceramah Jelajah Harapan pasti ada seorang - atau lebih - penceramah yang akan mengeluarkan pekara siapa akan menjadi perdana menteri dan siapa timbalan.

Hanya Mahathir dan Wan Azizah sahaja yang tidak pernah bersuara tentang pekara itu dalam Jelajah Pakatan. Jadi lawak jika Mahathir atau Wan Azizah akan berkata:
"… Sayalah Mahathir bakal perdana menteri..." atau "Saya Wan Azizah bakal timbalan perdana menteri… undilah Pakatan Harapan…"

Semua itu tidak terjadi.

Pada 6 Apr 2018 Jelajah Harapan sampai ke Pasir Gudang, Johor. Pada malam itu logo bersama telah diumum secara rasmi. PH akan menggunakan hanya satu logo – lambang PKR. Gedebe-gedebe PH ramai yang hadir di Pasir Gudang.

Dan pada malam bersejarah itu Mat Sabu secara rasmi mengumumkan Mahathir dan Wan Azizah sebagai pucuk pimpinan kerajaan PH. Jika PH menang PRU14 maka Anwar - yang masih dalam penjara kerana kesalahan meliwat - akan dicadangkan untuk diberi pengampunan.

Dalam kempen PRU14 Anwar dihebohkan sebagai perdana menteri menunggu. Amin.

Apa makna ucapan tersebut? Apa makna Mahathir dicalonkan untuk menjadi perdana menteri sekali lagi? Apa makna Wan Azizah menjadi timbalan perdana menteri?

Hakikatnya - isi ucapan itu adalah kempen untuk mengolah persetujuan orang ramai. Jelajah Harapan bertujuan untuk mendapatkan undi orang ramai. Kempen untuk memperlihatkan bahawa PH memiliki calon perdana menteri dan calon timbalan perdana menteri.

Jelajah Harapan mewujudkan persepsi kepada bakal pengundi bahawa PH yang baru bergabung adalah gabungan mantap. PH adalah pengganti BN yang dipimpin oleh Najib.

Berkempen ialah bekerja untuk mengolah persetujuan. Isi kempen inilah yang akan menjaya atau menggagalkan pengolahan. Anak semua bangsa, bangsa semua agama, di Malaysia mahu tahu siapa yang akan meneraju kerajaan baru jika PH menang.

Justeru nama Mahathir dikedepankan.

Hasil pengolahan itu berjaya. Pada 9 Mei 2018 PH mendapat sokongan rakyat. Pada malam 9 Mei 2018 pucuk pimpinan PH pergi ke Istana Negara. Tujuannya, untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah PH yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad.

Jeng jeng jeng.

Apa terjadi? Saya telah menulis panjang lebar tentang projek sailang Mat Songel. Bagaimana wujudnya satu perancangan licik untuk membatalkan pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri pada malam 9 Mei 2018.

Ini bukan dongeng. Ini bukan penglipur lara daripada Hishamuddin Rais. Fakta demi fakta sudah muncul untuk mengabsahkan apa yang saya tulis.

Tulisan saya kali ini sedikit sebanyak pasti berjaya memberi pencerahan terhadap makna, tanda dan latar belakang video Haziq.

Tapi saya masih gagal memberi jawapan kepada soalan kurun ini. Soalan hot hot hot. Soalan penyelamat nyawa. Soalan ini pernah ditanyakan kepada Hishamuddin Rais oleh ketua pengarang majalah Time edisi Asia, Tuan John Colmey pada 1997.

"Mister Rais, will Anwar Ibrahim be the next Prime Minister of Malaysia…?"

Terjemahan: "Encik Rais, apakah Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia…?"

Pada 1998 – saya langsung tidak marah apabila si Mat Salleh itu menggunakan nama arwah saya untuk memanggil saya. Ini budaya Eropah.

Pengarang majalah Time ini amat yakin yang Anwar akan menjadi perdana menteri. Pembacaan politik agak rendah pada ketika itu. Ini kerana saya baru saja pulang dari 20 tahun berkelana.

Tapi bacaaan politik saya tepat. Pada 1997 lagi saya berpendapat Anwar akan diketepikan dan tidak akan menjadi perdana menteri Malaysia. Konsep perdana menteri menunggu belum wujud lagi pada ketika itu.

Semenjak 9 Mei 2018 pertanyan apakah Awar akan menjadi PM terus berkumandang. Malah keberahian Anwar hendak menjadi PM terus menimbulkan pertanyan yang sama daripada anak semua bangsa.

Keberahian Anwar mewujudkakan hukum politik. Hukum politik yang muncul daripada keberahian Anwar ialah: semakin kuat keberahian Anwar hendak menjadi perdana menteri, semakin menyampah orang melihat Anwar. Hukum ini sedang berjalan.

Tapi soalan kepada Hishamuddin Rais, apakah Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri masih belum dijawab. Sila tunggu minggu hadapan.

HISHAMUDDIN RAIS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/08/anwar-semakin-dia-berahi-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Gagal Dipecahkan Sebaliknya Anwar Kian Kukuh Dan Tun M Semakin Tiada Pilihan

Pkr Gagal Dipecahkan Sebaliknya Anwar Kian Kukuh Dan Tun M Semakin Tiada Pilihan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 225 hits
Jika diperhati dan diamati sejak awal sebaik beroleh kuasa sebagai Perdana Menteri buat kali kedua lagi Tun Mahathir Mohamad sudah mula menampakkan sikap tidak ikhlas dan seolah olah enggan melakukan penyerahan jawatan kepada Anwar Ibrahim ...
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 649 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Tidak Kisah Nak Komen Itu Wakaf Dosa Untuk Diri Sendiri Syafie Naswip Sindir Netizen

Tidak Kisah Nak Komen Itu Wakaf Dosa Untuk Diri Sendiri Syafie Naswip Sindir Netizen

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 637 hits
Membawa watak seorang mak nyah dalam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi nama pelakon Syafie Naswip turut terkena tempias kontroversi telefilem tersebut yang dikecam hebat kerana mengangkat tema lesbian gay biseksual transgender di pusat tahf...
Makan Nanas Sekadar Lepaskan Teringin Amyra Jawab Pertanyaan Netizen

Makan Nanas Sekadar Lepaskan Teringin Amyra Jawab Pertanyaan Netizen

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 704 hits
Pelakon Amyra Rosli tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menggunakan buah nanas ke dalam masakan gulai lemak ketamnya baru baru ini Khuatir akan penggunaan nanas yang didakwa sesetengah pihak bersifat tajam bagi ibu yang sedang berbad...
Aishaah Aziz Pula Dikecam Teruk Netizen

Aishaah Aziz Pula Dikecam Teruk Netizen

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 276 hits
Abang Kaki Curang Adik Kaki Tayang Badan Aisyaah Aziz Kena Tempias KutukanAbang tak habis habis dengan episod curang sampai bercerai Sekarang adik Aliff Aziz pula dikecam disebabkan pemakaiannya yang dianggap terlampau seksi Aisyaah Aziz me...
Netizen Kongsi Video Sebelum Kejadian Maut Syed Muhammad Danial

Netizen Kongsi Video Sebelum Kejadian Maut Syed Muhammad Danial

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 670 hits
KUALA LUMPUR Ekoran kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir yang tular semalam para netizen mula memuatnaik beberapa video sebelum kejadian yang meragut nyawa lelaki berkenaan Terbaharu video berdurasi 29 saat yang dikongsikan di Twitter ...
Semakin Banyak Didakwa Kempen Perangai Rasuah Berjaya

Semakin Banyak Didakwa Kempen Perangai Rasuah Berjaya

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 333 hits
Semakin banyak didakwa kempen perangai rasuah berjayaPosted By on July 27 2019Penangkapan seorang hakim mahkamah baru baru ini atas jenayah rasuah melepaskan pendatang tanpa izin dan semakin banyak tokoh politik jerung besar yang didakwa di...
The Lion King Semakin Hampir Mencatat Kutipan 1 Billion Dolar

The Lion King Semakin Hampir Mencatat Kutipan 1 Billion Dolar

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 332 hits
Walaupun The Lion King tidak mendapat tempat dihati pengkritik dengan jumlah rating Rottenmatotes sebanyak 55 sahaja ia tidak menghalang untuk filem live action itu mengaut keuntungan berlipat kali ganda Pada minggu lalu filem arahan Jon Fa...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord