Anwar Sebagai Pm 9 Perlumbaan Yang Hampir Ke Garisan Penamat



TATKALA gelombang ketiga koronavirus (Covid-19) ketika ini semakin kuat membadai Malaysia, timbul pula satu polemik politik yang menggemparkan rakyat sejak tiga minggu lalu.
Dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 diadakan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman mengejut bahawa beliau memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen yang ‘meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau turut menyatakan menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dipanggil menghadap pada tarikh 22 September lalu, namun acara menghadap terpaksa ditangguhkan kepada esok susulan Seri Paduka Baginda gering dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.
Lebih menarik, Anwar turut menyatakan sebuah kerajaan ‘bumiputera Islam’ bakal terbentuk, dengan spekulasi 121 ahli Parlimen dikatakan bakal menyokong beliau termasuk 19 ahli Parlimen daripada parti UMNO.
Drama politik terkini negara menjadi semakin panas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui, beliau tidak dapat menghalang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Anwar kelak.
Hanya tunggu mengadap, senarai MP yang menyokong Anwar kini di pihak Istana

Angka 112 Namun, apabila sebahagian besar Ahli Parlimen UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan dakwaan itu, persoalannya adakah Anwar benar-benar mempunyai angka sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan?
Mengikut amalan demokrasi pembentukan kerajaan Malaysia, mana-mana parti atau gabungan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen bagi memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan.
Malangnya di atas kertas, Anwar ketika ini hanya mempunyai sokongan 91 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terdiri wakil rakyat DAP (42 kerusi), PKR (38 kerusi) dan Amanah (11).
Anwar Ibrahim Menurut sumber PH, bagi mendapatkan majoriti mudah membentuk kerajaan, Anwar memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 21 kerusi Parlimen, yang perlu datang daripada ahli Parlimen parti selain PH.
Ditambah dengan status Parlimen Batu Sapi, Sabah terpaksa dikosongkan pada 2 Oktober lalu susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan, setiap kerusi adalah sangat penting kepada Anwar bagi memastikan ‘Langkah Anwar’ pada 13 Oktober ini berjaya.
“Terdapat beberapa senario yang boleh memungkinkan ‘Langkah Anwar’ pada kali ini berjaya. Pertama, beliau sememangnya bakal menerima sokongan lebih 20 Ahli Parlimen UMNO yang berada di bawah kem Zahid, ditambah sokongan Ahli Parlimen GPS melebihi 15 orang.
“Kedua, beliau masih menerima sokongan kem Mahathir dan Warisan seramai 14 ahli Parlimen, meyakinkan tiga ahli Parlimen lain daripada mana-mana parti untuk menyokongnya serta meraih kembali sokongan sekurang-kurangnya empat bekas ahli Parlimen PKR yang kini berada dalam kem bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Senario ketiga pula, selain sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN melebihi 20 orang, Anwar mungkin berjaya ‘mencuri’ sokongan beberapa Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang pernah lompat parti dan meraih kembali sokongan Warisan bagi mendapatkan ‘angka’ meyakinkan sekurang-kurangnya melebihi 120 kerusi,” kata sumber PH itu kepada Sinar Harian semalam.
Sekalipun Anwar terbukti memiliki sokongan mencukupi, Presiden PKR itu masih berdepan pelbagai cabaran bagi meyakinkan Seri Paduka Baginda dalam pertemuan di Istana Negara esok.
“Kalau Anwar terbukti ada ‘angka’ sokongan, Agong mungkin akan meminta perkara itu dikemukakan dalam sidang Parlimen pada 2 November hadapan bagi mengelakkan institusi diraja dijadikan bahan kemarahan rakyat.
“Selain itu, Anwar juga sebenarnya berdepan dilema untuk memperjelaskan sokongan yang diterima kepada Agong kerana sokongan itu perlu dibuktikan bukan bersyarat untuk tujuan pembubaran Parlimen, tetapi sokongan mutlak dengan tidak lagi bersifat majoriti tipis,” kata penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian.
Bagi Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pula, ‘Langkah Anwar’ kali ini perlu dipandang serius dan dilihat lebih meyakinkan berbanding sebelum ini.
Esok adalah penentu politik Anwar Ibrahim!

Lebih menarik, beliau menegaskan, inisiatif itu buat pertama kalinya dilaksanakan Anwar secara persendirian dan tidak melalui pakatan politik.
“Langkah politik yang dibuat Anwar juga dilihat tepat pada masanya dan tidak akan mengundang kemarahan rakyat.
“Selain populariti (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin merudum gara-gara kerajaan double standard dalam menangani kes Covid-19, Yang di-Pertuan Agong juga sedar langkah pembubaran Parlimen tidak menjamin situasi politik lebih stabil,” katanya.
Mohammad Redzuan juga tidak menolak kemungkinan satu bentuk penjajaran politik baharu berteraskan ‘kerajaan bumiputera Islam’ dijangka terbentuk.
“Ramai tidak menyedari kemungkinan sokongan diberikan oleh ahli Parlimen kepada Anwar adalah secara individu dan bukan lagi berbentuk kepartian.
“Justeru, tiada masalah untuk Ahli Parlimen UMNO dan DAP duduk di bawah satu bumbung walaupun mereka sebelum ini dilihat sukar bekerjasama,” katanya.
Persoalannya, dengan sejarah Anwar sudah tiga kali membuat pengumuman mempunyai cukup majoriti untuk menjadi kerajaan, adakah Anwar dapat merealisasikan impiannya untuk duduk di kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya kali ini?
 
KEDUDUKAN TERKINI KERUSI PARLIMEN MENGIKUT BLOK PARTI
PERIKATAN NASIONAL (113 kerusi):-
UMNO – 39 kerusi
Bersatu – 31 kerusi
Pas – 18 kerusi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 18 kerusi
MCA – 2 kerusi
MIC – 1 kerusi
Parti Bersatu Sabah (PBS) – 1 kerusi
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) – 1 kerusi
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) – 1 kerusi
Bebas – 1 kerusi
PAKATAN HARAPAN (91 kerusi):-
DAP – 42 kerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 38 kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) – 11 kerusi
BLOK KETIGA (17 kerusi):-
Kem Tun Dr Mahathir Mohamad (Parti Pejuang Tanahair) – 5 kerusi
Parti Warisan Sabah (Warisan) – 8 kerusi
Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) – 1 kerusi
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) – 1 kerusi
Parti Sarawak Bersatu (PSB) – 2 kerusi
**Parlimen Batu Sapi – 1 kerusi (Kerusi dikosongkan)
 
DARI MANA ANWAR AKAN DAPAT SOKONGAN?
Senario 1 – Sokongan ahli Parlimen UMNO + GPS = 128 kerusi
– Ketika ini, Anwar bersama PH memiliki 91 kerusi Parlimen.
– Jumlah kerusi diperlukan membentuk majoriti mudah adalah 112 kerusi
– Sekiranya dakwaan 19 ahli Parlimen UMNO dan 18 ahli Parlimen GPS sokong beliau tepat, kerajaan baharu Anwar dijangka memiliki 128 kerusi Parlimen.
Senario 2 – Sokongan Blok Ketiga + Blok Tidak Pasti + 4 bekas ahli Parlimen PKR (Kem Azmin) + 3 ahli Parlimen Bersatu (lompat parti) = 116 kerusi
– Sekiranya sokongan ahli Parlimen UMNO dan GPS terbukti meleset, Anwar masih berpeluang membentuk kerajaan dengan mendapatkan sokongan 14 ahli Parlimen dari Blok Ketiga termasuk kem Dr Mahathir dan Warisan.
– Anwar juga perlu mendapatkan sokongan dua ahli Parlimen dari PSB dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selain mengharapkan Warisan dapat mengekalkan Parlimen Batu Sapi bagi menambah kedudukan sokongan sebanyak 4 kerusi.
– Tidak cukup dengan itu, Anwar pastinya mengharapkan spekulasi terkini sekurang-kurangnya 4 bekas ahli Parlimen PKR yang menyertai Bersatu kembali menyokongnya adalah benar.
– Dengan meraih sekurang-kurangnya tiga atau empat lagi sokongan ahli Parlimen Bersatu yang pernah lompat parti, Anwar dijangka akan memperolehi 117 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.
Senario 3 – Sokongan ahli Parlimen UMNO + Bersatu + Warisan + PSB = 129 kerusi
– Dalam senario ini, Anwar berkemungkinan menerima sokongan sekurang-kurangnya 20 ahli Parlimen UMNO berdasarkan maklumat sumber terdekat pemimpin itu.
– Anwar juga difahamkan sudah menghubungi beberapa ahli Parlimen Bersatu yang pernah lompat parti dengan terdapat dakwaan sekurang-kurangnya 7 daripada mereka bersedia beralih sokongan kepada beliau.
– Kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pastinya memberi tamparan hebat dan tawaran Anwar mengajak parti itu menyertai kerajaan baharu pastinya tidak harus dilepaskan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
– Dengan Anwar dijangka tidak bermasalah mendapatkan sokongan dua ahli Parlimen PSB diketuai bekas Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, opsyen ketiga ini membolehkan Anwar meraih sokongan 129 kerusi Parlimen.
Pas menjadi satu-satunya parti yang dijangka tidak akan terlibat dengan ‘Langkah Anwar’.
 
SENARAI AHLI PARLIMEN UMNO DIDAKWA SOKONG ANWAR MENGIKUT LAPORAN PORTAL THE COVERAGE
Arau – Datuk Seri Shahidan Kassim (NAFI, BUAT LAPORAN POLIS)
Padang Terap – Datuk Seri Mahdzir Khalid (NAFI)
Baling – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (NAFI)
Machang – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (NAFI)
Besut – Datuk Seri Idris Jusoh (NAFI)
Padang Rengas – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (TIDAK PASTI, DAKWA TIDAK TAHU)
Parit – Datuk Mohd Nizar Zakaria (NAFI)
Pasir Salak – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (NAFI)
Bagan Datuk – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (TIDAK PASTI, AKUI ADA MP UMNO SOKONG ANWAR)
Jerantut – Datuk Ahmad Nazlan Idris (NAFI)
Pekan – Datuk Seri Najib Abdul Razak (NAFI)
Tanjong Karang – Tan Sri Noh Omar (NAFI)
Putrajaya – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (NAFI)
Pontian – Datuk Seri Ahmad Maslan (NAFI)
Kimanis – Datuk Mohamad Alamin (NAFI)
Kinabatangan – Datuk Seri Bung Moktar Radin (NAFI)
Rompin – Datuk Seri Hasan Arifin (NAFI)
Cameron Highlands – Ramli Mohd Noor (NAFI)
Gerik – Datuk Hasbullah Osman (NAFI)
SENARAI AHLI PARLIMEN GPS DIDAKWA SOKONG ANWAR (LAPORAN THE COVERAGE)
Serian – Datuk Seri Richard Riot Jaem (NAFI)
Lubok Antu – Jugah Muyang (NAFI)
Hulu Rajang – Datuk Wilson Ugak Kumbong (NAFI)
Bintulu – Datuk Seri Tiong King Sing (NAFI)
Baram – Anyi Ngau (NAFI)
 
KRONOLOGI DAKWAAN ANWAR MEMILIKI ‘NUMBERS’
Kronologi Anwar
1) SEPTEMBER 2008
Anwar dakwa ada sokongan majoriti membentuk kerajaan baharu setelah Pakatan Rakyat (PR) tewas pada PRU12 yang diadakan pada Mac tahun sama.
BN ketika itu diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menang PRU12 dengan 140 kerusi Parlimen.
Anwar kemudiannya menegaskan 31 Ahli Parlimen BN, majoriti terdiri ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, sudah menyertai PR selain menggesa Abdullah tidak kuat kuasa undang-undang darurat untuk halang peralihan kuasa.
2) FEBRUARI 2020
Selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan mengejut meletak jawatan pada 24 Februari, kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara automatik terbubar.
Susulan itu, berlaku polemik pelantikan Perdana Menteri baharu mendebarkan sepanjang tempoh seminggu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong memuktamadkan pengganti Dr Mahathir.
Di tengah-tengah kebuntuan siapa bakal jadi Perdana Menteri baharu, beberapa pemimpin PKR mendakwa Anwar memiliki angka sokongan ahli Parlimen mencukupi sebanyak 129 orang dengan pemimpin itu kemudiannya mengesahkannya.
3) SEPTEMBER 2020
Pengumuman terkini Anwar mendakwa memperoleh sokongan meyakinkan bagi membentuk kerajaan baharu dilihat banyak pihak seolah-olah mengulangi peristiwa September 2008.
‘Langkah Anwar’ itu juga dianggap sebagai gimik bagi membolehkan Warisan Plus memenangi PRN Sabah, susulan ia diadakan dua hari sebelum hari pengundian.
Anwar turut mendakwa kerajaan baharu bakal dibentuk adalah ‘kerajaan bumiputera Islam’ dengan sejumlah 19 ahli Parlimen UMNO dikaitkan dengan gerakan politik beliau
The post Anwar sebagai PM-9, Perlumbaan yang hampir ke garisan penamat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/12/anwar-sebagai-pm-9-perlumbaan-yang-hampir-ke-garisan-penamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Setia Kepada Muhyiddin Tolak Anwar Sebagai Pm

Mca Setia Kepada Muhyiddin Tolak Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 212 hits
MCA setia kepada Muhyiddin tolak Anwar sebagai PM Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Oct 2020 3 36PM
Anwar Dikenali Sebagai Pemimpin Yang Setia Dan Taat Kepada Istana Berbanding Dengan Mahathir

Anwar Dikenali Sebagai Pemimpin Yang Setia Dan Taat Kepada Istana Berbanding Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 257 hits
Anwar tiada rekod buruk terhadap Istana bahkan Anwar terus setia dan taat dengan Istana Apabila Kak Wan dicalonkan sebagai MB Selangor dahulu terdapat masalah dengan Istana Kak Wan undur diri dan taat Sebaik saja Anwar dibebaskan dari penja...
Khairy Nafi Sokong Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Khairy Nafi Sokong Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 272 hits
Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kenyataan tersebut dibuat ketika temu ramah dalam program Breakfast Gril...
Kenapa Anwar Tolak Tawaran Ganti Azizah Sebagai Tpm Bagi Peralihan Kuasa Berjalan Lancar Kerusi Pm

Kenapa Anwar Tolak Tawaran Ganti Azizah Sebagai Tpm Bagi Peralihan Kuasa Berjalan Lancar Kerusi Pm

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 281 hits
Berulangkali tolak tawaran jawatan kabinet tetapi berulangkali umum akan ambil alih kerusi PM Anwar digambar begitu hebat malah dikata pengikutnya sabar tahap dewax tetapi agak malang hari ini menagih kerusi PM atas ehsan DAP AMANAH dan ter...
With Majority Claim Anwar S Credibility On The Line

With Majority Claim Anwar S Credibility On The Line

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 231 hits
Opposition leader s gamble has also caused cracks within Pakatan observers add Datuk Seri Anwar Ibrahim risks destroying his credibility and that of Pakatan Harapan if his claim of having a strong formidable and convincing majority turns ou...
Never Ending Feud Between Anwar And Azmin

Never Ending Feud Between Anwar And Azmin

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 258 hits
By Francis Paul Siah The New Sarawak SOME two months ago I was chatting with a minister on the never ending politicking taking place in the country There were some statements I ve made which he disagreed with and vice versa That s all part ...
Gps And Pbs The Kingmakers In Anwar S Quest For Power Says Analyst

Gps And Pbs The Kingmakers In Anwar S Quest For Power Says Analyst

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 317 hits
An analyst says Sarawak s Gabungan Parti Sarawak and Sabah s PBS will become kingmakers in deciding who rules Putrajaya if PKR president Anwar Ibrahim truly has sufficient support to challenge Prime Minister Muhyiddin Yassin s grip on power...
Anwar S Claim Of Forming Govt Weakens Muhyiddin Says Dap

Anwar S Claim Of Forming Govt Weakens Muhyiddin Says Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 258 hits
A former deputy defence minister said today irrespective of whether Anwar Ibrahim has the majority to form a new government the PKR president s claim has weakened the prime minister Liew Chin Tong cited a similar claim made by Anwar in 2008...
Kisah Kedukaan Anwar

Kisah Kedukaan Anwar

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 230 hits
W FAUDZINYA ALLAH INSAN INI TELAH CUKUP DIUJI APA LAGI UJIAN YANG KAU TIDAK PERNAH BERIKAN KEPADA MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM INI SUSAH SENANG SUKA DUKA DERITA DIFITNAH DIKHIANATI MALAH DIKURUNG SEMUANYA TELAH KAU UJI CUMA KAU BELUM MENGA...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor