Anwar Pm Nov 2020 Apakah Tun M Menunggu Malaikat Maut Menjadi Penentunya


Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad, nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan.

Sebaliknya, kebimbangan banyak pihak bahawa Perdana Menteri tertua itu akan terus berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan untuk melewat-lewatkan peralihan kuasa, sudah pun sekarang ini menjadi kenyataan.

Dalam kenyataan terbaru melalui interbiunya dengan Reuters, Perdana Menteri berkata, peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tempatnya hanya akan berlaku selepas November 2020.

Tun Mahathir memberi alasan bahawa beliau perlu menyelesaikan urusan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC di mana Malayia menjadi tuan rumah pada November 2020 terlebih dahulu.

Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya, tetapi saya rasa perubahan segera sebelum Sidang APEC akan menimbulkan gangguan. Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka, tetapi saya akan kotakan janji saya.Tidak kira apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya, demikian kata Tun Mahathir menegaskan tentang tempoh terbarunya melakukan peralihan kuasa, sekaligus mengesahkan dolak dalik pendiriannya.
Sesungguhnya, tindakan Tun Mahathir memanjangkan lagi tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri dan memungkiri janji yang pernah dilafazkannya sendiri bahawa hanya mahu dua tahun memegang jawatan itu, adalah sesuatu yang sukar diterima.


Persidangan APEC - Anwar Penting Atau Tun M Penting

Ini kerana Sidang APEC pada November 2020 itu bukanlah penting sangat untuk Tun Mahathir terus berada di jawatan Perdana Menteri pada ketika itu memandangkan Malaysia sudah pun pernah menjadi tuan rumah pada 1998 dahulu.

Apa yang istimewanya lagi Sidang APEC itu kepadanya, walhal ia adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumahnya?

Bukankah yang paling istimewa ialah menjadi tuan rumah buat kali pertama pada 1998 dahulu?

Dua kali menjadi tuan rumah Sidang APEC dan keinginan berada di kedua-duanya dengan jawatan Perdana Menteri tidak lain hanyalah untuk menunjuk-nunjuk kepada dunia dan memenuhi keegoan sendiri semata-mata.

Malah, kalau mahu dikira istimewa, Sidang APEC kali kedua itu lebih penting buat Anwar sebagai Perdana Menteri baru yang pertama kali menjadi tuan rumah kepada delegasi dunia.

Maka itu, kalaulah Tun Mahathir merasakan peralihan kuasa yang segera atau pada Mei 2020 akan menimbulkan gangguan kepada Sidang APEC itu, beliau sepatutnya menyegerakan lagi tarikh pengundurannya kepada Februari atau Mac 2020, bukan melewat-lewatkannya.

Begitu pun, meski Tun Mahathir menyebut hanya selepas November 2020 baru ada peralihan kuasa, hakikatnya tidak banyak pihak yakin dengan kata-katanya itu.

Rekod bellau berdalik-dalik, mungkir janji dan melakukan pusingan U selama ini terlalu banyak untuk kata-katanya yang terbaru ini boleh dijadikan sandaran yang kukuh.

Tidak mustahil selepas Sidang APEC nanti, ada alasan lain pula yang dicari atau sengaja dicipta untuk terus melewat-lewatkan lagi peralihan kuasa.

Selagi tidak ditetapkan tarikh yang khusus, bilakah sebenarnya Tun Mahathir benar-benar sedia mahu menunaikan janji peralihan kuasa itu?

Apakah beliau menunggu malaikat maut menjadi penentunya?

Shahbudin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/anwar-pm-nov-2020-apakah-tun-m-menunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Anwar Ditangkap Apec 1998 Dan Kini Apec 2020 Apakah Sejarah Akan Berulang Lagi

Kes Anwar Ditangkap Apec 1998 Dan Kini Apec 2020 Apakah Sejarah Akan Berulang Lagi

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 625 hits
Apakah sejarah akan berulang sekali lagi Anwar Ibrahim dipecat oleh Dr Mahathir sebelum bermulanya APEC 1998 2 September 1998 Dr Mahathir pecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 20 September 1998 A...
Menjelang Sidang Apec November 2020 Apakah Ketika Itu Anwar Sudah Dipenjara

Menjelang Sidang Apec November 2020 Apakah Ketika Itu Anwar Sudah Dipenjara

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 410 hits
Dalam interbiu dengan Reuters meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020 beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung k...
Kalau Tun M Tidak Pasti Anwar Boleh Menjadi Pm Yang Terbaik Mengapa Pilih Sertai Ph Dalam Pru14 Lalu

Kalau Tun M Tidak Pasti Anwar Boleh Menjadi Pm Yang Terbaik Mengapa Pilih Sertai Ph Dalam Pru14 Lalu

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 348 hits
Samada sahih atau tidak saya ada membaca laporan tentang kenyataan Tun M di Qatar yang menyebut beliau mahu terus menjadi PM sehingga beliau selesaikan masalah ekonomi negara Katanya lagi beliau berjanji akan serahkan jawatan PM kepada Anwa...
Maknanya Dap Sokong Tun M Jadi Pm Berbanding Anwar La Kan

Maknanya Dap Sokong Tun M Jadi Pm Berbanding Anwar La Kan

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 318 hits
Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan agar ahli ahli partinya tidak membuang masa mempersoalkan isu peralihan kuasa perdana menteri Jelas Lim tiada pihak yang seharusnya mempersoalkan peralihan jawatan perdana menteri dari Dr Mahath...
Kalau Anaknya Pun Tidak Berjaya Dibentuk Jadi Pemimpin Terbaik Apakah Tugas Mahathir Menilai Kedudukan Anwar

Kalau Anaknya Pun Tidak Berjaya Dibentuk Jadi Pemimpin Terbaik Apakah Tugas Mahathir Menilai Kedudukan Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 440 hits
Kenyataan Tun Mahathir Mohamad di Qatar semalam bahawa beliau tidak dapat menjamin penggantinya Anwar Ibrahim mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik untuk masa akan datang bukan saja mengelirukan malah seperti bercampur sedikit niat jah...
Majlis Akikah Rayyan Bakal Menjadi Trend Majlis Akikah Tahun 2020

Majlis Akikah Rayyan Bakal Menjadi Trend Majlis Akikah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 795 hits
Kehadiran cahaya mata semestinya merupakan detik indah bagi setiap pasangan yang telah bernikah Dalam Islam kita dianjurkan untuk mentahniqkan anak yang baru lahir mencukur rambutnya pada hari ketujuh kelahiran bersedekah mengikut berat ram...
Anwar Ucap Terima Kasih Kepada Tun M Serah Jawatan Pm

Anwar Ucap Terima Kasih Kepada Tun M Serah Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 322 hits
Terima kasih terima kasih ucap Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada beliau Beliau yang ditemui...
Bukan Tidak Sabarnya Penyokong Anwar Jadi Masalah Tun M Yang Berdolak Dalik Itulah Punca Segala Masalah

Bukan Tidak Sabarnya Penyokong Anwar Jadi Masalah Tun M Yang Berdolak Dalik Itulah Punca Segala Masalah

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 294 hits
Dalam tulisan di blognya semalam Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri A Kadir Jasin berkata adalah lebih baik soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim diselesaikan oleh kedua dua pemimpin itu saja Ta...
Dr M Pledges To Step Down For Anwar But Not Before November 2020

Dr M Pledges To Step Down For Anwar But Not Before November 2020

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 342 hits
Malaysia s Prime Minister Mahathir Mohamad reacts during an interview with Reuters in Putrajaya KUALA LUMPUR Malaysia s Tun Dr Mahathir Mohamad the world s oldest prime minister promised on Tuesday to hand over power to anointed successor D...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Cikbunga Menunaikan Umrah

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders