Anwar Pegang Janji Kenapa Yang Lain Tidak



WFAUZDIN NS
Semua tahu, sewaktu PH mengadakan perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar sekiranya PH menjadi kerajaan, waktu itu Anwar masih di dalam penjara. Kita semua telah membuat janji dengan manusia yang sedang terpenjara ketika itu.
Bahkan, ketika Tun M mengangkat sumpah menjadi PM iaitu satu jawatan yang diimpikan oleh semua orang politik yang bercita-cita besar, ketika itu jasad tokoh reformasi ini masih di dalam penjara. Dari sebalik tirai besi penjara, insan ini melakukan sujud syukur kerana negara ini telah berjaya diselamatkan dari rejim kleptokrasi.
Sebaik sahaja beliau diberi pengampunan penuh oleh Agong, perkataan atau ucapan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah bersyukur kepada Allah dan menyeru agar kita semua memberikan sokongan padu kepada PM, Tun M. Di kala ramai rakan-rakan seperjuangannya yang tersenyum simpul memasukkan kad perakam waktu di pejabat kementerian masing-masing di Putarajaya, Anwar hanya orang biasa sekadar menyaksikan hari penuh bersejarah itu.
Begitulah keadaannya sepanjang tempuh 22 bulan kerajaan PH berkuasa sebelum dikhianati oleh petualang yang tamak dan rakus kuasa. Sehingga ke saat akhir kerajaan PH, mulut Anwar terus memberikan sokongan kepada Tun M selaku PM. Beliau menundukkan kepalanya dan merendahkan dirinya untuk terus memberikan masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga tarikh yang Tun M tentukan sendiri. Begitu sekali Anwar berpegang kepada janji sehinggakan beliau lupa janji kedua adalah beliau patut diangkat menjadi PM ke 8 setelah semua proses perundangan membenarkan beliau ke posisi itu.
Malangnya, PH diuji dengan ujian yang berat di mana PH diperlihatkan tentang beberapa wajah para pengkhianat dan munafik. Ujian ini mungkin mempunyai hikmah yang besar di mana Allah mahu PH dibersihkan dari golongan munafikun. Kita patut bersyukur dengan ujian ini kerana jika tidak berlaku sedemikian, kita masih menyimpan puak-puak ini yang akhirnya nanti membusukkan nama PH.
Anwar telah melaksanaan amanahnya. Anwar telah menunaikan janjinya sehingga ke penghujung. Bagaimana yang lain? Sekarang, kita diberi peluang oleh Allah untuk mengambil semula mandat rakyat yang telah dikhianati itu. Apakah di dalam keadaan sekarang, di waktu kita telah diberi ‘kifarah’ dengan kehilangan kerajaan dua bulan yang lalu, kita masih tidak mahu menunaikan janji-janji kita kepada Anwar? Apakah kita lupa kepada janji-janji kita kepada rakyat yang masih tidak tertunai?
Rakyat telah merasai baik buruknya berada di bawah PH yang dipimpin oleh Tun M selama hampir dua tahun. Rakyat sekarang ingin merasai pula bagaimana berada di bawah kerajaan PH yang akan dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Kita pernah melihat Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan yang pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia. Apakah kita tidak teringin mahu melihat bagaimana Anwar memimpin negara ini sebagai PM?
PH harus memberikan peluang ini kepada Anwar bukan kerana janji-janji yang telah kita meterai dahulu semata-mata, tetapi Anwar adalah tokoh yang tidak pernah wujud sejak merdeka yang mencipta sejarah beraya mengetuai Pembangkang berpuluh tahun dengan penuh gemilang. Auranya terpancar ke seluruh dunia walaupun jasadnya terpenjara.
Amat malang sekali jika pimpinan PH melupakan insan ini kerana memikirkan kembali keempukan kerusi di pejabat menteri masing-masing. Rakyat menanti Anwar sebagai PM bukan kerana Tun M tidak hebat tetapi Tun M telah pun diberi peluang dua kali menjadi PM dan sepatutnya beliau bersyukur kerana rezekinya itu bukannya terus mencuba untuk mencuri rezeki orang lain yang sepatutnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27977

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Anwar Boleh Berpegang Pada Janji Mengapa Kita Tidak

Kalau Anwar Boleh Berpegang Pada Janji Mengapa Kita Tidak

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 314 hits
Semua tahu sewaktu PH mengadakan perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar sekiranya PH menjadi kerajaan waktu itu Anwar masih di dalam penjara Kita semua telah membuat janji dengan manusia yang sedang terpenjara ketika itu Bahka...
Mahathir Nak Perangkap Anwar Nak Umum Bersatu Masih Dalam Ph

Mahathir Nak Perangkap Anwar Nak Umum Bersatu Masih Dalam Ph

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 338 hits
Dr Mahathir Mohamad jemput Anwar bersama mereka untuk sidang media selepas parlimen atau tujuan nak umum PPBM masih bersama PH jika Anwar ada Anwar terperangkan aguk aje Tapi rupanya Anwar bijak juga setelah 2 kali kena kencing dengan Mahat...
Memang Wajar Anwar Tidak Hadir Sidang Media

Memang Wajar Anwar Tidak Hadir Sidang Media

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke sidang media anjuran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Perdana petang ini sebagai keputusan bijak Tidak ada sebab untuk Ahli Parlime...
Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 326 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media Pakatan Harapan bersama pemimpin Bersatu yang masih setia terhadap pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Warisan Malah tidak ada seorang pun wakil PKR yang hadir pada sidang media yang...
Terima Kasih Ds Anwar Ibrahim

Terima Kasih Ds Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 413 hits
1 Terima kasih DS Anwar Ibrahim kerana berjiwa besar dan cool dalam dewan tadi semasa ucapan titah YDP Agong Ramai orang yang menyindir beliau tetapi bagi saya bersikap tenang dan cool adalah jasa beliau yang besar dalam menjayakan sidang s...
Anwar Tahu Dan Mengerti Mahathir Suka Mempergunaankan Dan Menipu

Anwar Tahu Dan Mengerti Mahathir Suka Mempergunaankan Dan Menipu

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 290 hits
Ada perpatah mengatakan jangan disegat dua kali pada satu lubang Anwar dah dua kali kena sengat dengan Mahathir Dia sangat kenal Mahathir lidah bercadang Hari ii cakap lain esok dia cakap lain Dia akan ambil apa kesempatan dan mengulang gul...
Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 353 hits
Saifuddin Nasution and Xavier Jayakumar among PH leaders who said it would be up to the coalition not the Dewan Rakyat to choose the prime minister PETALING JAYA Pakatan Harapan leaders gunning for Anwar Ibrahim to replace Dr Mahathir Moham...
Brader Anwar Semua Barang Ada Expiry Date Lah

Brader Anwar Semua Barang Ada Expiry Date Lah

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 324 hits
absence of Anwar at PH press conference raised questions PKR downplayed absence of president and MPs MPs and Anwar had prior engagementspress conference yesterday was last minuteMalaysiakini quoted anonymous PKR MP saying Anwar not keen on ...
Kami Pegang Prinsip Demokrasi Kata Ph Johor Selepas Amaran Sultan Bubar Dun

Kami Pegang Prinsip Demokrasi Kata Ph Johor Selepas Amaran Sultan Bubar Dun

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 659 hits
June 3 2020 4 58 PM Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong PETALING JAYA Selepas peringatan keras Sultan Johor bahawa Dewan Negeri akan dibubarkan serta mer...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Strategi Jitu Menangkan Event Mahjong Ways Pialabet Untuk Pemain Pemula

Komunitas Slot Jekpot88 Tempat Berkumpulnya Pecinta Slot Gacor Indonesia

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Pengiraan Kos Sebenar 4h 3m Ke Thailand