Anwar Patut Jawab Kejatuhan Ringgit Bukan Orang Lain Kata Ahli Parlimen


agendaily.com5 Mac. 2024
Ringgit jatuh ke paras terendah sejak 26 tahun.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan penjelasan dan menjawab berhubung isu kejatuhan nilai ringgit yang mencecah ke paras terendah sejak 26 tahun, kata beberapa Ahli Parlimen.

Beberapa Ahli Parlimen membangkitkan isu kejatuhan nilai ringgit di Dewan Rakyat dan mempertikaikan jawapan Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta Gabenor menjawab isu tersebut, walhal beliau adalah menteri yang bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki keadaan yang dilihat amat menggusarkan rakyat.

Dalam perbahasannya, beliau berkata, jawapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai isu terbabit sukar diterima.

“PM (perdana menteri) sebut dua perkara yang bagi saya agak janggal. Apabila pemberita tanya, beliau mengatakan, tanyalah Gabenor Bank Negara. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah.

“Sepatutnya sebagai Menteri Kewangan beliau yang perlu jawab. Kedua, beliau ada berkata, (kejatuhan ringgit) ketika ini tak sama seperti yang berlaku pada 1998. Ya, memang tak sama. Pada 1998, nilai Ringgit Malaysia (RM) jatuh kerana krisis kewangan Asia. Bukan ringgit saja terjejas tetapi mata wang Thailand, Korea, Indonesia dan beberapa negara lain juga jatuh. Ini semua kita faham,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Membandingkan situasi semasa nilai ringgit yang menyusut teruk, beliau berkata, Malaysia berada di belakang kebanyakan negara serantau lain.

“Kejatuhan RM (ringgit) lebih teruk dari rupiah (Indonesia), peso (Filipina), rupee (India) dan dong (Vietnam). Kejatuhan mata wang yang lebih teruk dari RM (ringgi) hanyalah yen (Jepun), ruble (Russia) dan lira (Turkiye).

“Jika hendak dibandingkan dengan China, mata wang kita jatuh sebanyak 3.1 peratus, manakala dengan Thailand, sebanyak 4.8 peratus. Berbanding Euro pula, kita jatuh 8.3 peratus, dolar Singapura hampir 7 peratus dan dolar Amerika Syarikat, 6.2 peratus,” katanya.

“Kerajaan sepatutnya beri fokus kepada usaha menangani kelemahan dalam negara sendiri yang memberi kesan kepada ringgit daripada memberi ‘attribute’ ringgit lemah kepada faktor luaran,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Muhammad Ismi Mat Taib (PN) yang membahaskan isu sama turut menggesa kerajaan mengambil tindakan wajar supaya rakyat tidak ‘diheret’ dalam krisis kos sara hidup yang semakin memburuk.

“Kenaikan tarif elektrik, bayaran air, Indah Water, harga beras, dan kos sara hidup lain yang bertambah ini bukan berita palsu. Ia benar-benar berlaku. Apatah lagi kebanyakan rakyat ketika ini sedang melakukan persiapan untuk pembukaan sekolah.

“Justeru, saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan menangguhkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ekoran apa yang berlaku dengan kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

“Penangguhan SST yang naik daripada kadar enam ke lapan peratus perlu, sebagai langkah segera untuk kawal kadar inflasi,” katanya.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai pelaburan asing yang dilaporkan meningkat secara ketara, iaitu RM329.6 bilion.

“Saya mohon Perdana Menteri kemukakan kepada Dewan mengenai jumlah sebenar pelaburan yang berlaku daripada awal Kerajaan Perpaduan (ditubuhkan) sehingga hari ini.

“Kenapa perlu kita mansuhkan pencen, naikkan SST, sedangkan pelaburan asing naik begitu tinggi. Perlu saya ingatkan yang ghairah dengan angka ini, pelaburan asing adalah jumlah yang diluluskan, bukan angka sebenar,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/anwar-patut-jawab-kejatuhan-ringgit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Pro Dan Kontra Akibat Kejatuhan Ringgit Pegawai Anwar

Ada Pro Dan Kontra Akibat Kejatuhan Ringgit Pegawai Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 139 hits
malaysiakini comDi sebalik kekurangan kejatuhan nilai ringgit memberi kelebihan daripada sisi industri eksport dan pelancongan kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin Katanya walaupun negara perlu membayar lebih untuk membawa m...
Anwar Tak Patut Mengelak Daripada Menjawab Isu Kejatuhan Nilai Ringgit

Anwar Tak Patut Mengelak Daripada Menjawab Isu Kejatuhan Nilai Ringgit

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 136 hits
Ketika ditanya media pagi tadi mengenai kejatuhan nilai ringgit yang terus merudum Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dilihat mengelak untuk memberikan jawapan Sebaliknya beliau berkata Gabenor Bank Negara Abdul Rashee...
Kewarganegaraan Saifuddin Yakin Ahli Parlimen Akan Sokong Pindaan Perlembagaan

Kewarganegaraan Saifuddin Yakin Ahli Parlimen Akan Sokong Pindaan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 89 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sedang mengadakan siri penjelasan kepada Ahli Parlimen berkaitan cadangan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan hak kewarganegaraan kanak ka...
Ringgit Kukuh Hasil Usaha Sama Bnm Glc Dan Glic Kata Menteri

Ringgit Kukuh Hasil Usaha Sama Bnm Glc Dan Glic Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 153 hits
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata Setakat 8 Mac nilai ringgit berada pada tahap lebih baik pada RM4 68 ringgit berbanding dolar Amerika KUALA LUMPUR Usaha kerajaan melalui Bank Negara secara kerjasama dengan syarikat berkaitan ...
Menyekolahkan Ahli Parlimen Kita

Menyekolahkan Ahli Parlimen Kita

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 108 hits
Ahli Parlimen kena buktikan mereka lebih baik daripada budak sekolah kata Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh Menyanggah pandangan itu Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pula berkata wakil rakyat bukan seperti kanak kanak sekolah ...
Intergriti Di Kalangan Ahli Parlimen Perlu Diwujudkan Juga

Intergriti Di Kalangan Ahli Parlimen Perlu Diwujudkan Juga

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 104 hits
Kadangkala integriti yang menjadi praktis dalam kalangan sesetengah orang bukan Islam lebih tinggi berbanding sebahagian besar orang Islam Tindakan yang dikenakan bagi penjawat awam di Jepun seperti di bawah sangat berat namun bagi penjawat...
Pindaan Perlembagaan Bersatu Lulus 6 Ahli Parlimen Wajib Kosong Kerusi

Pindaan Perlembagaan Bersatu Lulus 6 Ahli Parlimen Wajib Kosong Kerusi

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 109 hits
Mohamad FadliSELAYANG Pindaan perlembagaan Bersatu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung khas hari ini Pembentangan pindaan dibuat susulan enam Ahli Parlim...
Ahli Parlimen Kena Berhati Hati

Ahli Parlimen Kena Berhati Hati

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 159 hits
Agaknya apa yang akan terjadi pada mereka berdua
Ahli Parlimen Bukit Gantang Gua Musang Sedia Kosongkan Kerusi

Ahli Parlimen Bukit Gantang Gua Musang Sedia Kosongkan Kerusi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 127 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Dua Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia mengosongkan kerusi jika pindaan perlembagaannya Sabtu ini melarang mereka menyokong lawan tanpa persetujuan parti Mereka adalah Ahli...
Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Aidil Fitri 1445h

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Rizky Febian Feat Mahalini Bermuara Chord

Penjara Naqab Neraka Dunia Untuk Tawanan Palestin

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More