Ringgit Kukuh Hasil Usaha Sama Bnm Glc Dan Glic Kata Menteri


 
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, berkata Setakat 8 Mac nilai ringgit berada pada tahap lebih baik pada RM4.68 ringgit berbanding dolar Amerika. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan melalui Bank Negara (BNM) secara kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilihat membawa impak positif dan membantu mengukuhkan nilai ringgit, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, beliau berkata langkah koordinasi antara BNM bersama GLC dan GLIC itu dilihat berjaya menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.
Menurutnya, Kementerian Kewangan dan BNM telah mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran wang ke dalam pasaran pertukaran mata wang asing.
Antaranya termasuklah, menggalakkan GLIC dan GLC membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten
“Ketika GLC dan GLIC meraih keuntungan daripada pulangan pelaburannya yang mungkin lebih baik, mereka boleh memulangkan keuntungan pelaburan, kita menggalakkan (untuk mereka) memulangkan.
“.. dan kita telah nampak (hasil) usaha bersama BNM, GLC dan GLIC dalam satu setengah minggu ini, ringgit telahpun mengukuh,” katanya.
Amir berkata, BNM turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain terus menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian eksport supaya kebergantungan terhadap dolar Amerika dapat dikurangkan.
Selain itu, bank pusat juga terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.
Beliau berkata dasar yang diambil kerajaan dalam menangani nilai ringgit mengambil kira ketidaktentuan cabaran luaran yang menjadi faktor utama dalam pergerakan ringgit.
Setakat 8 Mac, nilai ringgit berada pada tahap lebih baik berbanding minggu-minggu sebelumnya iaitu pada RM4.68 ringgit berbanding dolar Amerika.
Sementara itu, Amir berkata keyakinan pelabur asing untuk melabur di dalam negara juga dilihat semakin baik sekali gus dapat mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia pada masa depan.
“Biarlah kerajaan berusaha dengan cara-cara yang ada ini, kita sambut dengan apa yang telah ada dalam negara sekarang, kita sambut juga keyakinan yang nampak daripada pelabur asing untuk melabur dalam negara dan inilah akan mengukuhkan negara lebih elok pada masa depan,” katanya.
Menyentuh mengenai cadangan meningkatkan had statutori hutang, beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had hutang tersebut memandangkan langkah dan komitmen adalah untuk melaksanakan pembaharuan fiskal mengawal tahap hutang dan defisit.
Malah, katanya, kerajaan komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) iaitu tidak melebihi 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam jangka masa sederhana.
Amir berkata jumlah pinjaman baharu tahunan kerajaan mula menunjukkan trend penurunan pasca pandemik ekoran langkah mengurangkan defisit daripada 5.6% pada 2022 kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 dan menyasarkan 4.3% pada 2024.
Susulan itu, pinjaman yang diterbitkan kerajaan berjumlah RM230.9 bilion pada 2022 dan RM226.6 billion pada 2023 dan selanjutnya dijangka terus berkurang kepada RM207.5 bilion bagi 2024. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/ringgit-kukuh-hasil-usaha-sama-bnm-glc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bnm Tingkat Pemantauan Tukar Hasil Eksport Untuk Perkukuh Nilai Ringgit

Bnm Tingkat Pemantauan Tukar Hasil Eksport Untuk Perkukuh Nilai Ringgit

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 123 hits
Kementerian Kewangan berkata bank pusat juga meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian eksport KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia meningkatkan usaha libat urus dan memantau penukaran hasil eksport kepada ...
Bnm Unlikely To Hike Opr To Strengthen The Ringgit

Bnm Unlikely To Hike Opr To Strengthen The Ringgit

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 266 hits
BNM governor and MPC chairman Abdul Rasheed Ghaffour is unlikely to use monetary policy measures to strengthen the ringgit say economists PETALING JAYA Bank Negara Malaysia is expected to prioritise supporting economic growth rather than pr...
Anwar Patut Jawab Kejatuhan Ringgit Bukan Orang Lain Kata Ahli Parlimen

Anwar Patut Jawab Kejatuhan Ringgit Bukan Orang Lain Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 189 hits
agendaily com5 Mac 2024Ringgit jatuh ke paras terendah sejak 26 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan penjelasan dan menjawab berhubung isu kejatuhan nilai ringgit yang mencecah ke paras terendah sejak 26 tahun kata beberapa ...
Ringgit Rises As Bnm S Statement Boosts Local Traders

Ringgit Rises As Bnm S Statement Boosts Local Traders

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR The ringgit ended higher against the US dollar today spurred by Bank Negara Malaysia s comments on its valuation Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Afzanizam Rashid said the central bank s statement has provided an impe...
Projek Tmiyc Pulih Bukan Sebab Lawatan Ahli Parlimen Muar Kata Menteri

Projek Tmiyc Pulih Bukan Sebab Lawatan Ahli Parlimen Muar Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 187 hits
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi melawat projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre di Muar yang lewat siap daripada jadual PETALING JAYA Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan tidak wajar buat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed ...
Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 103 hits
Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan dapat berjimat RM22 826 65 sebulan apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji pokok sejak dilantik pada Nov 2022 PETALING JAYA Tanggungan kerajaan bagi pembayaran pencen untuk pesara perkhi...
Ringgit Dibuka Lebih Kukuh Menjelang Pengumuman Opr

Ringgit Dibuka Lebih Kukuh Menjelang Pengumuman Opr

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 109 hits
bharian com myMac 7 2024 10 36amGambar fail KUALA LUMPUR Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat pada Khamis didorong oleh sentimen lebih baik menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman oleh Jawatankuasa Dasar Monetari pet...
High Glc Glic Involvement Deters Bumis From Entrepreneurship Says Economist

High Glc Glic Involvement Deters Bumis From Entrepreneurship Says Economist

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 107 hits
Bursa Malaysia chairman Abdul Wahid Omar recently announced that only one out of 97 listed companies in the last three years has been Bumiputera owned PETALING JAYA Competent Bumiputeras do not pursue their own businesses due to the high in...
Eugene Levy S Toronto

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Ge14 S Impact On State Federal Relations

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Pg Pg 24 Top 74 By Jenny Pgslotth Games 1 67

Kemunculan As Sufyani Sebelum Keluarnya Imam Mahdi

User Generated Content

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Seni Membaca Surat Attin Dari Ustadz Manis Dan Seni Membaca Solawat By

Doa Agar Hati Tenang