Menyekolahkan Ahli Parlimen Kita


 

Ahli Parlimen kena buktikan mereka lebih baik daripada budak sekolah, kata Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh. Menyanggah pandangan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pula berkata wakil rakyat bukan seperti kanak-kanak sekolah yang perlu dihukum atau seperti penjenayah yang dikenakan denda macam di mahkamah.
Dua pendirian berlawanan itu melambangkan kepelbagaian yang diraikan dalam sidang Dewan Rakyat kerana sesuatu isu itu ada pro dan kontranya asalkan batas-batas susila dan peraturan mesyuarat dipatuhi ketika berbalas hujah dan berbahas.
Di tengah-tengah dua pandangan berbeza itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menegaskan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bermula Isnin hingga 27 Mac akan dijalankan dengan lebih serius dan diangkat kedudukannya agar lebih mulia. Serentak dengan itu, perjalanan Parlimen dihasratkannya akan nampak world class dan tidak lagi dilihat menjadi tempat yang ditempelak masyarakat — sesetengah mereka membandingkannya dengan suasana di zoo.
“Tempoh ‘honeymoon’ sudah berakhir dan kini masa untuk serius. Kita sangat serius kali ini, Parlimen akan menjadi tempat termulia, sebab kita buat undang-undang yang terpakai kepada seluruh rakyat di Malaysia. Maksudnya bila kita berdebat, cara berdiskusi kita akan lebih berhemah dan berfakta, tidak lagi terkait dengan emosi dan lain-lain,” tegasnya sempena ucapan amanah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Isnin lalu.
Sebelum ini, Akmal ketika menegur Ahli Parlimen yang tidak bersetuju nama mereka dipaparkan dalam laman web Dewan Rakyat kerana ponteng sesi persidangan perlu menunjukkan contoh lebih baik daripada pelajar sekolah. Sebaliknya, mereka dituntut menonjolkan kepimpinan melalui teladan sekiranya mahu menjadi seorang wakil rakyat yang matang.
“Jadi, sepatutnya kena buktikan semua ahli Parlimen lebih baik daripada budak sekolah. Bukan hanya terpekik terlolong dalam Parlimen berbahas dengan tidak matang dan isu yang tidak membantu rakyat,” katanya.
Sebelum ini Johari dilapor berkata nama Ahli Parlimen yang ponteng dengan sengaja mungkin dipaparkan di laman web Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat. Tindakan itu antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan Parlimen yang diwakili.
Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu, kadang-kadang Ahli Parlimen tidak hadir selama beberapa hari tetapi beliau tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan walaupun mereka dibayar RM500 sebagai elaun harian.
Dalam pada itu, Hassan dalam mempertikaikan cadangan denda dinaikkan 10 kali ganda kepada RM10,000 terhadap wakil rakyat yang melanggar peraturan mesyuarat seperti mengeluarkan kenyataan tidak wajar, menganggapnya sebagai penghinaan terhadap institusi Parlimen. Padanya, hukuman sebegitu melanggar hak dan kebebasan Ahli Parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan.
“Ahli Parlimen bukannya kanak-kanak sekolah atau penjenayah yang perlu dihukum denda macam di mahkamah,” katanya. “Hukuman sedia ada memadai iaitu Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh jawatankuasa hak dan kebebasan dihukum gantung sekadar beberapa hari atau minggu. Jika terlalu serius, gantung beberapa bulan.”
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP berkata speaker wajar mempertimbangkan hukuman gantung dan keluar dewan yang dirasakannya lebih berkesan. “Kalau kamu gantung dia, dia lebih takut. Semua Ahli Parlimen nak masuk ke dewan untuk bangkitkan isu mereka. Sama ada kerajaan atau pembangkang, semua nak masuk dewan berhujah,” katanya.
Ini susulan satu pengumuman Johari pada Ogos tahun lalu bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar maksimum denda terhadap Ahli Parlimen yang melanggar peraturan Parlimen selain selain digantung tugas. Langkah itu boleh dilakukan melalui pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) bagi memastikan setiap Ahli Parlimen menyumbang kepada kemajuan negara.
Sambil mengutarakan bantahan terhadap cadangan pengenalan denda maksimum itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dari Bersatu bimbang hukuman itu akan disalahgunakan.
“Apa yang kita boleh buat adalah memperkasakan Ahli Parlimen dengan ilmu pengetahuan dan bagaimana nak bersikap dalam Parlimen. Itu lebih baik, lebih positif,” katanya.
Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran dari PKR pula berasakan langkah menaikkan kadar maksimum denda itu wajar dan munasabah memandangkan speaker dan timbalannya pernah beberapa kali memberi peringatan kepada wakil-wakil rakyat.
“Mereka pernah sebut ‘Dewan Rakyat bukanlah tempat beruk (bermaksud kepada wakil rakyat yang lancang)’. Di Dewan Rakyat perlu lebih profesional. Rakyat melihat secara langsung,” katanya.
Perihal sidang Dewan Rakyat disamakan dengan zoo pernah dibangkitkan oleh Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor dalam satu sidang pada 16 Februari 2023 yang mengejutkannya kerana pertikaman lidah di luar batasan menimbulkan persepsi Dewan Rakyat sebagai tempat bergaduh dan bukannya untuk menyelesaikan isu rakyat.
“Semalam, saya pergi ke kedai mamak dan mereka mengenali saya. Ada yang bertanya ‘Macam mana zoo?’ Saya terkejut (dan) inilah implikasi masyarakat di luar sana. Sila beri perhatian dan saya harap semua Yang Berhormat ambil maklum. Jadi, saya ingin ingatkan adab dalam Dewan. Saya harap berpeganglah kepada etika,” katanya.
Berbalik kepada ucapan Johari Isnin lalu, langkah pembaharuan untuk memastikan Parlimen terus mempunyai kewibawaan sejajar dengan fungsinya sebagai badan yang menggubal undang-undang adalah sesuatu yang sudah lama tertangguh. Beliau tidak mahu lagi Parlimen dipandang serong dan hina oleh rakyat seperti mana yang berlaku pada sesi-sesi Dewan Rakyat sebelum ini.
Di sebalik mungkin ramai Ahli Parlimen yang enggan diumpamakan dengan budak sekolah, ia bergantung kepada sikap, kebertanggungjawaban, dan tutur kata mereka jika tidak mahu disekolahkan, apatah lagi dikenakan tindakan tegas. Tapi kita juga harapkan agar suasana sidang Dewan Rakyat tidak terus berubah menjadi suram dan sendu hingga perjalanannya tidak lagi menarik untuk diikuti.
“Jika anda mahu melangkah ke hadapan, anda perlu bercakap mengenai pembangunan negara, masa hadapan dan idea untuk tahun-tahun mendatang. Itulah sebenarnya yang diinginkan terhadap Ahli Parlimen kerana jika anda masih membincangkan soal isu remeh, maka kita tidak akan ke mana.
“Tambahan pula, satu kajian menunjukkan golongan muda semakin berminat untuk mendengar perbahasan jadi mereka tahu apa yang berlaku di Parlimen. Maka, saya fikir adalah penting untuk menunjukkan nilai yang baik,” kata Johari pada mesyuarat Kelab Concorde -– satu perjumpaan tidak rasmi sekumpulan pengarang dan wartawan kanan dengan ahli politik dan pembuat dasar utama –- pada 6 Okt tahun lalu.
Harap-harap sidang Parlimen bermula Isnin ini akan dipenuhi dengan perbahasan dan idea berkualiti untuk pembangunan negara. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/menyekolahkan-ahli-parlimen-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hembuskan Nafas Terakhir Di Hospital Kerajaan Bekas Ahli Parlimen Paling Tua Meninggal Dunia

Hembuskan Nafas Terakhir Di Hospital Kerajaan Bekas Ahli Parlimen Paling Tua Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 195 hits
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di sebuah hospital tempatan Ahli Parlimen tertua India Shafiqur Rahman Barq telah kembali ke rahmatullah pada usia 94 tahun Barq merupakan anggota Parti Samajwadi dan mewakili kawasan Sambhal ...
Ahli Parlimen Kena Berhati Hati

Ahli Parlimen Kena Berhati Hati

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 222 hits
Agaknya apa yang akan terjadi pada mereka berdua
Intergriti Di Kalangan Ahli Parlimen Perlu Diwujudkan Juga

Intergriti Di Kalangan Ahli Parlimen Perlu Diwujudkan Juga

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 218 hits
Kadangkala integriti yang menjadi praktis dalam kalangan sesetengah orang bukan Islam lebih tinggi berbanding sebahagian besar orang Islam Tindakan yang dikenakan bagi penjawat awam di Jepun seperti di bawah sangat berat namun bagi penjawat...
Ahli Parlimen Bukit Gantang Gua Musang Sedia Kosongkan Kerusi

Ahli Parlimen Bukit Gantang Gua Musang Sedia Kosongkan Kerusi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 222 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Dua Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia mengosongkan kerusi jika pindaan perlembagaannya Sabtu ini melarang mereka menyokong lawan tanpa persetujuan parti Mereka adalah Ahli...
Ahli Parlimen Membangkitkan Kebimbangan Mengenai Kadar Kelahiran Orang Cina Di Malaysia Yang Menurun

Ahli Parlimen Membangkitkan Kebimbangan Mengenai Kadar Kelahiran Orang Cina Di Malaysia Yang Menurun

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 241 hits
Semalam adalah Hari Valentine dan ramai yang meraikan kejadian itu dengan memperlakukan pasangan mereka dengan makan malam romantis coklat dan bunga Dan sempena dengan Hari Valentine Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin menyuarakan kebimba...
Padu Tak Mesra Rakyat Dakwa Ahli Parlimen Tanjung Piai

Padu Tak Mesra Rakyat Dakwa Ahli Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 236 hits
Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng berkata pendaftaran Padu boleh dikatakan agak leceh KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen kerajaan mendakwa laman sesawang pendaftaran Pangkalan Data Pusat tidak mesra pengguna yang mungkin menyebabkan ...
Apa Punya Bengap Ahli Parlimen Pn Ni Nama Agong Pun Tak Tahu

Apa Punya Bengap Ahli Parlimen Pn Ni Nama Agong Pun Tak Tahu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 219 hits
Ahli Parlimen Padang Serai diarah minta maaf kepada AgongMohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myKuala Lumpur Seorang Ahli Parlimen hari ini diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat selepas sec...
Selain Mahiaddin Ini 3 Ahli Politik Bagi Alasan Menggelikan Hati Demi Pelepasan Pasport

Selain Mahiaddin Ini 3 Ahli Politik Bagi Alasan Menggelikan Hati Demi Pelepasan Pasport

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 352 hits
SITI NUR ZAWANI8 Februari lalu Mahkamah Sesyen membenarkan bekas perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin untuk mendapatkan pasport miliknya bagi melawat rakan perniagaan dan menghadiri perasmian restoran halal di Bangkok Thailand Keputu...
Dah Popular Digesa Kim Jongkook Kang Hoon Tolak Tawaran Jadi Ahli Baru Running Man

Dah Popular Digesa Kim Jongkook Kang Hoon Tolak Tawaran Jadi Ahli Baru Running Man

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 135 hits
Bagi mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh Jeon So min dalam Running Man usaha telah dimulakan untuk mencari penggantinya ARTIKEL BERKAITAN Kelmarin video terbaru telah dimuat naik di saluran GYM JONG KOOK di mana Kim Jong kook telah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt