Anwar Muhyiddin Jangan Yang Dikejar Tak Dapat Dikendong Berciciran








Pembangkang akan kehilangan sokongan penyokong tegarnya jika Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin, kata penganalisis.

Mengulas dakwaan yang Anwar bersedia menyingkirkan sekutu Pakatan Harapan dalam usahanya menjadi perdana menteri dengan membuat pakatan dengan Muhyiddin, penganalisis berkata sangat tidak masuk akal jika PKR mahu bergabung atau menyokong kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya memberitahu The Malaysian Insight yang PH dan PKR akan kehilangan sokongan penyokong tegarnya jika mereka menyokong Muhyiddin selepas “tragedi rampasan kuasa” Februari lalu.

Awang Azman berkata walaupun kerajaan PN melakukan kerja baik dalam usaha mengekang wabak Covid-19, penyokong pembangkang masih menyalahkan Muhyiddin dan bekas orang kuat PKR, Azmin Ali, kerana tumbangnya kerajaan PH.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu itu menambah, ia juga tidak masuk akal kerana gabungan itu sukar dibayangkan.

“Adakah Muhyiddin akan turun (sebagai PM) untuk Anwar? Atau dia akan ganti Azmin dengan Anwar dan ahli PKR lain?

“Muhyiddin akan mahu terus jadi perdana menteri dan pada masa sama mengukuhkan kedudukannya,” kata Awang Azman lagi.

Selasa lalu, Anwar menafikan tuduhan beliau sedang berpakat dengan Muhyiddin dan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin untuk menyokong kerajaan semasa.

Walaupun Anwar tidak bercakap mengenai khabar angin itu secara berterus terang, wujud dakwaan yang beliau akan menyokong Muhyiddin jika ada undi tidak percaya dibentangkan di Parlimen pada sidang 13 Julai ini.

Pensyarah sains politik Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali juga percaya yang gabungan Muhyiddin-Anwar sukar termeterai.

“Walaupun imej Muhyiddin sangat positif kerana dasar mesra rakyat dan insentif diberikan kerajaan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, imejnya dicemari dakwaan yang dia membeli sokongan ahli Parlimen dengan lantikan dalam GLC.

“Dan walaupun rakyat nampak seolah-olah tak terlalu bimbang dengan lantikan ini, selagi mana dasarnya adalah mesra rakyat, PKR akan berpecah-belah jika Anwar menyokong Muhyiddin ketika ini.”

Mazlan berkata, jika perkara itu berlaku, ia adalah perpecahan kedua dalam PKR dalam tempoh kurang enam bulan.

PKR yang menang 50 kerusi Parlimen pada PRU2018, kini hanya memiliki 38 kerusi selepas Azmin membawa bersamanya 10 wakil rakyat untuk menyertai Bersatu.

Walaupun Ahli Parlimen Selangau Baru Bian keluar bersama-sama Azmin, beliau memutuskan untuk menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong Dr Mahathir Mohamad.

Anwar juga perlu menjustifikasikan sokongannya kepada Muhyiddin kerana ia akan menjejaskan DAP dan Amanah yang menyokong Dr Mahathir melawan Muhyiddin.

“Walaupun DAP dan Amanah masih rapat dengan Anwar, kedua-dua parti hanya akan menyokongnya jika dia dapat menjustifikasikan kenapa langkah (sokong Muhyiddin) diperlukan.”

Secara teorinya ia boleh dilakukan, tetapi sangat sukar menjadikannya satu realiti kerana kemungkinan gabungan Anwar-Muhyiddin juga akan memecahkan PN, kata Mazlan.

“Jika Anwar betul-betul sokong Muhyiddin, akan ada perpecahan dalam PN kerana sebilangan orang Umno dan kumpulan Azmin tidak akan selesa dengan Anwar.

“Anwar sokong Muhyiddin mungkin nampak bagus secara teori tetapi pengamalannya hampir mustahil tanpa sebarang perpecahan sama ada dalam PH, PKR atau PN,” kata Mazlan lagi. –

 2 Julai, 2020. By Chan Kok Leong.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/anwar-muhyiddin-jangan-yang-dikejar-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Muhyiddin Pact Nice On Paper But Full Of Holes

Anwar Muhyiddin Pact Nice On Paper But Full Of Holes

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 282 hits
THE opposition will lose its core supporters if Anwar Ibrahim decides to back the Muhyiddin Yassin government said analysts Commenting on allegations that Anwar is preparing to dump his Pakatan Harapan allies in the quest to become prime mi...
Surat Akujanji Anwar Sokong Muhyiddin Palsu Saifuddin

Surat Akujanji Anwar Sokong Muhyiddin Palsu Saifuddin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 749 hits
Diterbitkan Hari ini 1 31 pmSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan surat akujanji yang menggambarkan presiden partinya Anwar Ibrahim menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia Palsu kata Saifuddin...
Anwar Jumpa Muhyiddin Hamzah Bawa Agenda Reformasi

Anwar Jumpa Muhyiddin Hamzah Bawa Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 401 hits
Ng Xiang Yi Pimpinan pusat dan anggota parlimen PKR bersetuju untuk memberi ruang dan kebebasan yang secukupnya kepada presiden parti Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sesiapa sahaja dalam usaha mengembalikan kerajaan Pakatan Harapan Men...
Jangan Marah Kalau Anwar Tidak Percaya Dan Kami Juga Tidak Mempercayainya

Jangan Marah Kalau Anwar Tidak Percaya Dan Kami Juga Tidak Mempercayainya

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 259 hits
W FAUDZIN NSJangan marah kalau Anwar berijtihad tidak lagi mahu percaya kepada manusia ini Letaklah perjanjian bertulis setinggi gunung kinabalu sekalipun kalau dia kata itu bukan kitab suci apa lagi kita mahu kata
Tidak Mustahilkah Anwar Muhyiddin Dan Najib Bersatu Semula

Tidak Mustahilkah Anwar Muhyiddin Dan Najib Bersatu Semula

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 258 hits
Dua tahun sebelum memecat Anwar Ibrahim pada 1998 Tun Mahathir Mohamad telah mengambil langkah berdamai dengan Tengku Razaleigh Hamzah atas nama perpaduan Melayu Perdamaian pada tahun 1996 yang diaturkan oleh taikun Ananda Krishnan itu kemu...
Semangat Dalam Ph Jangan Dirungkai Kata Anwar

Semangat Dalam Ph Jangan Dirungkai Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 282 hits
Kita harus kembali kepada landasan perjuangan demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan malam ini Beliau berkata demikian sebagai gesaan kepada rakan rakan di dalam Pakatan Harap...
Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 555 hits
Sekarang ini sudah jelas lagi bersuluh Matlamat Dr Mahathir di penghujung karier politik dan mungkin juga di penghujung nyawa hanya 2 iaitu sekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan naikkan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Mente...
Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 353 hits
Anwar Ibrahim PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepe...
Ph Tak Dapat Kalahkan Muhyiddin Yassin Kerana Anwar Ibrahim Tun M

Ph Tak Dapat Kalahkan Muhyiddin Yassin Kerana Anwar Ibrahim Tun M

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 351 hits
PH tidak berminat untuk ambil alih kerajaan Dr MahathirPakatan Harapan seolah olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri kata Tun Dr Mahathir Mohamad Katanya ia s...
Failed Startups To Success

Telefilem Sinar Ramadan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Me Time Sempena Women S Day

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Nak Ke Mana Buah Tangan Dato Sri Siti Nurhaliza Sempena Lebaran Kali Ini

Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya Di Bulan Puasa Ni

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Man Nabbed For Molesting Women At Ramadan Bazaar

The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment