Anwar Memerdekakan Minda Melayu Dalam 4 Dekad Perjuangan



Anwar memerdekakan minda Melayu dalam 4 dekad perjuanganOleh: Redzuan RF8 MediaJune 15, 2020ShareOleh: Dr Mohd Amim OthmanSeorang pejuang rakyat yang ikhlas berpendapat perubahan di dalam kualiti hidup masyarakat yang dipimpin merupakan satu kepuasan yang paling manis untuk dikecapi. Nelson Mandela merengkok di dalam penjara selama 27 tahun dan menjadi presiden hanya untuk beberapa ketika, tetapi perjuangan beliau berjaya membebaskan rakyat pribumi Afrika Selatan dari kekejaman rejim Apartheid.Apabila disoal tentang kemanisan perjuangan, beliau menyatakan “When you find a cause worth, fighting for you become passionate and passion fuels the fires of perseverance”. Pada pandangan beliau, kejayaan menjawat jawatan Presiden Afrika Selatan tidak sama dengan kejayaan beliau membebaskan kaum pribumi dari cengkaman kaum kulit putih Afrika. Bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejayaan membebaskan orang Melayu dari cengkaman “saka” kumpulan politik bangsa dan agama merupakan satu kemanisan perit jerih perjuangan berbanding kejayaan memenuhi tuntutan ahli parti agar beliau menjadi Perdana Menteri.Perjuangan Datuk Seri Anwar sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar dan ikhlas sehingga kini masih gagal difahami oleh setengah penyokong walaupun sudah hampir 22 tahun mereka bersama beliau. Dari tahun 1982, Datuk Seri Anwar bersama Tun Mahathir sehingga dipecat pada 2 September 1998 dan bekerjasama semula dengan Tun pada 2016. Dan kini, bekerjasama dengan terdapat risiko perpecahan dalam parti.Agenda ReformasiIni semua adalah rentetan kerjasama yang perit atas dasar melaksanakan impian agenda Reformasi berbanding perjuangan mendapatkan jawatan. Sebenarnya, perdebatan penyokong Datuk Seri Anwar tentang perlukah beliau sekali lagi ditipu oleh Tun seharusnya tidak timbul. Ketiga-tiga era kerjasama dibuat di atas dasar dan persetujuan yang berlainan.Di setiap peringkat kerjasama Tun dan Datuk Seri Anwar, pemenangnya adalah Anwar. Tun Mahathir mendapat jawatan dan “kesenangan” tetapi Anwar mendapat “kepuasan” iaitu agenda Reformasi beliau dilaksanakan dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia.Pada 17 September 2018, Datuk Seri Anwar sekali lagi menegaskan bahawa terdapat banyak pihak yang mempersoalkan sejauh mana kebenaran Tun akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau satu hari nanti, namun terlupa dengan perjanjian ditandatangani antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.Persoalan yang sama sebenarnya diterima beliau kali pertama ketika melangkah masuk ke dalam Umno. Jawatan dan laba apakah yang beliau dapat dari keputusan menyertai Umno? Sebenarnya, pemimpin hebat tidak menilai kejayaan dengan jumlah laba yang diperolehi berbanding jumlah kesenangan yang dapat dirasai rakyat.Malah, beliau turut menambah, PH bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana beliau menerima agenda perubahan dan menandatangani dokumen mempertahankan kebebasan demokrasi serta badan kehakiman, menolak rasuah dan penyelewengan serta perkauman sempit. Beliau bersetuju kerana agenda reformasi itu dipersetujui dan percaya Dr Mahathir akan melaksanakan janji itu.Usaha ke arah melaksanakan agenda bukan suatu perkara yang mudah. Tetapi dalam beberapa peringkat ia berjaya dilaksanakan. Cuma rakyat dapat merasai perubahan tersebut, tetapi tidak dapat menilai sejauh manakah pelaksanaan Reformasi berjaya dilaksanakan. Dalam sejarah kehidupan orang Melayu, mereka senang merasai kenikmatan dan kesedapan sesuatu perubahan tetapi mereka acapkali tidak dapat menilai perubahan yang merubah kehidupan mereka.Sistem kewangan IslamFasa pertama kerjasama Tun – Anwar memperlihatkan harapan Anwar untuk melaksanakan pembentukan sistem kewangan Islam (bank), pendidikan Islam (universiti) dan perlindungan insuran (takaful) berjaya dibuat di Malaysia. Sehingga beliau dinobatkan dengan pelbagai anugerah kejayaan di peringkat antarabangsa dalam bidang pengurusan dan tadbir urus kewangan negara. Malah, pemilikan rumah kepada masyarakat Melayu bandar diperkenalkan dengan pembinaan ratusan ribu rumah PPRT dan peningkatan taraf kualiti hidup miskin bandar serta desa melalui skim Amanah Ikhtiar.Fasa kedua kerjasama memperlihatkan buat pertama kalinya BN dapat dikalahkan oleh Pakatan Harapan dan retorik hanya Umno membantu orang Melayu berjaya dinyahkan dengan memperlihatkan hipokrasi penggunaan unsur bangsa oleh parti politik dalam menagih sokongan rakyat. Malah kerjasama ini berjaya membongkar penyelewangan wang rakyat melalui pelbagai skandal berskala besar seperti IMDB dan Felda.Tanpa kerjasama ini, penyelewang Umno kekal menjadi mitos dan sebuah siri penipuan oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Melayu. Akhirnya rakyat dapat memahami bahawa Umno adalah sebuah parti Melayu yang mengunakan landasan bangsa dan selama 60 tahun menjarah kekayaan untuk kesenangan pemimpin elit Melayu, manakala marhaen Melayu di desa mendapat lebihan kuah dan tulang.Fasa ketiga kerjasama Tun dan Datuk Seri Anwar adalah kejayaan membentuk generasi Melayu yang bebas dari hipokrasi pemimpin yang mengunakan unsur agama demi kepentingan mereka. Setelah kejayaan PH membentuk kerajaan baru, rakyat disedarkan dengan kebenaran bahawa sebuah parti bersandarkan agama seperti juga parti politik lain di Malaysia adalah sebuah parti politik nasional yang mengunakan hudud sebagai alat politik mereka. Setelah berjaya membentuk kerajaan ‘tebuk atap’, akhirnya pemimpin parti agama berkenaan mengakui bahawa hudud bukan mudah dilaksanakan tanpa majoriti 2/3.Bukan dasar IslamParti Islam tersebut akhirnya memperlihatkan perjuangan mereka bukan atas dasar Islam semata-mata tetapi atas dasar kuasa. Apabila, slogan “Umno kafir” dengan mudah ditukar menjadi Muafakat Nasional. Prinsip agama dikorbankan atas dasar kerjasama bangsa. Mengakui bahawa tanpa kerjasama atas dasar bangsa, Melayu dan Islam tidak dapat dipertahankan. Akhirnya siapakah yang patut dipersalahkan ke atas kematian As-Syahid Ibrahim Libya? Umno atau kejahilan ahli parti Islam memahami perjuangan politik pemimpin mereka?Pemimpin yang bijaksana akan menunggang kezaliman. Dalam kegelapan ahli parti memahami intipati perjuangan pemimpin mereka, cahaya kejayaan dalam mencipta perubahan pasti menyerlah. Fasa keempat kerjasama, hanya masa akan menentukan siapa benar dan siapa salah, siapa menipu dan siapa ditipu, siapa bijaksana dan siapa terkena.Fasa akhir kerjasama ini, diharapkan “si Kitol Melayu” sudah tiada dan orang Melayu akan bersatu padu di atas dasar Islam yang memimpin. Orang Melayu tidak lagi dipisahkan antara unsur bangsa dan agama. Mereka disatukan di atas kesatuan bangsa Malaysia dan bersatu padu dengan kaum lain membentuk bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu padu. Bangsa Melayu Islam baharu akan memimpin rakyat Malaysia ke arah Malaysia yang berintegriti dan beramanah.______________________________________________________________________________Penulis merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Madani 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/anwar-memerdekakan-minda-melayu-dalam-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Melayu Minda Miskin Jiwa Penggemis

Kisah Melayu Minda Miskin Jiwa Penggemis

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 271 hits
TAPI TERBAIK DAN ADA KEBENARAN Hari ini tiba tiba kita sakit hati marah tengok orang Acheh berniaga Orang Acheh merantau beribu batu ke negara kita untuk berniaga Ada yang mungkin berjudi nyawa mereka di dalam bot tongkang yang boleh karam ...
Video Anwar Depani Masalah Orang Melayu Bukan Melabel

Video Anwar Depani Masalah Orang Melayu Bukan Melabel

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 262 hits
Pada 6 September 2019 beliau menulis dalam blog yang sama Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka Malangnya mereka tidak sedar Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar Mereka masih enggan bekerja Ad...
Anwar Atau Mahathir Bohong Krisis Kewangan Melayu Malas

Anwar Atau Mahathir Bohong Krisis Kewangan Melayu Malas

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 687 hits
Anwar Ibrahim berkonfrontasi dengan Mahathir Pada 12 Jun 2020 Anwar Ibrahim berkata labelkan Melayu malas adalah antara kesilapan taktikal yang berlaku ketika PH jadi kerajaan Walau pun tidak dinyatakan kita tahu Dr Mahathir menggunakan lab...
Wanita Pkr Teruskan Perjuangan Bersama Anwar

Wanita Pkr Teruskan Perjuangan Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 528 hits
Monaliza Mokhtar Saya ingin menjawab penulisan yang mengatakan kononnya wanita PKR akan karam tanpa Zuraida Hasniza Talha Dr Daroyah adalah tidak benar Mereka syak sendiri dan masih ego dengan sikapnya yang suka melawan presiden parti Janga...
Jatuh Bangunnya Perjuangan Anwar

Jatuh Bangunnya Perjuangan Anwar

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 241 hits
Satu Malaysia ni semua istana saya makan santapan dengan raja tapi saya juga makan di lokap paling hina pakaian elok pakaian lusuh telanjang pun sudah besok kalau Allah takdirkan kamu pemerintah kamu kena ingat apa erti KEZALIMAN apa erti s...
Sultan Johor Sokong Anwar Ibrahim

Sultan Johor Sokong Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 290 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat perkenan dari Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada kerajaan Perikatan Nasional Menurut bekas Ketua C...
Parliament Must Scrutinise Stimulus Package Says Anwar

Parliament Must Scrutinise Stimulus Package Says Anwar

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 339 hits
PKR president Anwar Ibrahim says many questions about the stimulus package must be resolved PETALING JAYA Parliamentary opposition leader Anwar Ibrahim has called for a debate on the government s RM35 billion stimulus package to help the ec...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah