Anwar Ibrahim Tetap Tabah Ketika Dipenjarakan


 







Oleh: Onn Abu Bakar

Sepanjang Anwar Ibrahim dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh dari tahun 1998 hingga tahun 2004, penulis berkesempatan beberapa kali berkunjung melawat beliau. Dalam salah satu kesempatan tersebut penulis telah melawat beliau bersama dengan Ustaz Hashim Yahya, Mufti Wilayah Persekutuan pada ketika itu.

Hashim Yahya telah berkata kepada penulis, "Kalau orang lain sudah pasti mereka tak mampu bertahan seperti Anwar Ibrahim!" ujar bekas Mufti Wilayah Persekutuan, allahyarham Ustaz Dato' Hashim Yahya!

Inilah ungkapan bila beliau dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim di luar pintu surau Penjara Sungai Buloh sekitar Februari 1999.

Sebelum penulis menulis lagi, penulis ingin memaklumkan bahawa Hashim Yahya terlalu gembira bila penulis hubungi beliau yang pada minggu hadapan beliau akan menunaikan solat Jumaat di Penjara Sungai Buloh di mana beliau ditugaskan sebagai khatib dan imam solat Jumaat.

Kegembiraan tersebut dinyatakan bila beliau memaklumkan kepada penulis bahawa baru semalam beliau melakukan solat hajat untuk berjumpa Anwar Ibrahim.

Dan hari ini penulis pula menghubungi beliau bahawa minggu hadapan akan bersama menemui Anwar Ibrahim. Dengan kegembiraan Hashim Yahya dengan suara tersekat-sekat menyatakan Allah telah memakbulkan doanya.

Kami telah diiringi oleh pegawai penjara sewaktu berjalan ke arah surau berkenaan dan kami juga diberitahu Anwar Ibrahim belum tiba lagi. Sebaik saja kami sampai beliau naik tangga surau berkenaan.

Penulis sempat juga melihat jam di tangan menunjukkan kurang 15min untuk masuk waktu solat Jumaat. Tidak lama kemudian Anwar Ibrahim pun sampai. Lantas Hashim Yahya memeluk erat sahabat lamanya di depan anak tangga surau. Sempat seminit dua mereka bertanya khabar.

Ketika sedang kami berbual tiba-tiba ada seorang banduan berbangsa Bangladesh menyapa Anwar Ibrahim dengan sopan dan memberikan hadiah songkok buatannya sendiri untuk kegunaan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim segera memakai songkok berkenaan di hadapan kami dan mengucapkan terima kasih kepada banduan berkenaan kerana bersusah payah menbuatkan songkok untuknya. Tetapi banduan berbangsa Bangladesh ini perasan bahawa songkok yang dibuatnya agak kecil sedikit saiznya apabila Anwar Ibrahim mencubanya.

Belum sempat Anwar Ibrahim berkata2 sesuatu, banduan berkenaan terus menyatakan dia akan buat satu lagi songkok yang lebih besar sedikit untuk Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tersenyum bila mendengar janji banduan tersebut.

Peristiwa ini ditonton oleh ramai banduan yang telah mula masuk naik ke surau untuk bersemabahyang Jumaat. Hampir semua banduan begitu hormat dengan Anwar Ibrahim, ada yang bersalaman dan ada yang menyapanya dengan wajah yang amat ceria.

Bila kami semua masuk dan duduk ke dalam surau sambil menunggu azan, suasana di dalam surau waktu itu agak tenang.Penulis dan Hashim Yahya duduk di saf yang pertama manakala Anwar Ibrahim pula duduk di saf yang ke tiga.

Bila penulis menoleh ke belakang beberapa orang banduan kelihatan bersalam dengan Anwar Ibrahim sambil kedengaran memaklumkan dengan perlahan pada Anwar Ibrahim, "Dato Seri, saya reformasi!"

Jelas di sini bagaimana banduan-banduan itu tahu apa itu sedangkan mereka semua berada lama dalam penjara.

Kami berdua pulang setelah selesai solat Jumaat dan penulis sempat melihat linangan air mata pada Hashim Yahya sebaik saja beliau memeluk dan bersalaman perpisahan dengan Anwar Ibrahim.

Penulis juga melihat Anwar Ibrahim agak tenang dalam suasana sedih tersebut. Beliau juga sempat berkata sesuatu kepada Hashim Yahya.

Sosok badan Anwar Ibrahim sewaktu kami berjumpa beliau agak kurus namun seperti biasa wajah beliau tetap tenang dan cekal.

Difahamkan solat Jumaat di Penjara Sungai Buloh tersebut telah terus diadakan sehingga kini sejak Anwar Ibrahim menulis surat kepada Pengarah Penjara menggesa supaya diadakan solat Jumaat sewaktu beliau awal-awal berada di penjara tersebut.

Dan sepanjang kami berjalan keluar dari bangunan penjara tersebut, Hashim Yahya terus menyatakan dengan sedih "Kalau orang lain sudah pasti mereka tidak mampu bertahan seperti Anwar Ibrahim".

FB: En

Onn Abu Bakar

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/anwar-ibrahim-tetap-tabah-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Anwar Ibrahim Bicara Ramadhan Dan Iftar Wadah Di Bangi

Video Anwar Ibrahim Bicara Ramadhan Dan Iftar Wadah Di Bangi

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 242 hits
MENGUPAS ISU1 KECUAIAN KERAJAAN KEMISKINAN2 TATAKELOLA KERAJAAN DAN PENDUSTA AGAMA3 MERITOKRASI4 KELEMAHAN PENTADBIRAN5 ISU STEVEN SIM6 DENDA DAN KES GANAPATHYBantuan yang cuba diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim kepada ...
Lepas Umum Sokong Anwar Ibrahim Permohonan Geran Afdlin Ditolak

Lepas Umum Sokong Anwar Ibrahim Permohonan Geran Afdlin Ditolak

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Pelakon dan produser terkenal Datuk Afdlin Shauki Aksan kecewa apabila dimaklumkan gagal mendapatkan geran kerajaan untuk projek filem terbaharunya Angel of Sandakan Menurut beliau filem terbabit adalah cubaannya untuk memenuhi...
Anwar Ibrahim Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa

Anwar Ibrahim Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 238 hits
KENYATAAN MEDIA 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita merudum 18 anak tangga ke 119 dari 180 negara menurut Indeks Tahunan Kebebasan Akhbar yang dijalankan ole...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan