Lepas Umum Sokong Anwar Ibrahim Permohonan Geran Afdlin Ditolak



KUALA LUMPUR - Pelakon dan produser terkenal, Datuk Afdlin Shauki Aksan kecewa apabila dimaklumkan gagal mendapatkan geran kerajaan untuk projek filem terbaharunya, Angel of Sandakan.
Menurut beliau, filem terbabit adalah cubaannya untuk memenuhi aspirasi kerajaan dalam mendapatkan pencalonan atau memenangi Academy Award seperti diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika menyuarakan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya, Afdlin tidak menolak kemungkinan permohonan itu ditolak susulan penyertaannya secara rasmi dan terbuka ke dalam parti PKR.
“Pada pendapat saya, kenapa perkara ini berlaku adalah tak lain dan tak bukan kerana saya secara rasmi dan terbuka telah menunjukkan sokongan saya kepada PKR iaitu parti yang membangkang kerajaan sekarang.
“Saya tidak terkejut dan sedikit sebanyak sudah pun dapat merasakan yang inilah apa yang akan berlaku, bukan kerana projek ini tidak baik, kerana sebelum ini saya ada diberitahu yang projek ini secara asasnya telah dipersetujui oleh beberapa individu di dalam badan kerajaan itu secara lisan.
“Tetapi selepas saya menyatakan sokongan kepada (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semuanya berubah,” luahnya.
Beliau berkata, projek terbabit merupakan antara yang mendapat perhatian dan respon baik daripada golongan kreatif dan profesional di dalam dan luar negara, termasuk seorang pemenang Oscar.
“Di dalam perniagaan dan sebagai sebuah syarikat, Petra Group yang diketuai oleh Datuk Vinod Sekhar, tidak pernah mencampur-adukkan politik dan perniagaan malah kami memilih untuk berkerjasama dengan semua pihak serta membuka peluang kerja kepada sesiapapun tak mengira pandangan politik individu itu.
“Dalam kerja-kerja amal pula, Yayasan Afdlin Shauki (YAS) dan Vinod Sekhar Foundation pula berkerjasama dengan semua golongan dalam usaha membantu sesama manusia tidak mengira latar belakang politik, bangsa atau agama.

“Kerjasama dengan Pemuda PAS, UMNO malah BERSATU adalah kebiasaan bagi kami kerana pada asasnya kerja NGO mempunyai tujuan kemanusiaan dan objektif kami ini adalah sama,” katanya.
Menurut beliau lagi, projek Angel of Sandakan satu usaha untuk menaikkan nama negara.
“Saya ingat perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana kerajaan ketika ini digembar-gemburkan sebagai mahu menjadi lebih baik dari kerajaan-kerajaan sebelumnya.
“Mungkin saya yang silap,” katanya. – Getaran



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/lepas-umum-sokong-anwar-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Finas Tolak Permohonan Geran Afdlin Shauki Bermotif Politik Kata Anwar Hantar Beliau Bertanding Di Bera

Finas Tolak Permohonan Geran Afdlin Shauki Bermotif Politik Kata Anwar Hantar Beliau Bertanding Di Bera

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 364 hits
May 3 2021 Anwar Ibrahim menuntut Finas mengkaji semula permohonan geran Afdlin Shauki dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa tindakan Perbadanan Kema...
Permohonan Kedua Kerajaan Pas Kelantan Untuk Lockdown Ditolak Kerajaan Pusat

Permohonan Kedua Kerajaan Pas Kelantan Untuk Lockdown Ditolak Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 382 hits
May 5 2021 Kerajaan persekutuan menolak permohonan kali kedua Kelantan bagi pelaksanaan lockdown atau perintah kawalan pergerakan lebih ketat sekali lagi Ini kerana langkah itu dilihat akan memberi impak besar kepada ramai pihak khususnya a...
Video Zunar Sebagai Hos Anwar Ibrahim Ain Husniza Bicara Isu Semasa Melibatkan Sekolah

Video Zunar Sebagai Hos Anwar Ibrahim Ain Husniza Bicara Isu Semasa Melibatkan Sekolah

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 418 hits
06 05 2021 5 00PM Petang Anwar Ibrahim Saya akan bersama adik Ain Husniza Saiful Nizam dalam program bicara tentang isu semasa yang melibatkan sekolah dan pendidikan dalam rencana besar mewujudkan persekitaran yang selamat buat anak anak di...
Permohonan Lockdown Di Kelantan Ditolak

Permohonan Lockdown Di Kelantan Ditolak

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 318 hits
Permohonan kali kedua Kelantan untuk melaksanakan lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan lebih ketat sekali lagi ditolak oleh Kerajaan Pusat Difahamkan permohonan itu ditolak dengan alasan pelaksanaan lockdown akan memberi implikasi besa...
Anwar Ibrahim Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa

Anwar Ibrahim Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 291 hits
KENYATAAN MEDIA 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita merudum 18 anak tangga ke 119 dari 180 negara menurut Indeks Tahunan Kebebasan Akhbar yang dijalankan ole...
Anwar Maintains Finas Denied Afdlin On Political Grounds

Anwar Maintains Finas Denied Afdlin On Political Grounds

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 341 hits
PKR president Anwar Ibrahim has demanded a review of the grant application from actor director Afdlin Shauki PETALING JAYA Opposition leader and PKR president Anwar Ibrahim has accused Finas the national film development corporation of havi...
Ph Sarawak Kini Sokong Anwar Selepas Shafie Kalah Kata Penganalisis

Ph Sarawak Kini Sokong Anwar Selepas Shafie Kalah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 497 hits
Goh Pei PeiKUCHING Penganalisis politik berkata Pakatan Harapan Sarawak khasnya DAP tiada pilihan kecuali menyuarakan sokongan untuk Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya umum ke 15 Penganalisis sosiopo...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan