Anwar Ibrahim Syor Kerajaan Buka Semula Kes Zaman Ph


Anwar Ibrahim cabar PM Ambil Tindakan Jika Dakwa Ada Pendakwaan Terpilih Dahulu
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Pendakwaan terpilih di bawah PH? Buka semula kes sebegini, kata Anwar kepada PM

Anwar Ibrahim berkata jika Ismail Sabri Yaakob membayangkan bahawa kerajaan PH mengamalkan pendakwaan terpilih, Jabatan Peguam Negara boleh membuka semula kes sedemikian.
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengesyorkan kerajaan membuka semula fail siasatan terhadap sebarang kes dianggap sebagai 'pendakwaan terpilih' yang didakwa berlaku semasa Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan.

Anwar menegaskan andainya berlaku 'pendakwaan terpilih' dalam PH, tiada halangan untuk Peguam Negara untuk membuka semula fail kes berkenaan.


Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, terdapat juga pihak membangkitkan dakwaan mengenai seorang pemilik konglomerat besar yang dilindungi (ketika pentadbiran PH) kerana anaknya terlibat dengan kes jenayah dadah.

"Jangan bagi alasan, sindiran seolah-olah ada (pendakwaan terpilih). Jika ada, silakan (siasat dan dakwa). Saya tidak (berada) di sini untuk mempertahankan konglomerat kaya yang rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada mesyuarat khas penggal keempat Parlimen ke-14 di Kuala Lumpur 20 Januari 2022. ― Gambar Bernama
"Saya syorkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya memastikan Peguam Negara sama ada yang sekarang atau yang dulu untuk buka semula fail. Tiada had tempoh untuk kes jenayah,” katanya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Parlimen di sini.


Presiden PKR itu secara peribadi juga menyokong langkah itu sebagai peringatan kepada semua pihak khususnya individu yang dilihat kononnya lantang mengkritik isu rasuah.


"Bagi saya ada baiknya (buka semula siasatan)...supaya bagi orang-orang yang berdegar-degar cakap soal rasuah, tahu hadnya bila dia sendiri atau keluarganya terpalit dengan jenayah atau rasuah,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat menegaskan kerajaan tidak akan sesekali melindungi mana-mana individu yang berdepan kes rasuah yang sedang dibicara di mahkamah atau membuat pendakwaan terpilih kepada individu tertentu.

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Dalam pada itu, Anwar berkata, 'penyakit' rasuah di dalam negara ini yang turut melibatkan pelbagai agensi perlu dibanteras untuk mengelakkan kehancuran negara dan semua pihak perlu ada semangat serta azam baharu untuk membanteras rasuah.


"Perlu ada ketegasan dan penerangan kepada rakyat (mengenai kes rasuah yang berlaku). Kalau ada polemik dalam kalangan elit politik cuba memadamkan (menafikan kesalahan) dan membesarkan atau mendewakan individu yang terpalit dengan rasuah besar adalah mengaibkan serta menjatuhkan maruah rakyat negara ini,” katanya. - Bernama

SOURCE: SH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2022/03/anwar-ibrahim-syor-kerajaan-buka-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Kembalikan Semula Saman Kes Liwat

Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Kembalikan Semula Saman Kes Liwat

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com February 23 2022 11 15 AMHakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais menegaskan saman itu adalah percubaan untuk mengetepikan sabitan kes liwat 2 terhadap Anwar Ibrahim PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar Ibrah...
Jangan Hanya Sindir Buka Semula Fail Jika Benar Pendakwaan Terpilih Anwar Cabar Pm

Jangan Hanya Sindir Buka Semula Fail Jika Benar Pendakwaan Terpilih Anwar Cabar Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 168 hits
March 2 2022 Anwar Ibrahim berkata jika Perdana Menteri mengandaikan bawah kerajaan PH berlaku pendakwaan terpilih maka tidak ada halangan sama sekali untuk Peguam Negara membuka semula fail berkaitan PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar I...
Anwar Ibrahim Bersama Calon Pkr N27 Layang Layang Maszlee Malik

Anwar Ibrahim Bersama Calon Pkr N27 Layang Layang Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 176 hits
JELAJAH DUN LAYANG LAYANG Bersama calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri Layang Layang Dr Maszlee Malik malam ini
Anwar Persoal Kenapa Anak Tauke Besar Terlibat Kes Dadah Boleh Terlepas

Anwar Persoal Kenapa Anak Tauke Besar Terlibat Kes Dadah Boleh Terlepas

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 169 hits
March 4 2022 Anwar Ibrahim berkata Malaysia mempunyai undang undang dan seharusnya orang yang didapati bersalah perlu dihukum SIMPANG RENGGAM Presiden PKR Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana anak seorang tauke besar yang ditahan atas kesa...
Siasat Kluster Mahkamah Cuba Selesaikan Kes Anwar

Siasat Kluster Mahkamah Cuba Selesaikan Kes Anwar

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 172 hits
Dakwaan bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiddin Yassin bahawa terdapat pemimpin Umno kluster mahkamah bertemu beliau untuk membantu mempengaruhi atau menyelesaikan kes mahkamah perlu disiasat Ketua Pembangkang Parlimen malaysia Datuk Seri An...
Dakwaan Disuap Untuk Lepaskan Kes Dadah Anak Taikun Thomas Akhirnya Buka Mulut Dedah Perkara Sebenar

Dakwaan Disuap Untuk Lepaskan Kes Dadah Anak Taikun Thomas Akhirnya Buka Mulut Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 165 hits
February 20 2022 Bekas peguam negara Tommy Thomas menepis dakwaan bahawa dia bersikap korup semasa mengendalikan kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal Vincent Tan Dakwaan itu dibuat di akaun Twitter Edisi Khas yang tidak ...
Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 332 hits
Berita gembira buat peminat Jo In sung Jo In sung yang telah berada dalam bidang lakonan sejak tahun 1998 akan berinteraksi bersama peminat dengan lebih aktif melalui akaun Instagram peribadinya Pada 3 Mac IOK Company iaitu agensi kepada ar...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran