Anwar Ibrahim Seperti Nelson Mandela Afdlin Shauki



KUALA LUMPUR: Lima kali bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendengar sendiri falsafah perjuangan politik Presiden PKR itu, akhirnya menemukan Datuk Afdlin Shauki pada jawapan kenapa beliau harus memilih untuk bersama-sama parti berkenaan dalam langkah politiknya.
PKR, kata Afdlin, misi parti itu, seiring dengan kecintaan beliau pada kerja-kerja kemasyarakatan.
Mendampingi rakyat, menyantuni golongan tidak berkemampuan dan membantu mengubah nasib golongan yang memerlukan adalah kerja-kerja yang sering dilakukan Afdlin selama ini di bawah payung pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Justeru, melihat ketekunan Anwar dan PKR meletakkan kebajikan rakyat pelbagai kaum sebagai keutamaaan dalam perjuangan menyebabkan seniman itu membulatkan tekad untuk berada dalam platform yang sama.
Dalam masa sama, Afdlin, 50, juga mengagumi semangat perjuangan Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Kata Afdlin, segala kepayahan yang dilalui Anwar sepanjang beberapa dekad dalam gelanggang politik benar-benar menyentuh hatinya.
“Perjuangan Datuk Seri Anwar dari kaca mata saya seperti mana yang dilalui Nelson Mandela. Seperti mana Nelson Mandela melalui kepayahan sehingga dipenjara, demikian juga dengan Datuk Seri Anwar.
“Saya kagum dengan ketabahan dan kesabaran beliau,” kata Afdlin dalam wawancara bersama Astro AWANI.
Mandela yang meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 2013 merupakan bekas Presiden Afrika Selatan yang mengetuai peralihan pentadbiran negara itu daripada minoriti kulit putih pada awal 90-an selepas 27 tahun dipenjara.
Afdlin yang menempa kemasyhuran sebagai pelakon, pengarah, penyanyi dan penerbit pada Selasa mengesahkan kepada Astro AWANI memilih PKR sebagai wadah politiknya.
Penyertaan Afdlin akan diumumkan secara rasmi oleh Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada malam esok.
Pernah bersama UMNO sebelum ini, penghijrahan Afdlin ke PKR semata-mata untuk bersama-sama Anwar melakukan perubahan pada gelanggang politik dan ke arah kebaikan Malaysia untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Sebagai seorang bapa kepada tiga cahaya mata, Afdlin berkata, untuk melihat masa depan negara yang lebih gemilang, Malaysia harus dipimpin oleh seorang pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
“Datuk Seri Anwar memiliki ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan negara. Saya tidak ragu-ragu untuk bersama PKR, mahu membantu beliau membawa Malaysia ke landasan yang diperlukan,” ujar Afdlin lagi.
Selain Afdlin, rakannya, Datuk Hans Isaac juga sebelum ini dilihat semakin aktif dalam lapangan politik dan difahamkan PKR juga menjadi wadah pilihannya.
Ditanya maklum balas daripada golongan karyawan seni terhadap keputusannya untuk bergerak aktif dalam politik, Afdlin berkata, sebetulnya ramai rakan artis yang mempunyai keinginan sama sepertinya.
Namun, kebimbangan sebahagian besar daripada mereka, tegas Afdlin, ialah risau periuk nasi terjejas hanya kerana memberi sokongan secara terbuka pada parti politik pembangkang.
“Kita tidak boleh salahkan mereka kerana masing-masing perlu menjaga kerjaya. Namun, saya amat yakin, sekalipun memilih untuk bersama parti politik apa sekalipun, rezeki Allah yang akan tentukan. 
“Perjuangan saya adalah untuk masa depan generasi akan datang termasuk anak-anak saya sendiri. Saya mahukan generasi akan datang dapat menikmati kemakmuran di bumi Malaysia,” kata Afdlin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/anwar-ibrahim-seperti-nelson-mandela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Ada Orang Hormat Orang Seni Selain Anwar Afdlin Shauki

Tidak Ada Orang Hormat Orang Seni Selain Anwar Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 208 hits
Salah satu sebab pelakon dan pengarah filem tanah air Afdlin Shauki membuat keputusan untuk menyertai KEADILAN adalah disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri Beliau menganggap Anwar sentiasa menyokong perkembangan seni dan budaya tempat...
Video Saya Mahu Lihat Anwar Jadi Pm Afdlin Shauki Altimet Sertai Pkr Secara Rasmi

Video Saya Mahu Lihat Anwar Jadi Pm Afdlin Shauki Altimet Sertai Pkr Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 270 hits
Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet sah menyertai PKR Perkara itu diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Bersama Anwar d...
Temu Anwar Di Ampang Bersama Altimed N Afdlin Shauki

Temu Anwar Di Ampang Bersama Altimed N Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 336 hits
Khamis ini di Ampang Join saya dan Dato Menteri Besar Selangor YAB Amiruddin Shari bersama Altimet dan Afdlin Shauki Daftar kehadiran di bit ly meetanwar MeetAnwar
Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh Umno

Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh Umno

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 560 hits
Petikan dari satu surat bertarikh 11 Oktober 2020 yang didakwa dihantar Zahid sendiri kepada Yang di Pertuan Agong Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan Ahli Parlimen Pek...
Anwar Ibrahim Dan Pakatan Harapan Sudah Sesat

Anwar Ibrahim Dan Pakatan Harapan Sudah Sesat

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 326 hits
Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sudah sesat jalan Perjuangan mereka bukanlah lagi untuk negara dan rakyat tetapi hanyalah untuk memenuhi kepentingan peribadi mereka Apa sudah jadi kepada Deklarasi Rakyat pada tahun 2008 Agenda Reformasi p...
Rentasan 852 Panas Motif Pertemuan Anwar Ibrahim Dan Sprm Didedah

Rentasan 852 Panas Motif Pertemuan Anwar Ibrahim Dan Sprm Didedah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 318 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8521 BILA LAGI PARLIMEN NAK DIBUKA 2 PELACUR POLITIK BUTA AKTA GUAMAN SYARIE 3 APA SALAH MEDIA SOSIAL 4 JANGAN JERUNG TERLEPAS HANYA BILIS TERTANGKAP
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Mcmc Fail Tindakan Sivil Terhadap Dua Saluran Di Platform Telegram


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment