Anwar Ibrahim Rampas Bersih Selepasnya Ia Sudah Berjaya



Disebabkan oleh Raja Petra dan kumpulan Bersih yang memperjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih, hasilnya dapat dilihat pada pilihanraya umum tahun 2008. Barisan Nasional, yang sentiasa mendapat majoriti dua-pertiga didalam parlimen semenjak tahun 1974, pertama kalinya tidak dapat majoriti dua-pertiga. SD Salleh
Kita sering mendengar dan terlihat dengan kumpulan Bersih. Identiti mereka ialah baju yang berwarna kuning sebagai simbol lambang Diraja, memegang sepanduk dan berhimpun tidak kira tua atau pun muda dengan niat dan agenda yang sama. Agenda kumpulan Bersih ini adalah untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil, bebas dan saksama.
Agenda Bersih yang diperjuangkan sekarang ini tidak lagi sama seperti yang dahulu. Bersih yang dahulunya memperjuangkan demokrasi dan keadilan tetapi sekarang tidak lagi. Terutama sekali selepas Pakatan Harapan menang PRU14.
Tahukah anda bahawa kumpulan Bersih ini lahir pada tahun 2007. Ianya hasil dari sekumpulan blogger, aktivis, NGO dan dari pihak pembangkang ketika itu dan juga ahli Umno. Iya, ahli Umno juga terlibat dalam pembentukan Bersih. Kesemua mereka mencapai kata sepakat untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil dan juga bersih dari segala penipuan dan taktik kotor yang boleh mencemarkan pilihan raya di Malaysia. Yang Mulia Raja Petra Al Haj bin Raja Kamarudin ketika itu merupakan orang yang paling penting dalam pembentukan kumpulan Bersih ini kerana hubungan beliau dengan istana.

Kenapa warna kuning? Bersih memilih warna kuning sebagai warna tema mereka kerana pengasas Bersih berpegang teguh kepada institusi raja berlembagaan dan untuk menunjukkan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (dan pada ketika itu DYMM Agong adalah Sultan Terengganu) dan Raja-Raja Melayu.
Ada dari pihak pembangkang ketika itu tidak bersetuju untuk menggunakan warna kuning sebab mereka tidak menyokong pemerintahan beraja ataupun monarki. Mereka lebih menyokong kepada sistem republik. Jadi, syarat ini dilonggarkan untuk mereka memakai baju yang berwarna merah (iaitu warna sosialis) untuk perhimpunan yang pertama Bersih pada November 2007.
Perhimpunan pertama Bersih pada 10 November 2007 disertai seramai 40,000 orang. Perhimpunan ini juga mendapat liputan meluas dari media Malaysia dan media antarabangsa. Mereka mula berhimpun di Dataran Merdeka, Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dan berarak menuju ke Istana Negara. Perhimpunan dan perarakan ini adalah bertujuan untuk membawa memorandum dan menyerahkannya kepada DYMM Agong.

Raja Petra berusaha mengambil pendekatan dengan Istana Negara. Beliau mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk menyerahkan memorandum yang melibatkan ‘electoral reform’ itu kepada Tuanku. Dan memorandum ini diserahkan kepada Istana Negara atas hasil usaha Raja Petra dan juga Arwah Tunku Amash Tunku Adnan yang memain peranan sebagai ‘orang tengah’ dengan Istana Negara.
Disebabkan oleh Raja Petra dan kumpulan Bersih yang memperjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih, hasilnya dapat dilihat pada pilihanraya umum tahun 2008. Barisan Nasional, yang sentiasa mendapat majoriti dua-pertiga didalam parlimen semenjak tahun 1974, pertama kalinya tidak dapat majoriti dua-pertiga.
Oleh kerana kejayaan Raja Petra dan kumpulan Bersih ini menjadi sejarah untuk perubahan landskap politik di Malaysia. Anwar Ibrahim yang pada mulanya tidak ingin terlibat dan masuk campur dari pembentukan hingga kewujudan Bersih ini telah mula mengorak langkah untuk mengambil alih Bersih. Anwar merampas Bersih dan melancarkannya semula pada April 2010 dengan nama yang baru, yang dipanggil Bersih 2.0.
Inilah sejarah yang perlu semua orang tahu tentang pembentukan BERSIH yang bermula dari idea sehinggakan ianya menjadi sejarah lanskap politik di Malaysia. Titik peluh dan penat lelah Raja Petra Kamarudin dan rakan-rakannya dalam pembentukan Bersih yang asal, dan juga beberapa orang dari mereka yang kini sudah arwah dan tidak lagi bersama kita, perlu diingati.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/21/anwar-ibrahim-rampas-bersih-selepasnya-ia-sudah-berjaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim The Fallen Angel

Anwar Ibrahim The Fallen Angel

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 325 hits
Yes if it is a choice of who should be Prime Minster Mahathir or Anwar I would choose Mahathir It does not matter whether I choose Mahathir because I love him or not What matters is anyone who has the characteristics of Iblis must never be ...
Semakin Bertambah Pemimpin Pkr Menyokong Azmin Tinggalkan Anwar Ibrahim

Semakin Bertambah Pemimpin Pkr Menyokong Azmin Tinggalkan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 366 hits
MUNGKIN ramai terlepas pandang satu artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar Inggeris the Star 3 hari lepas mengenai hubungan Anwar Ibrahim dan Timbalan beliau Azmin Ali Berikut intipati artikel tersebut 1 Hubungan Anwar dan Azmin retak 2 ...
Is Anwar Ibrahim Really Our Great White Hope

Is Anwar Ibrahim Really Our Great White Hope

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 227 hits
We first heard the three dirty words affirmative action policies in a positive context on Sept 16 2008 just after the 12th general election and the gains made by the erstwhile Opposition coalition Pakatan Rakyat Their leader Anwar Ibrahim E...
Zuraidah Kasi Warning Kat Anwar Ibrahim

Zuraidah Kasi Warning Kat Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 590 hits
Hari ini di Utusan Zuraida meluahkan rasa tidak puas hati dan secara terang terangan menghentam Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim berhubung dengan isu pelantikan Zuraida dengan terbuka melabel lantikan lantikan ini sebagai pengkhianat dan mel...
I Have Been To Hell And Back And Again Hell And Back Anwar Ibrahim

I Have Been To Hell And Back And Again Hell And Back Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 336 hits
Few politicians could have scripted a comeback of the kind Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim has made He has been elected back to Parliament 20 years after being imprisoned on charges of homosexuality and sodomy by Prime Minister Mahathir Mohamm...
Al Qassam Berjaya Rampas Rahsia Israel Sebilangan Penduduk Gaza Ditangkap

Al Qassam Berjaya Rampas Rahsia Israel Sebilangan Penduduk Gaza Ditangkap

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 435 hits
Sayap bersenjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin Brigade Al Qassam merampas rahsia besar Israel ketika operasi rejim itu yang gagal di Semenanjung Gaza pada November tahun lalu Jurucakap Al Qassam Abu Ubayda berkata kumpulan itu meramp...
Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 928 hits
Firdaus Azil Astro Awani KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam satu kenyataan hari i...
Dahsyat Terdiam Semua Bila Anwar Ibrahim Berhujah 1mdb Fitnah Otak Kamu Letak Kat Mana

Dahsyat Terdiam Semua Bila Anwar Ibrahim Berhujah 1mdb Fitnah Otak Kamu Letak Kat Mana

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 397 hits
Dahsyat Terdiam Semua Bila Anwar Ibrahim Berhujah 1mdb Fitnah Otak Kamu Letak Kat Mana
Naib Presiden Pkr Zuraida Kamarudin Pun Dah Berani Tunjuk Belang Dengan Anwar Ibrahim

Naib Presiden Pkr Zuraida Kamarudin Pun Dah Berani Tunjuk Belang Dengan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 460 hits
Kow Gah Chie Naib Presiden PKR Zuraida Kamarudin menafikan artikelnya yang diterbitkan Utusan Malaysia dua hari lalu merujuk kepada parti atau presiden parti itu Anwar Ibrahim Beliau berkata ia hanya merupakan pandangan umum yang tidak meru...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord