Al Qassam Berjaya Rampas Rahsia Israel Sebilangan Penduduk Gaza Ditangkap
Sayap bersenjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Brigade Al-Qassam, merampas ‘rahsia besar’ Israel ketika operasi rejim itu yang gagal di Semenanjung Gaza pada November tahun lalu.
Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubayda berkata, kumpulan itu merampas peralatan dan peranti teknikal yang mengandungi rahsia besar rejim terbabit.
“Musuh (Israel) menganggap peralatan itu tidak dapat digunakan dan rosak.
“Maklumat yang kami peroleh daripada peralatan itu akan membantu kami menyusun strategi berdepan perang dengan Israel,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pada 11 November lalu, Brigade Al-Qassam mengumumkan mereka mengesan tentera rejim pengganas Israel yang menyusup ke Khan Younis di timur Semenanjung Gaza.
Tujuh warga Palestin dan seorang askar Israel terbunuh ketika penyamaran dan penyusupan itu. Kejadian itu diikuti dengan peningkatan serangan rejim Israel ke atas Gaza.
Ubayda berkata, operasi Israel di Khan Younis menyasarkan untuk meletakkan pepijat komunikasi bagi mendengar rangkaian perhubungan pejuang Palestin.
“Namun, rancangan Israel itu gagal walaupun menggunakan semua sistem dan kemudahan mereka. Oleh itu, kami memberi amaran kepada pengintip Israel supaya menyerah diri,” katanya.
Selasa lalu, Kementerian Dalam Negeri di Gaza mengumumkan 45 warga Palestin ditangkap kerana disyaki bekerjasama dengan rejim Israel untuk menyusup masuk ke Khan Younis. – Agensi
45 Penduduk Gaza Ditahan Jadi Pengintip Israel
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) – Kementerian Dalam Negeri Palestin yang berpangkalan di Gaza pada Selasa mengumumkan penahanan sejumlah 45 rakyat negara itu yang disyaki bersekongkol dengan operasi Israel untuk menyusup masuk ke Khan Younis di tenggara Gaza pada November lepas.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu video yang dikeluarkan pada Selasa oleh kementerian yang dikendali oleh Hamas, yang turut membabitkan pengakuan jelas menjadi pengintip Israel, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik saluran TV Al-Aqsa.
“Sejak beberapa tahun lepas, kami berjaya menangkap ramai pengintip dan pada akhirnya, sudah ditakdirkan mereka ke tali gantung,” kata Iyad al-Bazm, jurucakap bagi Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
Tujuh rakyat Palestin dan seorang tentera Israel terbunuh dalam satu operasi penyamaran bagi membolehkan rejim itu menyusup masuk ke Khan Younis pada 11 Nov.
Sumber Ismaweb dan ABNA
The post Al-Qassam Berjaya Rampas ‘RAHSIA’ Israel, Sebilangan Penduduk Gaza Ditangkap appeared first on dePalmaSP.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://depalmasp.com/al-qassam-berjaya-rampas-rahsia-israel-sebilangan-penduduk-gaza-ditangkap/