Anwar Ibrahim Dakwa Pn Sudah Tumbang Sekali Lagi



Pertama kalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Muhyiddin dan juga Kerajaan PN sudah tumbang ialah pada 23 September 2020 dalam satu sidang media.
Katanya “Rakyat Malaysia berhak dapat kerajaan yang kukuh dengan kepimpinan cekap dan yakin. Untuk urus ekonomi dengan kebijaksanaan dan tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua selamatkan negara dari kemelesetan ekonomi.

“Saya telah mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen untuk saya persembahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan ingin saya menyatakan di sini majoriti dan sokongan itu dalam kalangan Melayu dan Islam,” katanya pada sidang media itu.
“Sokongan itu adalah kukuh dan meyakinkan, lebih daripada majoriti kecil 5, 10. Mengapa saya tak nak sebut sekarang? sebab saya letakkan penghormatan kepada Agong yang sepatutnya perkara terperinci perlu dimaklumkan kepada Agong terlebih dulu.
“Ini bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin dengan jumlah ini jatuh sebagai Perdana Menteri. Saya persilakan untuk kerjasama dengan beliau. Kesediaan kita untuk bekerjasama dalam peralihan itu di harap akan dibuat secara aman dan teratur.
Anwar juga dikatakan sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada semalam jam 11 pagi, namun pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan baginda yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Bagaimanapun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin nafi bahawa kerajaan telah tumbang seperti mana yang didakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas, awal hari itu.
Ahli Parlimen Rembau itu, melalui ciapan di Twitternya berkata, Mesyuarat Kabinet berjalan seperti biasa hari ni, walaupun Anwar mendakwa mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.
Kemudiannya pada 13 Oktober 2020 Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional.
Dalam sidang media khas hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong awal hari ini.
Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa Baginda (Yang di-Pertuan Agong) memerlukan masa untuk mengesahkan keabsahan dokumen berkenaan, termasuk mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik.
“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan, dan juga budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen dan dalam satu dua hari ini, panggil ketua parti untuk mengesahkan dan juga mendapat input sebaiknya,” katanya lagi.
Kemudiannya pada 23 Januari 2021 pula,Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.
Bagaimanapun, Anwar menyatakan perkara berkenaan perlu menunggu atas ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat makluman berikutnya.
“Bagi saya, kalau tanya saya sekarang jumlah mencukupi,” katanya dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).
Hari ini.. sekali lagi..
“Kerajaan Muhyiddin sudah jatuh tumbang hari ini,” kata pemimpin PKR itu ketika berkumpul bersama ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan beberapa parti pembangkang lain di Dataran Merdeka hari ini.
“Secara jumlah dengan bilangan 107 ahli Parlimen, kerajaan sudah ditumbangkan,” kata Anwar.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini mengambil keputusan untuk mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka susulan Dewak Rakyat ditangguhkan selepas beberapa kes Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen.
Beberapa ketua parti politik juga turut bergilir berucap dalam tunjuk perasaan hari ini yang mendesak Muhyiddin untuk meletakkan jawatan.
Turut hadir bersama adalah Dr Mahathir Mohamad yang berucap selepas Anwar, menjadikan tunjuk perasaan kali ini seagai kemunculan bersama sejak Pakatan Harapan (PH) jatuh tahun lalu.
Antara yang turut hadir adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Pemimpin DAP itu turut mengetuai ahli-ahli Parlimen lain meneriakkan “Daulat Tuanku” ketika tunjuk perasaan hari ini ~ MalaysiaNow

Berapa kali tumbang daaa..  tapi dok terpacak lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/pn-sudah-tumbang-pembangkang-cukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Mudah Lupa

Anwar Ibrahim Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 156 hits
HOW EASILY THEY OBFUSCATE AND FORGET LET S REMIND THEM I was blissfully ensconced in my comfortable living room enjoying my hot mug of freshly brewed Robusta coffee and following the proceedings of the zoo august House on TV when my ears pr...
Anwar Ibrahim Crony Vinod Sekhar In Questionable Multi Billion Deal

Anwar Ibrahim Crony Vinod Sekhar In Questionable Multi Billion Deal

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 260 hits
Nick Kochan The details of an extraordinary deal for the sale of ventilators to Hungary have been revealed to journalists in Malaysia and Hungary Under pressure of pandemic the Malaysian businessman Vinod Sekhar sold at least 800 ventilator...
Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 219 hits
agendadaily com4 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki majoriti di Parlimen anak muridnya pula mendak...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2