Aktivis Terangkan Kenapa Sidang Anwar Mengecewakan


Sean AugustinAnwar Ibrahim tiba di International Unity in Diversity Conference bersama Liew Chin Tong dari DAP (kiri), Omar Suleiman, Nuruddin Lemu, dan Yasir Qadhi, di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR: Ketua sebuah kumpulan reformasi Islam berkata persidangan tentang kepelbagai baru-baru ini yang menampilkan Anwar Ibrahim dan 3 penceramah asing tidak seperti temanya kerana ia gagal mengupas sektarianisme dan perbezaan-perbezaan dalam umat Islam.

Dr Ahmad Farouk Musa, yang mengetuai Islamic Renaissance Front, juga mempersoalkan kenapa speaker di International Unity in Diversity Conference itu tidak menghuraikan perpecahan Sunni-Syiah, walaupun perkara itu mendapat liputan di dunia Islam termasuk Malaysia.

Tetapi beliau sebenarnya tidak terkejut, mengatakan penceramah-penceramah di acara separuh hari semalam itu mungkin tidak berkebolehan untuk mengupas isu yang “perlu lebih daripada kata-kata bermotivasi”.

“Bagi saya persidangan itu lembut dan nampak amat sesuai dengan masyarakat Taman Tun dan Bangsar,” katanya ketika ditemui di tepian persidangan itu semalam, di mana beliau diundang sebagai peserta.

“Jenis ceramah tentang bagaimana menjadi orang Islam yang baik memang kehandalan penceramah-penceramah yang dipilih.”

Tiga penceramah asing itu antaranya Omar Suleiman dan Yasir Qadhi dari Amerika Syarikat, yang aktif dalam kursus agama untuk golongan profesional dan orang Islam yang fasih berbahasa Inggeris.

Seorang lagi penceramah Nuruddin Lemu dari Nigeria, yang juga sentiasa dicari-cari untuk menjalankan kursus agama.

Anwar menyampaikan ucaptama di persidangan itu, anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Muslim Professionals Forum (MPF).

Penganjur sebelum ini menolak cadangan mengatakan persidangan itu respon kepada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang menampilkan Dr Mahathir Mohamad bulan lepas, yang menarik perhatian dunia selepas dikritik Arab Saudi.

Farouk tidak percaya persidangan semalam sidang balas kepada Sidang Kemuncak KL, tetapi sebarang persidangan yang bertemakan Islam dan kepelbagaian harus bincang permusuhan Sunni-Syiah, “isu paling menonjol dan berkaitan” apabila bercakap tentang kepelbagaian kepada peserta Islam.

“Saya tidak boleh terima alasan penceramah-penceramah itu tidak tahu masalah itu kerana mereka orang luar. Ini adalah isu sejagat dan kita berdepan masalah sama di negara ini yang mesti ditangani sebelum ia menjadi masalah kronik dalam masyarakat kita.”

Syiah merupakan ajaran kedua terbesar dalam Islam, dengan pengikut yang ramai di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian Arab Saudi, Yaman, dan Pakistan.

Pihak berkuasa agama di Malaysia selama ini menguatkuasakan fatwa mengisytiharkan ajaran Syiah “sesat”.

Farouk berkata penceramah-penceramah itu sekurang-kurangnya patut menegur ucapan seorang diplomat Saudi di Kuala Lumpur yang mengecam pengikut Syiah sebagai “sesat”.

“Kegagalan mengupas isu penting itu pada ketika ini sangat dikesali. Terutama apabila pengikut Syiah bukan sahaja dikecam diplomat Saudi, tetapi juga imam-imam tempatan dalam khutbah Jumaat di Selangor.

“Mana lagi tempat di dunia ini yang kita boleh temui kebencian sebegitu rupa terhadap saudara-saudara yang beriman pada Tuhan yang sama, Rasul yang sama, dan Al-Quran yang sama, kecuali di negara ini?”

Farouk berkata tema persidangan semalam, iaitu perpaduan dalam kepelbagaian, boleh bermaksud kepelbagaian dalam masyarakat pelbagai budaya atau kepelbagaian mazhab Islam.

“Masalah utama yang kita hadapi di negara ini adalah dari segi kepelbagaian mazhab Islam, iaitu menerima kumpulan kecil seperti Syiah sebagai saudara seagama,” katanya.

“Isu Islamofobia juga disentuh, tetapi hal itu lebih mendesak di Barat berbanding persekitaran sosial sekarang.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/aktivis-terangkan-kenapa-sidang-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Himpun Sarjana Selebriti Dalam Persidangan Balas Sidang Kl

Anwar Himpun Sarjana Selebriti Dalam Persidangan Balas Sidang Kl

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 280 hits
Persidangan International Unity in Diversity Conference 2020 akan diadakan pada 8 Jan ini KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim menghimpunkan sekumpulan sarjana Islam yang dari segi teologi sejajar dengan Arab Saudi untuk satu persidangan antarabangsa...
Saya Tiada Dalam Senarai Calon Menteri Pendidikan Anwar

Saya Tiada Dalam Senarai Calon Menteri Pendidikan Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 416 hits
Anwar berkata secara konvensyen pelantikan menteri adalah prerogatif perdana menteri
Anwar Tidak Tolak Maszlee Kembali Jadi Menteri

Anwar Tidak Tolak Maszlee Kembali Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 382 hits
SERDANG Maszlee Malik masih mempunyai peluang dan masa depan yang cerah dalam politik termasuk kembali memegang jawatan menteri selagi beliau konsisten dalam perjuangan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata ahli Parlimen Simpang Renggam itu ma...
Hanya 13 Orang Melayu Sokong Anwar Jadi Pm

Hanya 13 Orang Melayu Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 373 hits
Kajian Merdeka Center berdasarkan sampel yang diambil pada November 2019 mendedahkan sokongan masyarakat Melayu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri ke 8 hanya berada di lingkungan 13 Perkara ini jauh lebih mengejutkan daripad...
Anwar Tak Setuju Bekas Pemimpin Umno Sertai Kabinet

Anwar Tak Setuju Bekas Pemimpin Umno Sertai Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 250 hits
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap semasa sidang media pada Program Pingat Emas Bagi Murid Murid Cemerlang UPSR di MAEPS Serdang Selangor foto SYAFIQ AMBAK SERDANG Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isya...
Survey Shows Racial Split In Support For Dr M Anwar

Survey Shows Racial Split In Support For Dr M Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 264 hits
Anwar Ibrahim had more support among non Malay voters while Mahathir Mohamad had steady support among the Malays PETALING JAYA Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s popularity dropped sharply among Chinese and Indian voters in 2019 according...
Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 337 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan soal tarikh khusus pelan peralihan kuasa Loading Walaupun mengakui proses itu sudah diputuskan Majlis Presiden PH sebelum ini Presiden PKR itu menje...
Anwar Pula Asak Tun M Menurut Dr Kamarul Zaman

Anwar Pula Asak Tun M Menurut Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 384 hits
SEMALAM Lim Guan Eng sudah kena bidas bila mencadangkan supaya pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH terlebih dahulu Jawapan diberi ialah mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekut...
Jawi In Schools Meant To Teach Kids About National Heritage Says Anwar

Jawi In Schools Meant To Teach Kids About National Heritage Says Anwar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 362 hits
PKR president Anwar Ibrahim appeared to downplay the controversy surrounding the introduction of Jawi in vernacular schools this year saying it was intended merely to teach students about national heritage He added that the arguments by par...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula